~penggoda Tuan Harraz~
| gadis luar biasa |
pintu bilik Harraz buka . mata memerhati Raisha bersandar di kepala katil .
Raisha segera mengelap air mata .
" kau nak apa ? keluar ? ". arah Raisha .
Harraz mengeluh mula menapak masuk mendekati Raisha .
tisu dari poket diambil sebelum mengelap air mata Raisha yang mengalir .
" janganlah nangis . aku tak suka tengok kau nangis . air mata kau ni mahal . jangan bazirkan ". ujar Harraz .
Raisha memejamkan matanya menahan air mata . namun masih tidak berjaya .
" kau cerita dekat aku apa dah jadi sebenarnya ? kenapa mak cik tu benci sangat dekat kau ? kau pernah buat tak baik dengan dia dulu ? ". soal Harraz .
" kurang ajar eh kau ! aku tak pernah punlah buat tak baik dekat sesiapa . orang jer anggap aku ni jahat ".
" tadi aku dengar kau ada kembar ? aku tak tahu pun semua tu ".
" kau tak perlu tahu . keluar ! ". arah Raisha .
" Raisha . please . aku nak dengar semuanya . dan 5 bulan kita kahwin . satu benda pasal kau pun aku tak tahu . now , tell me everything ". tangan Raisha dipegang .
air mata Raisha mengalir lagi .
" ibu pernah cerita dekat aku . dulu ibu dengan makcik Joyah kawan rapat . rapat sangat sampailah satu masa ayah muncul dekat kampung ni . ayah tentera . masa tu , memang dia ditugaskan untuk berkhidmat di kampung ni . masa tu lah , Mak cik Joyah jumpa ayah . ibu mengaku yang memang mak cik Joyah dengan ayah pernah bercinta dan ibu yang rampas ayah dari mak cik Joyah ".
Harraz memasang telinga .
" persahabatan ibu dengan Mak cik Joyah mula renggang bila ayah masuk meminang ibu . tapi sumpah Harraz , aku dengan Kak Aisha bukan anak haram ". beritahuku .
" siapa Aisha ? ". soal Harraz .
" dia kakak kembar aku . kitorang kembar tak seiras . dia meninggal lemas dekat pantai masa cuba nak ambil selipar aku yang kena bawa ombak 3 tahun lepas ". ujar Raisha .
" boleh aku tengok gambar dia ? ". soal Harraz .
Raisha mengangguk . telefon bimbit dikeluarkan . gambar Aisha di tunjukkan pada Harraz .
Harraz tersentak seketika . terdiam .
" kau okey tak ? ". soal Raisha .
" haa . aku okey ". telefon dipulangkan kembali .
" sekarang ni kita keluar . ibu dengan ayah tunggu kau kat luar tu ".
Raisha menggeleng kepala .
" aku malu nak keluar ".
" aku ada ..jomlah ". tangan Raisha dipengang .
segera Raisha rentap .

ANDA SEDANG MEMBACA
Penggoda Tuan Harraz
Romance4 - DEMI CINTA CAPTAIN HARRAZ🌹 Published ; 14 Disember 2019 completed ; 4 Mei 2020 Highest Ranking [#1 in Cinta] - 13/6/2020 ~ you can use my ideas to build your story but it has to be credited in my name . 🌟💌 vote/comment