♡♡♡

"Uit." Bahuku dicuit oleh seseorang dari belakang. Aku mengalihkan wajahku ke sebelah. Wajah Ian menyapa pandanganku. Jam di dinding dapur itu dipandang. Langsung aku tak sedar yang dia sudah balik.

"Awal balik. Ingatkan dah tak tau jalan balik rumah." Kata aku berserta sindiran. Ian memandangku lama sebelum dia tergelak kecil. Mungkin terhibur dengan telatah aku?

"Marah dah bini aku ni. Hmm... Isteri abang masak apa tu?" Dia menjengukkan kepalanya ke dalam periuk yang berisi ayam masak lemak cili api.

Isteri abang? Eiuww!

"Macam tau tau je favourite masakan aku masak lemak kan." Aku mengabaikan Ian yang berdiri berpeluk tubuh disebelahku. Sebuah mangkuk dicapai lalu aku mencedokkan ayam masak lemak itu dan meletaknya di dalam mangkuk tersebut.

Aku mencapai satu lagi mangkuk yang sudah berisi sayur dan membawa kedua-duanya ke ruang makan. Pinggan dan cawan sudah disusun awal-awal lagi oleh aku.

"Pergi panggilkan Hanna kejap. Dia ada dekat dalam bilik." Pinta aku kepada Ian. Dia hanya mengangguk sebelum berlalu pergi. Sempat aku dengar dia membebel sedikit tentang Hanna.

"Budak tu memang... Bukannya nak tolong bini aku ni masak. Boleh pulak dia duduk dalam bilik tu. Entah apa lah yang dia tengah buat. Haih..." Aku menampar dahiku perlahan. Entah mabuk apa la dia ni asyik sebut aku ni bini dia dari tadi.

Aku mengambil jag yang berisi air oren dan dibawa ke meja makan. Sebuah kerusi ditarik lalu aku melabuhkan punggungku dan menunggu dua orang adik beradik itu turun.

Aku termenung seketika sebelum menampar dahiku dengan sedikit kuat.

'Ya Allah, aku lupa nak ambik nasi!' getus hatiku. Terus aku bangun dan berlari anak menuju ke dapur semula. Nasi yang baru sahaja dimasak itu dikeluarkan daripada periuk lalu aku meletaknya di dalam sebuah mangkuk lalu dibawa ke meja makan semula.

Setibanya di sana, dua orang adik beradik itu sudah pun berada di situ. Hanna memandang aku manakala Ian sedang merenung adik perempuannya itu dengan pandangan yang tajam. Aku meletakkan semangkuk nasi itu lalu aku melabuhkan punggung di tempat tadi. Tangan aku mencapai senduk untuk menghidangkan nasi namun perbuatan aku terhenti apabila Ian bersuara untuk menyuruh Hanna yang buat.

"Eh kau adik... Asal suruh Kak Reen pulak yang buat ni hah? Dah la Kak Reen yang masak tadi." Kata Ian. Hanna mencebikkan bibirnya sebelum dia pula yang mula menghidangkan makanan untuk kami.

"Eleh kata dekat orang. Abang tu buat apa je hah?" Balas Hanna perlahan namun dapat didengari dengan jelas oleh aku dan Ian. Aku hanya memandang dua orang adik-beradik itu lalu tergelak kecil.

♡♡♡

Ding Dong!

"Siapa tu, Abang Ian?" Hanna memandang abangnya dengan penuh tanda tanya. Aku yang sedang mengikat rambutku menjadi gaya messy bun turut memandang Ian. Kami sudah pun berada di ruang tamu tingkat 3, bersiap sedia untuk movie marathon malam ni!

"Kan Abang ada bagitau ada orang special yang abang invite. Kejap eh!" Ian yang duduk di sebelah aku terus bangun dan berlari menuju ke tingkat bawah. Aku memandang Hanna yang berada di sofa single itu. Dia hanya menjungkitkan kedua belah bahunya tanda tidak tahu.

Aku hanya buat tak tahu. Malas nak ambik kesah. Janji aku dapat tengok movie malam ni. Tu pun dah cukup.

"Assalamualaikum, Hi!" Aku mengalihkan muka aku ke arah suara itu begitu juga Hanna. Seorang perempuan berambut panjang yang diikat gaya ponytail mendekati kami sambil melambaikan tangannya. Dahiku berkerut memandangnya.

The Truth Untold Where stories live. Discover now