BAB 10~ Melastik Ke Hatimu

2.4K 9 0
                                    

SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dalam perut banglo milik keluarganya, telinga Ziyyad menangkap suara-suara orang bergelak ketawa di ruang tamu.

Bukan main meriah lagi suasana dalam rumahnya ketika ini di tambah lagi dengan suara beberapa anak orang anak kecil yang berlari-lari di sekitar ruang tamu. Anak siapa pula ni?

“ Assalamualaikum…” Ziyyad memberi salam dan serentak salamnya di jawab. Beg kerjanya di sandar pada sisi sofa sebelum menyalami tangan semua yang berada di situ dengan penuh hormat sebelum mengambil tempat di sebelah umminya.

“ Dah lama mak ngah dengan pak ngah tak jumpa dengan kamu, Yad. Dah makin hensem sejak jadi duda ni. Elok sekarang dari dulu mak ngah tengok” usik Hasmah di sertai dengan gelak tawa. Rasanya dah bertahun dia tidak ke mari sejak dia berpindah ke Terengganu.

Dia datang ke sini pun atas urusan kerja dan sebelum balik semula ke Terengganu, dia singgah sekejap untuk melawat keluarga abang sulungnya itu.

Ziyyad hanya menguntumkan senyuman. Malas nak membalas. Dia kenal sangat dengan perangai adik kepada abahnya itu. Mulut kadang-kadang tak ada insuran. Main sembur saja tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

“ Aiman, Zarra! Jangan berlari. Nanti jatuh” ujar  Wan Aziz pada kedua cucunya yang semakin rancak berlari ke sana ke mari. Di sebabkan anak dan menantunya ke Johor atas urusan kerja, terpaksalah dia menjadi pengasuh mereka. Nampaknya terpaksalah dia membawa kedua cucunya balik ke kampung untuk beberapa hari.

“ Abah mana, mi?” soal Ziyyad pada umminya. Matanya liar mencari kelibat lelaki itu. selalunya waktu-waktu begini, abahnya ada di rumah. Tapi sejak dua menjak ni, nak jumpa dengan abah pun susah.

“ Katanya nak jumpa kawan lepas balik dari kilang. Biasalah abah kamu tu,sibuk memanjang” jelas Nik Shaima. Dia pun kadang-kadang terasa kehilangan. Suaminya terlalu sibuk dengan urusan di luar. Tetapi dia faham keadaan suaminya ketika ini. Menjaga dua kilang sekali gus, bukan perkara yang mudah. Nasib baik satu kilang sudah di serahkan pada anak lelaki sulungnya. Kalau tak, lagilah sibuk dari sekarang.

“ Oh ya, Yad. Bila kamu nak cari penganti Hanis? Tak kan nak tunggu perempuan tu lagi” tambah Hasmah lagi. Dari dulu lagi dia tidak suka Ziyyad berkahwin dengan Hanis. Tengok perwatakan pun dah tahu yang perempuan itu tidak sebaik yang di sangka. Sekarang ni, tengoklah apa yang dah jadi. Hanis berlaku curang di belakang Ziyyad. Entah-entah Inaya tu pun bukan anak Ziyyad.

“ Kalau kamu nak, mak ngah ada calon untuk kamu” sambung Hasmah lagi.

“ Maaflah mak ngah, pak ngah. Saya tak solat asar lagi ni. Saya naik dulu” Ziyyad bangun dari duduk. Beg kerjanya di capai sebelum bergegas meninggalkan ruang tamu. Dia dah boleh agak apa yang bermain di minda mak ngahnya tadi. Nak jodohkan aku dengan pilihan dialah tu.

“ Ima, anak kau tu masih berharap dengan perempuan tak guna tu ke?” soal Hasmah pada kakak iparnya. Dia dah terbiasa mengunakan bahasa yang nampak kasar sedikit bila bercakap dengan wanita itu.
Nik Shaima hanya menguntumkan senyuman.

TITISAN air hujan laju mencucuh atap zink rumah Haura. Sesekali kedengaran ranting-ranting pokok berlaga sesama sendiri di sertai dengan bunyi ribut. Nampaknya malam ini, hujan akan menemani hingga ke pagi. Kalau esok cuti, lagilah seronok. Boleh tidur sampai ke tengah hari.

Sebaik sahaja dia mengeringkan rambut menggunakan tuala, tubuh di lempar pada tilam. Telefon pintar yang berada di tepi bantai pantas di sambar. Entah untuk kali ke berapa, dia cuba menghubungi Naim. Sejak dari petang tadi lagi lelaki itu tidak menjawab panggilan darinya.

