BAB 11~ Melastik Ke Hatimu

3.7K 10 0
                                    


MATA Haura mengerling jam pada dinding. Sesekali dia menjenguk ke luar jendela. Kerisauan mula bertandang di hati. Sepatunya jam sebegini rombongan dari pihak Naim sudah kunjung tiba. Semalam dia sempat berbual dengan Naim di talian dan lelaki itu bersetuju untuk memenuhi permintaan maknya. Kata Naim, dia sanggup menjual sebidang tanah semata-mata untuk menikahi dirinya. Terharu tiba-tiba dia semalam.

“ Mana bakal tunang kau ni? Tak sampai-sampai pun lagi” soal Ain yang turut sama menjenguk ke luar jendela. Bila mata meninjau keadaan langit, nampaknya hujan akan turun. Awan gelap mula menutupi langit biru. Sejak kebelakangan ini, hujan kerap turun. Nak masuk hujung tahun katakan.

“ Aku dah call banyak kali, tapi Naim tak angkat” ujar Haura yang mula tidak senang duduk. Kejap ke jendela, lepas tu jenguk ke ruang tamu pula. Kelihatan keluarganya sudah kebosanan menunggu. Adik lelaki bongsunya siap tidur lagi atas sofa. Daliya dan Afna pula rancak berbual dengan Azzam. Bukan main rapat lagi mereka dengan abang iparnya itu, padahal baru sekali jumpa.

Kedengaran juga suara along dan juga maknya di dapur. Mesti tengah siapkan makanan untuk para tetamu nanti.

Deringan telefon yang berada di atas katil mengalihkan tumpuan Haura. Segera dia jawab bila tertera nama Naim pada skrin. Syukurlah, akhirnya dia telefon aku juga.

“ Hello, Naim! Awak dekat mana? Kenapa tak sampai-sampai lagi ni? Dari tadi lagi saya call, kenapa tak jawab?” bertubi-tubi soalan di tuju pada teman lelakinya. Jantungnya mula berdenyut kencang bila tidak kedengaran suara Naim di corong telefon. Punggung di labuhkan pada kerusi meja mekap.

Ain hanya memerhati dengan sabar di tepi katil. Tak sabar dia nak tahu apa yang Naim katakan lagi-lagi bila melihat muka kawan baiknya berubah. Terus pudar senyuman pada bibir.

“ Naim…” panggil Haura sedikit mendatar. Tangannya mula mengeletar.

“ Maafkan saya…”

“ Awak jangan cakap yang awak…” Haura tidak mampu menghabiskan ayatnya. Dia berhenti di situ bila terasa seluruh tubuhnya seperti orang kehilangan banyak darah. Rasanya dia dah boleh agak apa yang Naim ingin katakan.

“ Saya tak ada duit sebanyak tu dan saya tak ada tanah untuk di jual. Selama ini saya tipu awak. Saya minta maaf. Saya tak boleh penuhi permintaan mak awak”

Hampir rebah Haura saat mendengar apa yang baru dikatakan Naim. Nasib baik Ain segera menyokong tubuhnya dari tumbang.

Kenapa baru sekarang kau nak cakap semua ini pada aku? Kenapa hari ini baru kau nak batalkan semuanya?

“ Naim, pasal duit tu kita boleh bincang. Kita minta mak tangguhkan dulu perkahwinan kita sampai awak berjaya dapatkan duit tu. Saya akan tolong awak. Kita sama-sama cari duit tu. Please Naim, jangan buat macam ni. Awak tak boleh batalkan majlis ni sesuka hati awak saja. Awak pun kena fikir perasaan saya juga” pujuk Haura dalam tangisan. Sampai hati dia buat aku macam ni. Dia ingat aku ni tunggul kayu ke? Suka-suka nak buang, suka-suka nak ambil balik.

“ Maafkan saya Haura”

Tot…tot…

Talian di matikan Naim terlebih dahulu. Haura mencengkam kuat telefon pintar pada tangannya sebelum melemparkan ke dinding. Sakit hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Terjongket-jongket bahunya menahan tangisan. Tubuh Ain di peluk erat dan ketika itulah air mata laju membasihi pipi.

Sampai hati kau buat aku macam ni, Naim. Kau langsung tak fikirkan perasaan aku! Kau memang kejam!

“ Ura...” seru Ain lembut. Di usap belakang badan kawan baiknya bila wanita berbusana biru muda itu teresak-esak menangis. Rasanya dia dah boleh agak apa yang Naim sampaikan pada Haura tadi.

“ Kenapa ni?” soal Afna sebaik sahaja memasuki ruang bilik kakaknya. Dari luar telinga dia menangkap bunyi tangisan seseorang. Selang beberapa minit kemudian, Daliya muncul bersama dengan Faida dan juga mak.

Azzam hanya menjenguk dari luar dan tidak berani masuk ke dalam bilik yang dipenuhi dengan wanita sahaja.

