~penggoda Tuan Harraz~
| gadis luar biasa |
Harraz berdiri tegak di hadapan sebuah laut yang terbentang luas . dia menghirup udara segar
" andai dia bukan jodoh aku Ya Allah . siapa yang kau tulis untuk aku ? ". soal Harraz memejamkan matanya .
" biarlah aku rasa secebis bahagia yang lama aku tinggalkan dulu ".
Harraz membuka mata .
" aku tak minta banyak . aku cuma minta dia , untuk aku ". kata Harraz.
Raisha tergelak menonton televisyen di hadapannya . keropok lekor digigitnya . kaki terbuka luas membiarkan diri selesa .
" apa benda punya ceritalah kau buat ni ! nak bagi orang mati pecah perut agaknya ". ketawa Raisha masih berbaki .
" Ya Allah Raisha ! apa yang bersepah sanggat depan tv ni ! kamu dah gila ke ? anak dara jenis apa kamu ni ? ". soal Puan Husna . penutup tupperware dicampak ke arah Raisha .
" apa benda ibu ni . Raisha ni anak dara melayu terakhir tau tak ! ".
" ish . banyak lah kamu anak dara melayu terakhir . dengan tak mandinya lagi ! pengotor . memang padanlah tak ada orang suka kamu ".
" ibu ni . kenapa doakan Raisha macamtu ! ".
" bukan doakan . saja nak bagi kamu takut . tapi jalannya tidak ! ".
" cubalah doakan Raisha ni dapat jodoh handsome ke ? ni tak ". raisha mencebik .
" yelah anak ku sayang . ibu doakan kamu dapat jodoh yang soleh , yang handsome . kerja bagus bagus . haa , kerja tentera laut ! biar kamu tu tak takut dengan air ! ". kata Puan Husna .
Raisha terdiam seketika . Puan Husna turut begitu .
Tubuh Raisha didekati Puan Husna segera didakap .
" Rai rindu Kak Aisha ibu " air mata menitis .
" ibu pun rindukan arwah Aisha . dia anak ibu , Raisha . siapa yang tak sayangkan anak . yang pergi tetap juga pergi . kita yabg hidup kena teruskan hidup Raisha ". kepala Raisha diusap perlaha.
" kalau tak disebabkan Raisha mesti Kak Aisha masih hidup sekarang ni ".
" tak baik kamu cakap macamtu Raisha . ibu tak pernah salahkan kamu . ibu redha . sekarangni kamu dengan Raika anak yang paling ibu sayang ".
Zulaikah tersenyum memandang Harraz disebelah .
" kenapa awak pandang saya macam tu ? ". soal Harraz tersenyum.
" awak nak bawak saya ke mana ni ? ". soal Zulaikah .
" adalah . tempatni saya masa kecik kecik selalu pergi . bila saya pergi sini saya bahagia . so, saya nak awak bahagia juga ".
Zulaikah tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penggoda Tuan Harraz
Romance4 - DEMI CINTA CAPTAIN HARRAZ🌹 Published ; 14 Disember 2019 completed ; 4 Mei 2020 Highest Ranking [#1 in Cinta] - 13/6/2020 ~ you can use my ideas to build your story but it has to be credited in my name . 🌟💌 vote/comment