2 - I N T A I 👀

Start from the beginning
                                    

"Mama!!!" jeritnya, namun setelah menyedari perbuatanya itu pantas dia menekup mulut dengan tangan. Katak itu disepak ke dalam longkang, menggelitik tubuhnya menahan geli. Dia kembali mengintai, namun berkerut dahinya mencari dua figura yang diintai tadi telah hilang.

"Mana dia?" gumam Syafina, sekejap je dah hilang.

"Ada ni" balas seseorang, Syafina menoleh.

"Ya Allah cikgu! C-cikgu, eheh..." Syafina tersengeh kekok, mampus.

"Apa awak buat dekat sini? Mengintai saya ea?" soal Thaqief, dia terdengar jerita pelajarnya ini tadi itu yang dia keluar dari dewan.

"Tak! C-cikgu tak, s-saya tak intai cikgu" laju Syafina bertutur walau tersekat-sekat, ni semua katak tadi punya pasal.

"Habis tu, awak buat apa dekat sini?" soal Thaqief, Syafina tersengeh.

"S-saya tumpang toilet tadi, toilet sekolah tak ada air"

"Ye ke? Bukan awak intai saya ke?"

"Eh! M-mana ada, perasan je" berani Syafina menjawab, walaupun betul dia tetap perlu membohong. Tipu sunat, tak apa bukan?

"Ye lah awak tu, awak student asrama ke?" soal Thaqief lagi, laju Syafina menggeleng.

"Awak form berapa?"

"Form 3"

"Kelas?"

"3 Aspirasi" jawab Syafina dengan senyuman, Thaqief mengangguk faham.

"Qief, kenapa ni?" celah Fateha, mati senyuman Syafina. Baru nak date, sibuk je!

"Ok lah cikgu, saya mintak diri dulu" pamit Syafina, dia berlalu pergi.

"Ada apa-apa yang tak kena ke?" soal Fateha, Thaqief merenung pelajarnya yang semakin jauh meninggalkannya.

"Something wasn't right with this girl" gumam Thaqief, semakin ketara kerutan di dahi Fateha.

"Maksud awak?" soal Fateha lagi, Thaqief hanya mencebik. Dia juga tidak tahu, namun kelakuan pelajarnya itu mencurigakan.

🐢🐢🐢

SYAFINA melangkah masuk ke dalam kelasnya, rakan-rakan yang sedang berbual itu didekati. Borang ditangannya itu juga diedarkan satu persatu, sempat matanya menjeling Nadia. Mereka berdua memang tak pernah ngam, ada saja benda yang tak kena.

"Eh Fina, borang apa ni?" soal Hayder, Syafina memberi isyarat dengan tangannya sebagai tanda sekejap. Setelah borang itu diedarkan, dia berdiri di hadapan.

"Korang! Ni borang Cikgu Maya bagi, borang ni for those yang nak join camping kelas kita dengan kelas sebelah. If korang nak, just isi and sertakan duit RM80. Then bagi kat aku or boleh terus ke Cikgu Maya, ok?" suara Syafina memenuhi segenap ruang di dalam kelas, semua terdiam.

"Cikgu Maya ke yang handle?" soal Farah, Syafina mengangguk.

"Tak nak ar! Dia tu dah lah garang, takut aku" ujar Shiha, semua mengiyakan kata-katanya. Semua pelajar di sekolah itu memang agak gerun dengan Maya, layaklah guru itu berpangkat ketua guru pengawas di sekolah itu.

"Alah korang ni, chill je lah. Cikgu Maya je pun, apa ada hal" celah Hana, Syafina mengangguk.

"Heh, tak nak aku! Takut, confirm camping tu jadi tragedi nanti" sampuk Syamel, semua tergelak.

"Tak baik gila!" marah Syafina, namun selepas itu dia tergelak juga. Entah bagaimana dia boleh rapat dengan gurunya yang garang itu, padanya Maya tidaklah segarang yang mereka lihat. Gadis itu hanya garang dalam sesi pembelajaran dan hal-hal sekolah, namun hanya berperwatakkan biasa jika di luar.

"Aku tak nak pergi"

"Aku pun!"

"Aku pun!"

"Aku pun!"

"Woo woo! Rileks lah, apa hal ni? Serious lah tak nak? Rugi tau" pujuk Hana, namun semua menggeleng.

"Ha tak apa lah, Na kelas ni kita berdua je lah volunteer" ujar Syafina, Hana mengangguk.

"Betul eh semua tak pergi?" Syafina meminta kepastian, semua mengangguk.

"Kalau ada buah hati aku, tak apa lah jugak!" celah Nadia, Syafina menjeling.

"Daripada Cikgu Qief ikut camping, baik dia uruskan wedding dia dengan Cikgu Teha" jawab Farhan, semua tergelak.

"Shut up! Cikgu Qief tu, dari dia kahwin dengan Cikgu Teha baik dia kahwin dengan aku. Aku lagi hot apa!" balas Nadia, yakin.

"Muka tak malu macam kau ni, kau ingat dia pandang ke? Huh! Sebelah mata pun tak lah" ujar Syafina, dia tergelak sinis.

"Mulut kau jaga ea, kau apa tahu? I know you lah, selama ni pun kau terhegeh-hegeh dekat Cikgu Qief tu kan? Huh, macam lah aku tak tahu" balas Nadia, semakin panas Syafina dibuatnya.

"Ahah! Kalau aku terhegeh-hegeh pun, at least aku ni tak ada lah murah sangat sampai gadaikan diri untuk lelaki macam yang kau buat sebelum ni. Nak aku throwback ke?" ugut Syafina, Nadia diam terkedu. Jika Syafina dan Hana membocorkan rahsianya yang satu itu, memang hancurlah hidupnya.

"Tahu pun senyap"

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Stay tune ; 🐝

V o t e
¤¤¤
C o m m e n t

Thankyou ! ❤

Sincere ,
hanaakhairul

ThaqieFina

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now