“ Kenapa ni?” soal Mak Limah pula. Terkejut dia bila Daliya memberitahu dia tentang Haura. Kenapa pula tiba-tiba menangis ni?

“ Mak cik, sebenarnya…” Ain tidak mampu menghabiskan ayat. Dia memandang ke arah Haura yang hanya menunduk. Sesekali kedengaran sedu tangisan.

“ Naim dah batalkan semuanya” beritahu Haura dalam tangisan. Berat mulut untuk dia katakan, namun itulah kenyataan sebenar. Naim tidak akan datang dan mungkin tidak akan muncul lagi di depannya selepas ini.
Mak tak sepatutnya meletakkan hantaran yang tinggi sedangkan mak tahu pekerjaan Naim. Tapi aku tak salahkan mak sepenuhnya dalam hal ini. Naim? Lelaki itu jadikan duit sebagai alasan untuk lari dari aku.

Kalau betul dia cintakan aku, dia sepatutnya berani berdepan dengan mak. Sampai hati dia tinggalkan aku terkapai-kapai sendirian. Sekarang ini baru aku tahu yang kau sebenarnya tidak tulus menyintai aku.

“ Aku dah agak dah. Budak Naim tu memang tak boleh pakai! Tapi kau degil. Sekarang ni, tengoklah apa yang budak tu dah buat pada kau! Baru kau tahu yang si Naim tu bukan ikhlas sayangkan kau pun. Kalau betul dia sayangkan kau, dia tak akan lari walau apapun yang berlaku” bebel Mak Limah. Dalam hati sudah bersorak gembira. Akhirnya aku menang. Naim memang tak layak menjadi menantu aku. Aku dah agak dah, Naim memang tak akan mampu penuhi permintaan aku.

“ Habis macam mana ni mak?” soal Afna. Terkejut juga dia dengan berita yang baru diterimanya itu. Last minute baru nak batalkan? Tak guna betul! Ingat majlis ni pakai tahi hidung ke? Makanan yang berlambak dekat dapur tu siapa nak makan?

“ Ida, jom” Azzam tarik tangan isterinya supaya keluar. Buat semak sahaja berkumpul ramai-ramai di dalam bilik itu. Dahlah semuanya seperti menekan-nekan emosi Haura. Semakin kuat wanita itu menangis.

“ Macam mana lagi, nampaknya kita semua lah kena makan makanan dekat dapur tu. Isshh… manalah aku nak letak muka aku ni kalau orang kampung tanya nanti. Dahlah satu kampung dah tahu yang kau akan bertunang dengan Naim” balas Mak Limah konon-konon marah dengan apa yang berlaku. Padahal tak ada pun orang kampung yang tahu tentang majlis pertunangan anaknya itu. Majlis itu tertutup untuk ahli keluarga dan keluarga Naim sahaja. Saja nak menambah rasa bersalah di hati anaknya itu.

“ Buang masa aje!” bentak Liya sebelum keluar dari bilik itu. Dia sanggup tinggalkan kuliah semata-mata untuk menghadiri majlis pertunangan kakaknya itu, namun lain pula jadinya. Kalau tahu macam inilah jadinya, lebih baik tak payah balik. Aku ni banyak kerja lagi yang nak di bereskan dekat universiti, tahu tak!

Afna mengikut langkah Liya dari belakang. Dia sudah tidak betah berlama di situ lagi. Geram pula dia dengan apa yang Naim dah buat pada kakaknya itu.

“ Ain, mak cik nak bercakap dengan anak mak cik kejap” minta Mak Limah. Ain mengganguk dan meninggalkan bilik itu.

“ Angah, majlis ni masih boleh berlangsung” ujar Mak Limah bila dia sudah duduk di hadapan anak perempuan keduanya itu.

Haura angkat muka. Di sedup hinggus yang menyebabkan nafasnya tidak berfungsi normal. Macam itulah gayanya bila menangis. Bengkak kedua belah matanya.

“ Maksud mak?” soal Haura inginkan kepastian. Masih pelik dengan apa yang maknya cuba sampaikan.

“ Bertunang dengan pilihan mak” sengih Mak Limah. Itu yang dia inginkan sebenarnya. Lelaki yang ingin dijodohkan dengan anaknya itu sanggup membayar dua kali ganda dari apa yang dia minta. Setakat 10 ribu tu, lekat celah gigi saja.

Terbatuk Haura saat mendengar apa yang baru di katakan maknya itu. Mak masih lagi nak aku kahwin dengan pilihan dia. Mak memang tak pernah berputus asa.

“ Angah setuju” Haura memberi kata putus. Hatinya betul-betul sakit dengan perbuatan Naim. Kalau dengan cara bertunang dengan lelaki lain boleh membalas perbuatan Naim, aku sanggup. Aku akan pastikan yang Naim akan menyesal sebab tinggalkan aku. Sekurangnya aku masih mampu menjaga nama baik keluarga aku.

Aku pun nak juga tahu betapa hebatnya lelaki pilihan mak tu.

Melastik Ke HatiMuWhere stories live. Discover now