Kerisauan kenyelubungi diri. Kalau terjadi apa-apa pada Naim macam mana?

Dari meniarap, dia telentang pula. Jari masih terus mencuba menelefon si jantung hati. Namun keputusannya tetap sama.  Masih tiada dalam perkhidmatan. Kemana Naim pergi?

Mak? Ya, baru aku ingat. Lepas Naim jumpa dengan mak, perangai dan kerenah Naim terus berubah. Mesti ada sesuatu yang mak beritahu sampaikan Naim tak nak jumpa aku.

Terus dia lompat dari katil dan melangkah keluar dari bilik. Kelibat maknya di cari segenap ruang di dalam rumahnya. Ternyata mak baru sahaja selesai menyuapkan bubur kepada ayah.

“ Kau ni dah kenapa?” Soal Mak Limah. Mangkuk yang berisi bubur di bawa ke dapur. Malam ini suaminya hanya makan beberapa suap sahaja. Nampaknya selera lelaki itu semakin berkurangan. Dalam marah-marah pun, masih ada belah kasihan pada suaminya itu.

“ Mak ada cakap apa-apa pada Naim?” soal Haura ingin tahu. Laju kakinya mengikut dari belakang hingga ke dapur.

“ Cakap apa?” Mak Limah menuju ke singki. Bubur lebihan tadi dia buang ke dalam tong sampah. Esok bolehlah bagi ayam makan sisa makanan yang tidak dihabiskan.

“ Mak mesti cakap sesuatu pada Naim, kalau tak kenapa Naim tak nak jawab panggilan dari angah?” sedikit tinggi nada suara Haura kali ini bila melihat raut wajah maknya itu. Dia kenal sangat dah perangai wanita itu. Kalau bercakap tak pandang muka, memang sah ada sesuatu yang cuba di  sembunyikan.

“ Mak cuma suruh dia masuk meminang kau saja” jawab Mak Limah selamba. Tangannya laju menyusun pinggan mangkuk sudah kering atas rak yang berada bersebelahan dengan singki. Dia sebenarnya kebetulan sahaja bertemu dengan Naim ketika di kedai runcit tempoh hari. Alang-alang dah jumpa, dia beritahulah apa yang lelaki itu harus tahu.

“ Tak kan mak cuma cakap tu aje?” Haura masih tidak berpuas hati.

“ Aku cuma minta dia bawa 10 ribu ringgit sahaja masa pernikahan nanti, itu aje”

Bulat mata Haura saat mendengar apa yang baru dikatakan maknya itu.

Apa? Sepuluh ribu? Mak ni biar betul? Naim mana ada duit sebanyak tu. Aku dah lama kenal Naim dan gaji lelaki itu pun bukannya besar sangat.

“ 10 ribu, mak? Mak ingat Naim tu ada duit sebanyak tu ke?”

“ Itu bukan masalah mak. Kalau betul-betul sukakan kau, dia kena usaha dapatkan duit tu. Kalau tak, mak nak kau kahwin dengan pilihan mak” Mak Limah memberi kata putus sebelum melangkah meninggalkan ruang dapur.

Terduduk Haura pada kerusi meja makan. Terus lemah kedua belah lututnya. Sampai hati mak buat aku macam ni. Mak memang sengaja letak harga yang tinggi sebab mak memang tahu yang Naim tak mampu. Semua ini dah di rancang dan mak sebenarnya memang tidak boleh terima Naim walaupun sebesar zarah.

Keluhan panjang di hela. Tak! Aku kena pastikan Naim ada duit tu.
Deringan telefon pada tangannya menyedarkan dia dari lamunan. Panjang nafasnya di hela bila melihat nama yang terpampar pada skrin telefon. Bukan panggilan ini yang dia nantikan dari tadi lagi.

“ Nak apa?” soal Haura sedikit kasar. Dia dah boleh agak apa yang adiknya inginkan.

“ Liya nak duit. Kenapa bulan ni mak tak masukkan duit untuk Liya? Kak Afna dengan usu pun tak dapat duit lagi bulan ni” soal Daliya di corong telefon.

“ Manalah angah tahu. Semua duit gaji angah, angah dah bagi pada mak. Kalau Liya nak duit Liya mintalah dengan mak. Kenapa telefon angah?” marah Haura. Orang tengah stress, boleh pula dia telefon minta duit.
Korang ingat aku ni Bank Negara ke? Tiap bulan mesti minta duit. Aku ni, nak beli baju sehelai pun payah, inikan nak beli benda lain. Nasib akulah sebab kena tanggung korang belajar. Bila dah kerja nanti, entah ingat pada aku atau tidak agaknya?


Melastik Ke HatiMuWhere stories live. Discover now