44

38.9K 1.8K 60
                                        

~penggoda Tuan Harraz~

| gadis luar biasa |


beberapa bulan kemudian.

Raisha membelek telefonnya pelbagai aplikasi dia tuju untuk menghilangkan bosan . semenjak Harraz kembali berkhidmat di atas laut , hidupnya seperti tiada hala tuju . bosan , dan bosan . itu sahajalah yang boleh diperkatakan .

telefon diletakkan ditepi .

" bosanlah . apa benda aku nak buat ni . satu apa pun aku tak tahu nak buat ".

" yang laki aku ni pun satu , dah baik baik dapat dalam kem tu yang pergi laut tu kenapa ? " .

telefon berdering . segera Raisha pandang .

" hello ? hubby ? ". ujar Raisha .

" hubby kekek kau . ni aku Nadia lah . apa mimpi aku jadi Hubby kau . tolonglah hormat sikit aku yang single ni ".

" kau nak apa ni ? ".

" aku nak ajak kau keluarlah . gaji pertama aku dah masuk . jom , aku belanja kau makan ".

" okey . aku siap . kau amik aku okey ? ".

" okey ".

telefon dicampak di atas sofa .







keliling Mall di pandang Raisha .

" rasanya dah bape bulan aku tak masuk mall ni ". Raisha bersuara.

" jangan nak tipulah. kau beli baju ni kat mall kan ".

" aishh . kau ni aku nak feeling feeling sikit pun tak boleh . nak kemana ni ? aku dah macam orang tak ada hala tuju dah kat sini ".

" entahlah . tengok wayang nak ? ".

" wayang ? citer apa jer yang hit sekarang ni ? ".

" alaa , kita pergi jer dulu . kalau tengoklah apa yang ada ".

tangan Raisha ditarik kasar.




Harraz memandang suasana laut yang membiru . dah hampir 2 bulan dia tinggalkan Raisha . rindu ? jangan katalah . kalau boleh dia nak terjun laut pergi balik rumah .

" baru tinggal bini 2 bulan dah macam mati bini aku tengok kau ni ". bahu Harraz ditepuk Aiman .

" 2 bulan tu lama Man . kau tak ada bini kau tak faham ". ujar Harraz .

" sebab tulah aku taknak kahwin cepat cepat . menyusahkan . tak semua perempuan faham kerja kita ni Harraz . laut dengan kita dah macam saudara . aku taknaklah kerjaya aku runtuh macam tu jer ".

Harraz tersenyum sinis .

" kau pun kena faham lagi satu istilah ni . tak semua perempuan sama. kau kenalah cari yang betul betul faham kerja kita ni ".

" malaih aku . aku masih muda lagi ". Aiman mendepakan tangan .

" muda ? umur kau dengan aku sama . jangan nak buang tebiat sangat . sepatutnya , time macam ni kau dah ada anak ".

Penggoda Tuan HarrazTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang