Part 21 - Shopping

3.4K 430 47
                                                  

Faiha Jannah membuka kabinet dapur. Kosong ! Langsung tiada bahan untuk dimasak. Kemudian, dia beralih pula pada peti ais yang sebesar alam itu. Hasilnya tetap sama. Yang ada hanyalah air tin coca cola yang sudah diminum separuh.

Peti ais besar bukan main, tapi habuk pun tak ada. Baik sedekah kat orang yang memerlukan ada juga gunanya.

Tiba-tiba kedengaran suara berdehem seseorang dari arah belakang. Diikuti dengan haruman minyak wangi lelaki yang harum semerbak menusuk hidung. Siapa lagi kalau bukan suami mat salleh kesayangannya itu. Eh eh ! Dah jadi kesayangan ek ?

"Good morning, sayang !" Ucap Randy bersama suara serak basahnya. Nampak sangat baru bangun tidur. Subuh gajah la tu. Padan muka ! Siapa suruh curi first kiss aku !

Faiha pantas menoleh ke belakang. Fuh ! Nasib baik dia pakai baju. Kalau tak, boleh luruh jantung asyik mengadap badan berketul- ketul itu.

'Hm bukan suka ke?' Usik hatinya sendiri. Amboi.. lawan tuan nampak.

"Seronok tidur atas sofa semalam?" Kata Randy dengan suara dinginnya. Tiada langsung senyuman pada bibir itu. Selalunya pagi-pagi, lelaki itu akan menayangkan senyuman kacak sehingga boleh membuatkan hati Faiha cair. Tetapi, kali ini tidak.

Riak wajah Faiha kelihatan tersentak. Lama dia memandang wajah kacak Randy. Mana dia tahu ?! Rasanya time aku keluar dari bilik air semalam, dia dah tidur. Dan pagi tadi pula, aku bangun awal daripada dia. Ataupun.. omaigoddd ! Entah-entah dia tengok je aku tidur kat sofa semalam. Seram pula aku dengan dia ni.

"Terkejut? You tahu tak apa hukum tidur berasingan dengan suami? Jijik sangat ke I ni sampai you tak nak tidur sekatil dengan I? I tahu I tak layak untuk dapat gadis suci macam you" Randy semakin  serius. Tajam renungannya terhadap Faiha yang terkulat sendiri.

"Bukan macam tu, Randy ! Saya tak pernah anggap awak macam tu" balas Faiha, menyangkal tuduhan Randy. Dia memandang Randy takut-takut. Tak sangka Randy semarah itu.

"Satu lagi, kenapa you tak kejut I jemaah subuh dengan you? Nasib baik tau I bangun tadi, kalau tak siapa nak tanggung dosa I? You? You nak I bagitahu ayah ke? Biar you kena marah" Randy cuba menguji. Melihat wajah takut Faiha, dia jadi kesian.

Sebenarnya, dia tak marah pon. Sengaja mahu mengusik Faiha dengan karakter yang berbeza. Beginilah dirinya yang sebenar sebelum memiliki gadis itu. Sikap yang garang dan pemarah memang sudah sebati dalam dirinya. Tetapi, kini tidak lagi. Dia sanggup berubah demi gadis yang di cintai.

"Jangan ! Saya rayu sangat jangan bagitahu ayah. Saya minta maaf sangat-sangat" ucap Faiha ikhlas. Tangan Randy dicapai dan digenggam lembut.

"Kalau I tak nak maafkan?" Randy bermain tarik tali, pura-pura merajuk. Dia memandang Faiha dengan ekor mata.  Seronok pula dapat kenakan Faiha.

Faiha Jannah menggaru kepala yang tidak gatal. Susah juga kalau laki sendiri merajuk ni. Dah la dia tak pandai memujuk. Mati kutu dia memikirkan cara untuk mengambil hati si suami.

"Saya cuma terkejut. Siapa suruh awak.." kata-kata Faiha terhenti seketika.

Randy sudah menjongket sebelah kening. Menanti ayat seterusnya dari Faiha meskipun dia tahu apa yang ingin dikatakan gadis itu. Ni mesti kes malam semalam. Hadeh ! Tak habis lagi lagi malu minah ni rupanya.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now