1°C

1.4K 185 79
                                    

button loceng rumah ditekan beberapa kali oleh aku , orangnya dari tadi tak keluar

❝ hantaran makanan encik dah sampai ! bukalah pintu ni?! ❞

masih tiada siapa yang menjawab panggilan aku

tepat 10 minit menunggu , sosok tubuh lelaki kira-kira umur 30 an muncul membuka pintu rumahnya

❝ haa awak dah lambat 10 minit , jadi saya boleh dapat makanan ni secara percuma kan?❞ ujar ahjushi itu

❝ tapi encik , saya dah sampai kat sini awal 10 minit cuma encik je tak keluar ❞

ahjushi itu mendengus kasar lalu terus dia merampas bungkusan makanan McDonald dari tanganku

❝ arghh kau kerja malas semua nak beralasan , apa nama kau?❞ ahjushi itu cuba membaca nametag yang dipakai oleh aku

❝ Kim Yuhee , aku nak laporkan kat manager kau yang kau ni lambat hantar makanan dan biadap dengan pelanggan ❞

terus dia menghempas pintu tanpa memberi aku sebarang bayaran

habislah gaji aku kena tolak

aku hanya mampu mengeluh saja melayan karenah pelanggan yang tak bermaruah ni

benda biasa kan? chill yuhee



lokasi seterusnya yang harus aku hantar ialah Itaewon Sekuriti iaitu sebuah syarikat saham

arghh aku kena cepat sebab aku tinggal 3 minit je lagi untuk hantar makanan ni kalau tak terbang lagi duit aku

tombol lif ditekan ,

ramai juga orang yang nak naik lif ni , aku kena rebut juga tempat

tak lama kemudian pintu lif terbuka

ada seorang berpakaian segak dan kemas berada dalam lif itu senyum lebar pada ku

❝ awak nak hantar makanan ke? marilah naik dengan saya ❞ tegurnya

aku akur lalu masuk ke dalam lif itu sambil menunduk hormat

orang ramai yang menunggu untuk masuk lif itu juga menunduk hormat pada lelaki itu

peliknya tiada seorang pun yang memasuki ke dalam lif ni melainkan aku dan lelaki itu

❝ awak nak pergi tingkat berapa?❞

❝ tingkat 5 , rasanya tempat kerani kan ? ❞

lelaki itu senyum sambil mengangguk

button lif nombor 3 dan 5 ditekan oleh lelaki itu lalu pintu lif itu tertutup

❝ makanan apa yang awak nak hantar ni ? ❞ tegur lagi lelaki itu

❝ owh cuma set burger mcd dan coffee latte ❞

❝ awak nak tahu kenapa diorang yang tunggu lif tu tak masuk dalam lif ni? ❞ soal lelaki ini tiba-tiba

aku hanya mengangkat bahu tanda tidak ketahui

❝ saya jeon jungkook , CEO syarikat ni , jadi awak rasa kenapa ? ❞

nak layan ke tak? sempat berlagak

kalau tak layan dikata sombong pulak , aishh susahnya berlakon

❝ mungkin sebab tuan orang terhormat jadi mereka perlu dahulukan tuan kan?❞ jawab ku

❝tepat ! nah ambil kad ni , nanti call lah saya kalau free ❞

jungkook hulur kad syarikat Itaewon Sekuriti pada aku

kad itu tertera namanya , alamat syarikat dan nombor telefonnya

ttingg!

lif berhenti pada tingkat 3 dan pintu lif dibuka

❝ saya pergi dulu ❞

sempat jungkook memberi senyuman manis pada ku sambil menunduk hormat lalu keluar dari lif

bbukk

eh? ada sebuah buku nota jatuh ke lantai yang terkeluar dari poket jungkook

❝ tunggu encik ! ❞

tidak sempat aku memanggil jungkook , pintu lif sudah tertutup

saiz buku nota itu kecil dan berwarna merah

terus aku mengambil buku itu lalu menyimpan ke dalam poketku

nanti jelah aku pulangkan , dah tak sempat ni nak hantar makanan , ada yang gaji aku kena tolak lagi ni kang

• d i a r y •


ketahui lah cerita ni hambar

[C] d i a r y  。short storyWhere stories live. Discover now