Ch.9: Latihan Pt.2

1.1K 131 20
                                    


Pagi cuti yang indah,

Jam 0400

-

"BANGUN ALI!"Teriak Jet yang berada di tepi katil Ali.

"WARGHH!!"Ali terbangun dengan kedua-dua matanya terbeliak terkejut akan teriakan Jet.

Terasa seperti rohnya terkeluar dari badan seketika.

Matanya ditumpu ke arah Jet yang sedang memakai baju sejuk.

"Ada apa ni Jet?"Tanya Ali sambil menggosok-gosok mata kanannya.

"Semalam kan Chris suruh kau bersedia.Harini kita....."


















"Nak panjat bukit."Kata Jet sambil tersenyum lebar.

Mata Ali membulat seketika.

Langsir yang menutupi tingkap diselak.

Gelap gelita dan berkabus.

"Pukul berapa ni?"Tanya Ali yang sudah sedar sepenuhnya.

Jet mengangkat empat jarinya.

"Empat?!Awalnya!"Kata Ali dengan nada yang agak kuat.

"Mestilah.Nak panjat bukit kena awal-awal.Nanti dah panas,terbakar kau."Balas Jet.

Jet mencampakkan sehelai baju sejuk ke arah Ali lalu menggalas begnya yang tadi diletakkan di atas lantai.

"Dah.Pakai baju tu dan ikut aku."Ujar Jet lalu beredar keluar dari bilik Ali.

"Erk...."Ali melihat sehelai baju tebal di tangannya lalu berdiri.

Dia menyarungkan baju itu lalu mengambil beg buruknya yang diletakkan di atas meja.

Tanpa membuang masa,dia terus turun ke bawah mengikut Jet.
.
.
.



















"Nah."Jet menghulurkan sebuku roti dan sebotol air mineral kepada Ali.

"Terima kasih."Kata Ali sambil tersenyum nipis.

"Jom."Kata Jet yang sudah berjalan menuju ke pintu hadapan.

Ali hanya mengikutnya dari belakang.
.
.











"Sejuknya...."Gumam Ali sedikit menggigil selepas keluar dari rumah agam tersebut.

Semuanya gelap layaknya malam.

"Alah kau ni,belum panjat lagi dah menggigil.Nanti kat puncak macammana?"Soal Jet menaikkan sebelah keningnya.

Ali sedikit terasa dengan kata-kata Jet.

Namun dia kembali tersenyum lalu mengangguk.

"Betul tu.Ni baru sikit je."

"Jom.Aku dah sedia!"Teriak Ali yang mula bersemangat.

"Macam tulah baru layak dapat kuasa."Ujar Jet lalu berlari laju ke dalam hutan.

Ali yang tidak mahu sesat mengikut Jet dari belakang.
.
.



















Mereka merentasi hutan yang sangat gelap dan sejuk itu

Mereka merentasi hutan yang sangat gelap dan sejuk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The 12 Power HoldersWhere stories live. Discover now