Setelah tiba di sekolah pagar hampir tertutup disebabkan terlewat ke sekolah. Adawiyah mengerling jamnya yang menunjukkan pukul 7.25 padahal dalam peraturan di tetapkan 7:20.
Nasib baik Adawiyah dan Irdiana sempat kalau tidak mahu menanah telinga mendengar ceramah free daripada Cikgu Disiplin kitorang iaitu Cikgu Nabila Natasha.
Dalam perjalanan nak pergi ke kelas, Adawiyah sempat minum air coklatnya yang di bekalkan oleh neneknya. Tanpa dia sedar, bahunya terlanggar bahu seorang sehingga membuat Adawiyah tertoleh kebelakang.
"Woi, You tak nampak I ke? habis baju I yang mahal ni kotor. Siapa nak ganti? jawap!!" jerit Watisya melihat bajunya sudah di mandikan dengan air coklat.
"Tisya you tak tahu ke? Yang budak ni mana ada duit nak ganti dia kan miskin." perli Winda sambil memandang jijik kepada Adawiyah.
"Entah you ni! Dia masuk sini pun sebab di tanggung oleh biasiswa kalau tidak tak dia dalam sekolah kita ni." Laura menyambung perlian kawannya itu.
sebuah fakta yang adawiyah sudah lali dengan ornag-orang menghinanya kerana kemasukakannya adalah kerana di taja oleh keluarga Irdiana dan biasiswa. Tidak mampu dia membayar yuran sekolah sebanyak rm100,000 per tahun.
"Maaf saya tak sengaja. Saya janji Saya akan ganti rugi." Adawiyah hanya mampu memohon maaf.
Baginya, itu memang salahnya. Geng LWW mendengar permintaan maaf Adawiyah hanya ketawa gedik.
"Kau nak ganti kelakarnya, barang sendiri pun orang bagi. Inikan pula nak ganti baju mahal aku ni." herdik Watisya dengan angkuh sambil menyilang tangan.
"Dia dah minta maafkan. Jangan biadap sangat budak gedik! lagi satu kau jangan nak angkuh sangat. Buat apa kalau kaya dekat dunia tapi miskin dekat akhirat. Memang dia miskin dekat dunia tapi dia kaya dekat akhirat. Setakat baju macam ni aku boleh bagi sepuluh dekat kau" kata Irdiana dengan ayat pedas.
Panas hati melihat sahabatnya di perlekehkan geng gedik yang berada di dalam sekolah itu. Yang mana selalu melakukan orang selayaknya hamba mereka.
"Mulut tu, jangan nak kurang ajar sangat!" berang Watisya mendengar belaan Irdiana.
Dia juga menahan malu akibat ramai yang memerhati pergaduhan mereka seakan mengutuk dirinya.
"Kau cakap dengan cermin ke weh. Sadis betul hidup kau, kalau kau nak kata kau cantik, buat apa luaran cantik tapi dalam macam loging air. Kau ingat kecantikan boleh bawa syurga ke? Sekali kene celup dengan api neraka buruk terus. Kau jangan pernah nak hina kawan aku. For your informention kau lagi sehina-hina orang yang aku pernah jumpa lah.
Bertaubatlah ajal kita kita mana tahu bila Allah nak ambik. Mana tahu, tiba-tiba ALLAH NAK TARIK NYAWA KAU SEKARANG mana tahukan. Tak sempat nak bertaubat." Tarbiah sentap daripada Irdiana membuatkan wajah Geng LWW seperti udang kena panggang.'Padan muka kau. Kalau cakap elok-elok bukan makan saman budak gedik macam ni.' gertus Irdiana. Tepukkan kecil Adawiyah berikan kepada Irdiana yang pandai berlawan mulut.
"Eh kau ni dah melebih..." baru saja Watisya membalas hujah Irdiana. Suara Cikgu Nabila kedengaran.
"Ni apa yang bising-bising ni? masuk dalam kelas sekarang! kalau tak, saya denda awak semua SEKARANG!" Tegas Cikgu Nabila, lintang pukang budak-budak masuk kelas termasuklah Adawiyah dan Irdiana.
Sementara itu, ada yang memerhati Adawiyah daripada jauh. Orang itu hanya tersenyum melihat telatah Adawiyah dan kawannya itu.
"I miss you so much. I'm sorry for being late to come your new world. You may not know me but I know you." terus lelaki misteri itu pergi meninggalkan sekolah yang akan dia menjalankan misinya.
Boleh komen tapi jangan kecam sudah, jangan lupa vote
And simpan dalam library
YOU ARE READING
Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)
General FictionCOMPLETE My first story💗 Persahabatan yang indah adalah antara hubungan yang saling memahami dan saling melengkapi. tak kira kaya atau miskin, tua atau muda, baik atau jahat mereka akan tetap dan lalui bersama kecuali maut yang memisahkan mereka. ...