TET TET TET TET TET TET TET TET
Aku terus bangun mematikan deringan penggera fonku dan termenung sebentar.
Jam di dinding dilihat.
8.45Pagi.
Aku sudah lambat untuk pergi kerja!
Aku terus menuju ke bilik mandi. Disebabkan kesuntukan masa, aku hanya mandi gaya bujang lapok. Mencuci mata sekadar untuk buang kerumping kering di mata dan memberus gigi sahaja. Kemudian, aku terus mendapatkan seluar jeans hitam. Minyak wangi Dunhill Desire Blue disembur, badan dicium, aku tekan beberapa sembur lagi berbanding biasa. Kad staf diselit pada kocek seluar, jaket disarung, helmet dipakai, kunci motor di atas rak buku diambil, kasut Nike trainer diikat talinya. Aku hidupkan motosikal EX5-ku dan teruskan perjalanan ke tempat kerja. Mendung rupanya, patutlah sedap je aku tidur.
***
Selepas punch in sebelum 9.30 pagi dan menyimpan jaket dalam lokerku, aku dan staf-staf lain mula berkumpul di kaunter pembayaran bagi sesi briefing. Sesi ini diadakan bagi sebarang pemberitahuan promosi, teguran dan juga kemaskini barang-barang yang baru masuk oleh wakil setiap bahagian.
"Sempatkau sampai Danny,nasib baiklah. Kalau tak akak sorang jer katdepartment kita ni," sapa Kak Wana dari belakang, penyelia bahagian BahasaMelayu di Kedai Buku Viral.
"Haha, betul nasib baik jugak kak. Tadi saya hampir kena hujan,macam pelesit saya bawak tadi," terang akulagi. Kak Wana hanya mangiyakan lalu sambung menyusun sedikit barang jualan di kaunter. Mungkin disebabkan Monday blues aku rasakan situasi sekeliling agak hambar.
"Nah,brief buku ni nanti, buku baru masuk ni," Kak Wana menghulurkan sebuah buku.
"Eh,saya? Err...saya segan lagilah kak," balasku masih lagi tidak yakin.
"Alah takpe, kenalah biasakan diri. Lagipun kamu dah hampir seminggu kerja sini. Kenalah berani sikit," ujarnya pula cuba untuk meyakinkan aku. Ekspresi wajahnya memberitahu aku untuk terima saja arahannya itu. Akhirnya,aku mengangguk akur.
Buku tersebut bertukar tangan. Ia bertajuk Empayar yang ditulis Teme Abdullah. Blurb pada belakang buku terus dibaca.
Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.
Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat ,akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.
"Macam menarik kak buku ni." Aku membelek-belek buku tersebut, menarik juga sampulnya.
"Memangpun, dia penulis bestseller sebelum ni. Cepat saja habis stok. Ini buku fiksyen pertama dia," jelasnya.
TemeAbdullah? Oh,penulis Pelukis Jalanan!
Selepas lebih kurang lima minit staf berkumpul, Puan Lai, ketua cawangan Klang sudah pun sampai menandakan briefing ini akan bermula pada bila-bila masa saja. Alamak, masaklah aku. Aku nak brief macam mana ni,sempat ke nak belek ni. Aku mula berasa cemas.
Dalam waktu genting ini, aku terus buka aplikasi Goodreads untuk mencari review mengenai Empayar. Aku terus baca review yang mempunyai penerangan ringkas mengenainya. Mataku laju meneliti setiap baris ayat, bacaan aku selaju bacaan jampi serapah.
"Good morning everyone, okay we start our briefing with Malay department as usual." Puan Lai memulakan sesi briefing dengan bernada ceria. Sejurus aku menangkap kata-katanya itu, sesi pembacaan 'jampi' sebentartadi terus terhenti.

YOU ARE READING
Contest Tplanner2020 (exclusive) by Ilhan
Short StoryStatus: TAMAT pada 23 mei 2020 (30 ramadhan) 1 - Vote 2 - Why? (kenapa Ilhan buat contest ni) 3 - How? (macam mana nak join) 4 - Me? (macam mana Ilhan sendiri kenal Teme) 5 - Sorry? Seterusnya adalah karya peserta. How I Know Teme Abdullah - Suri Pe...