~ penggoda tuan Harraz ~
| gadis luar biasa |
segera aku bangun dari kejatuhan ku . mataku memandang lelaki berbadan sasa itu tidak puas hati .
" kau buat apa ha kat sini ?! ngendap aku eh ! ". marah aku .
" eh ! baik sikit eh . buat apa aku nak ngendap perempuan tak siap macam kau ni ! ".
" cis . tak siap konon . mulut macam bangkai ada hati cakap aku tak siap ".
" benda betul . buat apa aku nak berkonon konon pulak ".
aku berperang mulut .
" harraz ? apa yang kecoh kecoh ni ? ". puan ain menegur kami .
aku tersentak .
" ni haa . perempuan tak siap ni tuduh harraz ngendap dia ". tunjuk harraz padaku .
aku mengigit bibir menahan marah .
" ada yang kena hempuk dengan aku ni kang ". kata ku perlahan .
" eh ! tak baik cakap macam tu harraz ". ujar puan ain .
" kenapa ni ? ". aku memandang wajah ibu pula kali ini .
" tak ada apa . anak aku ni salah faham sikit dengan anak kau ". kata puan ain .
" harraz minta maaf dengan raisha ". arah puan ain .
aku tersenyum menang . harraz menundukkan kepalanya memandang aku .
" im sorry . loser ". bisiknya pada ku terus beredar dari situ .
aku melopong membesarkan mata .
" kurang ajar ". tangan penumbuk aku tunjukkan .
" Raisha ! ". marah ibu .
kaki menghentak kuat bagai nak runtuh rumah nek mah ku buatnya .
mana taknya ! bencinya aku dengan lelaki tu . dahlah buat salah . pastu nak cakap aku perempuan tak siap .
kalaulah ibu ngan puan ain tak ada tadi . dah habis lunyai dah muka kacak laki gila tadi tu .
" haa ! marah marah tu ada lah tu yang tak puas hati lagi ". ujar ibu sambil membuka tudungnya .
" kenapa ni . ada apa lagi ? " . tanya nek mah .
" ada ke patut mak . si raisha ni bertengkar dengan lelaki . mana taknya saya nak marah ... ". aku menutup telinga . mendengar ibu membebel .
kaki melangkah masuk ke dalam bilik .
tubuh raika yang berbaring aku tolak menjauh sedikit .
" semua nak salah kan aku . apa tah yang bagus sangat dengan mamat tu . biol ".
aku mengeluh .
" hmm , mak baik jer . sopan . anak , hurm . tak cukup zat ".
harraz meletakkan songkoknya ke atas meja . rambut di luruskan ke sebelah kanan .
senyuman tiba tiba berpaut pada bibirnya .
" ada lagi perempuan macam tu . aku ingat dah pupus . ini kalau aiman tahu mesti lagi kecah ". harraz menggelengkan wajah berulang kali .
baru sahaja mahu berpusing ke belakang . puan ain memeluk tubuh membuat muka marah .
" umi ? ".
" kamu tak patut buat macam tu tadi . kesian raisha tahu tak ".
harraz menggaru kepala yang tidak gatal .

ANDA SEDANG MEMBACA
Penggoda Tuan Harraz
Romance4 - DEMI CINTA CAPTAIN HARRAZ🌹 Published ; 14 Disember 2019 completed ; 4 Mei 2020 Highest Ranking [#1 in Cinta] - 13/6/2020 ~ you can use my ideas to build your story but it has to be credited in my name . 🌟💌 vote/comment