2°C

964 166 84
                                    

yuhee's




aku tiba di apartment jam 9:00 malam , lalu membersihkan diri

setelah keluar dari bilik air , seperti biasa aku akan mengelap rambutku dengan tuala , remote tv di capai lalu menekan button on dan menghempaskan badanku di atas sofa

buku diary berwarna merah itu berada di atas meja hadapan aku , lama juga aku perhati , nak baca ke tak nak buku ni ?

tak baik lah yuhee , diary orang kan benda peribadi , baik aku call jungkook dulu , haihh menyusahkan

aku mengambil dompet lalu keluarkan kad yang diberi jungkook tadi , tak silap aku kad tu ada nombor telefon dia

+82-7690****

nombor telefon tersebut aku dail di telefon pintar ku , aku save nombor itu di dalam contact , Jeon Jungkook


serta merta aku call

trrtttt trrrttttt...

anyeong , siapa tu ?❞

saya yang penghantar makanan foodpanda tadi kat syarikat encik

kim yuhee ke ?

macam mana encik ...

saya sempat tengok nama tag kat baju awak , err nanti saya call awak balik ye ada kecemasan , maaf

tunggu encik !

tittt

jungkook terus mematikan talian telefon , adehh , tak sempat aku nak cakap pasal diary dia tercicir tadi

patut tak aku baca ? ermm baca jelah , tiba-tiba aura negatif ketidakjujuran menyerlah , dengan berhati-hati helaian pertama buku itu aku selak

diary since 2010

wow buku lama rupanya tapi kulit buku masih elok , bersih seolah baru dibeli beberapa hari lepas , mesti jungkook ni cermat dan pembersih kan?

helaian seterusnya aku selak , terdapat satu nota

______________________________

24 February 2013

aku telah membunuh seseorang

nama : Park Jaemin
jantina : lelaki
umur : 17 tahun
ketinggian : 178 cm

alasan aku membunuh ? dia miskin dan satu-satunya harapan ibunya untuk mengubah nasib malang mereka

dan tiba-tiba juga menolong aku ketika aku tersadung batu

apa maruah aku ni terlalu rendah untuk dibantu oleh orang miskin macam dia ?

[C] d i a r y  。short storyWhere stories live. Discover now