Macam mana saya mula kenal dengan Teme ehh...?
Sebenarya saya mula kenal dengan Teme melalui kawan saya. Saya dan kawan saya memang antara pelanggang utama di library sekolah kami. Kami memang minat baca buku tapi kami bukanlah ulat buku tau.. hehehe..
Nak dijadikan cerita, suatu hari kawan saya tunjuk pada saya tentang buku yang dia baru beli. Waktu saya pertama kali baca tajuk buku tu memang pelik sebab dia tulis "Arkitek jalanan". So, saya waktu tu ingatkan buku ni untuk khas buat pelajar yang ingin menjadi arkitek jer sebabnya, kebetulan kawan saya memang nak sangat jadi arkitek.
Jujur cakap saya memang tak berminat dengan buku tu selepas baca tajuknya. 'Saya ni memang memilih sikit kalau nak baca buku' Ahekssss..
Tapi kawan paksa jugak saya baca and promote pada saya yang buku ni memang best and sesuai dengan saya yang jenis memilih bila nak baca buku walaupon saya ni gila baca buku. Jadi saya pun baca buku tu. And dari situlah bermulanya perkenalan saya dengan Mr. T. Hahaha..
Macam dalam novel pula berkenal-kenalan bagai... So selepas saya mula baca buku tu, saya cuba cari instagram Teme and buka blog dia... semualah mengenai Teme Abdullah saya cari. 'Ehh.. saya bukan stalker ya, cuma peminat sahaja' peace :-)
Macam yang saya cerita diatas, buku pertama yang saya baca dari koleksi buku Teme Abdullah ialah Arkitek Jalanan. Kenapa saya boleh berminat dengan buku karya Teme Abdullah? Antara sebab utama, buku ni ada aura yang buatkan saya tertarik.
'Ehh.. dia main aura-aura pulak... ' hehehe... maksud saya buku Teme ada satu touch. Seperti yang diketahui, saya seorang yang memilih saat membaca buku kerana saya jenis yang cepat bosan kalau jalan cerita buku tu kurang menarik ataupun jalan ceritanya, saya boleh predict dari awal hingga akhir.
Tapi tidak untuk buku Teme. Saya sentiasa tertanya-tanya, 'what will happened next'. Sentiasa buat saya jadi tak sabar nak tahu the end of the story. Mungkin sebab buku tu sendiri based on true story, jadi membuatkan saya suka and dapat terima content yang ingin disampaikan dalam buku tu.
Banyak positive vibes yang saya dapat dari buku Teme ni. Antaranya, penulisan Teme mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Macam mana diri kita nak survived bila kita berada di tempat orang, masyarakat yang totally berbeza agama, tempat beribadat yang terhad, duit.
Buku ni juga mengajar saya erti bersyukur. Bersyukur sebab kita tinggal disebuah negara Islam yang memberi kita kebebasan untuk beribadat dimana-mana, sedangkan mereka yang tinggal di negara bukan Islam terpaksa mencari tempat yang tersorok demi menunaikan ibadat. Kita juga perlu bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah titipkan buat kita kerana ada lagi manusia lebih susah dari kita. Dan dengan bersyukur hati kita akan jadi lebih tenang.
Tak dilupakan juga, buku ni mengajar saya bahawa setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Jangan mudah putus asa kerana orang yang mengalah selalu rugi. Jangan sesekali kita guna 'shortcut' untuk berjaya . Kerana tiada istilah 'shortcut' untuk ke syurga.
Last but not least, sentiasa jaga 'redha' ibubapa jika mahu berjaya dalam hidup. Kalau kita jaga mereka di dunia, insya-Allah, Allah jaga kita di akhirat. Aminnn..
Seterusnya apa yang saya nak cakap kalau diberi peluang jumpa Teme Abdullah?
Subhanallah dapat jumpa dengannya pun seribu rahmat inikan pula nak berbual. Aduhai boleh pengsan berhari-hari . Aheksss...
Entahlah saya pun tak tahu nak cakap apa. Tapi kalau diberi peluang saya nak bual dengan Teme tentang bagaimana boleh come out dengan idea-idea untuk buku dia. Sebab bagi saya jalan ceritanya sangat menarik. Malah hasil tulisan Teme buat saya rasa sangat jujur dan ikhlas dari hatinya. Seperti buku empayar. Buku tu adalah buku pertama yg saya tak mampu untuk predict jalan ceritanya. Setiap kali saya predict mesti salah. Hahaha...
Kerana itu saya nak sangat bual dengan Teme mengenai ini dan mungkin boleh minta serba sedikit tip macam mana mahu jadi seorang penulis yang bagus. Bukan senang nak tulis cerita based on true story ni sebab tak semua orang suka baca buku jenis macam ni. Jadi dengan perkongsian ni mungkin membantu saya menjadi seorang penulis yang boleh menyatukan hati semua orang dengan hasil karya saya. Insya-Allah.
Well, kalau nak ikutkan banyak perkara yang ingin dibualkan tapi setakat ini je yang saya mampu fikir. Hehehe...
Akhir sekali kata ucapan saya buat Teme, saya doakan Teme sentiasa diberkati oleh Allah atas setiap jalan yang Teme pilih. Saya harap Teme dapat menghasilkan karya-karya yang hebat dimasa akan datang. Saya juga berharap akan ada lagi meet and greet tahun akan datang sebab saya nak sangat pergi. Hehehe...
Apa-apa pun semoga sihat dan dimurahkn rezeki. Aminn....

YOU ARE READING
Contest Tplanner2020 (exclusive) by Ilhan
Short StoryStatus: TAMAT pada 23 mei 2020 (30 ramadhan) 1 - Vote 2 - Why? (kenapa Ilhan buat contest ni) 3 - How? (macam mana nak join) 4 - Me? (macam mana Ilhan sendiri kenal Teme) 5 - Sorry? Seterusnya adalah karya peserta. How I Know Teme Abdullah - Suri Pe...