Bab 9 - Perangkap

2.9K 361 7
                                                  

'Kau lembik Randy !'

Jerit hatinya sendiri.

Mana Randy yang kononnya ganas. Lelaki yang langsung tak ada perasaan. Yang jiwanya kosong tanpa cahaya. Marahnya hanya pada diri sendiri. Benda kecil macam itu sudah boleh buat dia lemah. Semudah itu dia saja dia dipergunakan. Di mana 'kuasa veto' yang selalu dia gunakan selama ini. Tunduk  menyerah kalah macam orang bodoh !

Tatkala ini, pasti mama sedang kecewa. Dia langsung tidak berani untuk mempertahankan haknya. Depan matanya sendiri dia melihat api marak itu rakus memadam senyuman mama pada gambar itu.

Dan kini, dia lemah disebabkan sekeping gambar. Gambar seorang wanita. Mungkin bagi orang lain, itu cuma perkara kecil. Tapi tidak baginya. Kalau rasa nak mati cepat, cubalah sebut yang bukan bukan pasal wanita itu.

Ingin saja dia jerit sekuat hati. Sejak kecil lagi dia tertanya-tanya, kenapa dia dikurniakan seorang bapa seperti itu. Kenapa dia tidak seperti orang lain. Kenapa dan kenapa ? Soalan itu hanya mampu bermain di mindanya. Tiada siapa yang mampu menjawab.

Kini, dia tiada lagi peneman. Peneman untuk dia berbual ketika dia sunyi. Ketika dia hilang arah tuju.

Dia mengangkat wajah. Memandang pantulan dirinya sendiri di cermin. Tajam bak helang. Rambut putih campur hitam keperangan menutupi sebelah muka. Baru dia perasan, wajahnya lebih ke arah ayahnya. Raut muka yang dingin. Kening yang terlukis sebijik seperti lelaki kejam itu. Dia seperti membawa bayangan Raymond Risley di mana saja dia pergi.

"Aarghhhh !!"

Randy Fernandez menumbuk cermin itu sekuat hati. Bunyi kaca pecah kuat kedengaran. Cermin besar itu retak dalam sekelip mata. Dia langsung tidak berasa sakit meskipun darah mula keluar melalui celahan jari. Mungkin kerana sakit di hati lebih teruk berbanding sakit di tangan. Hati yang berdarah sejak sekian lama.

Rasa amarah yang terpendam akan mendorong untuk dia mencederakan dirinya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rasa amarah yang terpendam akan mendorong untuk dia mencederakan dirinya sendiri. Kadang kadang orang terdekat juga akan menjadi mangsa. Dengan melakukan itu semua dia dapat melepaskan rasa dendam dan marah dalam diri.

"AKU BENCI KAU !"

Sekali lagi tumbukan dilayangkan. Darah yang keluar tidak dihiraukan. Satu lagi tumbukan dilakukan di tempat yang sama. Cermin tadi sudah pecah berderai dikerjakan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Randy FernandezWhere stories live. Discover now