Dengan langkah biasa Jungkook akhirnya sampai ke dapur. Kornea mata hitam berkilat itu dihiasi permandangan seorang isteri yang menghadap dapur gas. Hidungnya menusuk-nusuk bau yang enak.

" Sayang. "

" Eo, good morning shuben~ " Eunbyul melemparkan senyuman. Melihat Jungkook tidak berbaju itu nampak hot!

Jeon Jungkook menuju kearah Eunbyul dan memeluk isterinya itu dari belakang.

Sekucup ciuman di pipi Jungkook berikan. Eunbyul pusing kebelakang sedikit dan mengucup sekilas bibir Jungkook.
MORNING KISSEU!!

" Saya ingat nak kejut awak lepas sarapan siap."

Pelukan dilepaskan . Badan belakang Jungkook bersandar pada kabinet. Tangan disilangkan ke dada. Mata tidak henti merenung cinta hati.

" Dah bantal peluk takde macam mana tak terjaga. " Jungkook mengusap hidungnya.

Eunbyul hanya tersengih. Sorry shuben!

" Tadi eomma ada call sayang. "

Jungkook berkerut kening, kalau call mesti ada apa-apa. Jungkook menggaru lehernya. Kenapa tak call dia sahaja?

" Kenapa call? " Jungkook menyoal malas.

" Appa ajak makan malam dekat rumah keluarga awak. " Eunbyul pandang Jungkook sekilas. Jungkook menghela nafas perlahan.

" Kau cakap apa? " Tangan Jungkook mula mengalihkan helaian rambut depan Eunbyul yang hampir menutupi mata.

Eunbyul mula bergerak mengambil pinggan dalam kabinet dapur dan membuka kabinet dibahagian atas untuk keluarkan cawan. Jungkook menuju kearah Eunbyul dan berdiri belakang Eunbyul kemudian menggapai dua cawan .

" Terima kasih. " Ujar Eunbyul. Jungkook memegang bahu Eunbyul dan memimpin kearah meja makan. Menyuruh isterinya itu duduk.

" Duduk. "

Eunbyul hanya mengikut. Jungkook mengecup dahi Eunbyul. Mata hazel Eunbyul merenung Jungkook yang menggoreng telur membelakanginya.

" Saya iya kan je lah sebab eomma pujuk.
Saya dah kata yang malam ni kita nak dinner dengan nenek saya tapi eomma dah pujuk. Saya tak sampai hati nak tolak." Bibir dimuncungkan. Masih ingat suara ibu mertuanya itu.

" Nasib baik saya tak bagitahu nenek saya lagi. " Eunbyul mencapai buah anggur yang dia letakkan atas meja tadi.

NGAPP!!!

Selama sebulan mereka berkahwin baru satu kali mereka makan malam di rumah keluarga Jeon. Itupun hanya makan malam sahaja. Tidak bermalam walaupun ibu Jungkook minta.

" Eomma tahu kalau dia call aku mesti aku cakap taknak sebab tu eomma call kau. " Jungkook selesai menggoreng telur dengan gerakan pantas Jungkook mencedok nasi goreng kimchi dan diletakkan dalam dua pinggan.

Telur mata itu diletakkan berhati-hati atas nasi goreng kimchi. Jeon Jungkook, jejaka idaman itu datang kearah Eunbyul dengan tangannya membawa dua pinggan nasi goreng kimchi.

" Momom~ " Sengih Eunbyul melihat hidangan di hadapannya.

" Awak nak hidangan sampingan? Saya ambilkan. " Jungkook mengangguk. Lantas Eunbyul bangun dan menuju kearah peti sejuk. Beberapa bekas hidangan sampingan yang dia dan Ahjumma Lee buat dikeluarkan.

" Boleh tak kita tak pergi? Aku malas jumpa nenek. "

Pergerakkan tangan Eunbyul terhenti.
Wajah Jungkook yang madam mencuka dipandang.

" Kenapa pula ni Jungkook? Hm? " Eunbyul menyoal lembut.

Jungkook mengeluh kasar, sakit kepala dia kalau fikirkan kelakuan nenek nya yang seiras budak berumur 5 tahun.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang