Part 11 - Mat Salleh

3K 348 19
                                                  

Faiha Jannah cepat- cepat menarik langsir bagi menutup tingkap kaca itu. Suasana di luar masih lagi cerah. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, tetapi semua tingkap di rumahnya sudah siap ditutup. Dia sudah biasa begitu. Sejak tingkap rumahnya diintai oleh seseorang dari luar.

Seram kan? Dah la dia tinggal seorang diri di rumah. Kena pula macam tu. Memang serik la nak biar tingkap terbuka  bila nak dekat maghrib.

Sejak kebelakangan ini, dia rasa seperti diperhati. Tambah pula bila tiba waktu malam. Meskipun semua pintu dan tingkap dikunci dengan rapi, dia masih berasa tidak selamat.

Jika dulu dia suka keluar beli barang pada waktu malam, kini tidak lagi. Selepas kejadian lelaki misteri itu, serik dia mahu keluar lagi. Mula dari situ lah, banyak kejadian pelik berlaku kepadanya. Entah apa aura lelaki misteri itu hingga membuatkan dia tidak boleh tidur malam.

Seringkali membuatkan jiwanya tidak tenteram. Apa yang lelaki misteri itu mahu darinya? Kalau betul orang yang mengintai itu ialah si lelaki misteri, apa motifnya? Kenapa dia yang dipilih? Pergilah cari orang lain !

•••••

Faiz Imran menutup perlahan pintu kecil yang menjadi halangan antara masjid dan kawasan kubur. Dia baru sahaja selesai membersihkan kubur ibunya. Wanita yang berjuang hingga nafas terakhir untuk melahirkannya. Sudah bertahun lamanya ibu pergi meninggalkan mereka. Selama itu juga dia tak pernah merasa kasih sayang dari seorang ibu. Oleh itu, setiap minggu dia akan datang bersihkan pusara si ibu, sekaligus melepaskan rasa rindu yang menggunung.

Meskipun dia baru berusia 15 tahun, namun dia tidak seperti remaja lain. Terfikir juga mahu menjadi seperti mereka, tetapi dibuang jauh hasratnya itu. Banyak masa diluangkan bersama ayah tercinta. Cuma kadang-kadang dia keluar petang untuk belajar bermain gitar dengan Pait dan Yon. Rokok? Tak pernah terlintas dek akal untuk mencuba. Tambahan pula, memang dia diharamkan untuk sentuh benda alah itu oleh si kakak. Nampak saja lembut padahal macam singa mengaum.

Faiz Imran melangkah keluar dari perkarangan masjid. Pintu pagar diselak dengan rapi. Jam di tangan sudah menunjukkan angka sepuluh. Masih ada masa untuk dia pergi memancing sementara menunggu ayah pulang dari kebun.

Langkahnya terhenti seketika apabila mata menangkap susuk tubuh seseorang yang leka memandang ke arah masjid. Ditambah pula dengan kereta sport mewah bersama dengan lelaki itu. Mat salleh kaya mana pulak yang sesat dalam kampung aku ni. Bukan calang-calang mat salleh ni.

Dahinya berkerut seribu. Apa pulak dia buat kat masjid ni? Nak kata tumpang solat, lambat lagi waktu Zohor. Tak kan pulak nak tumpang solat dhuha. Uishhh husnudzon teruk aku ni, bisik hati kecilnya.

Ini kali pertama dia melihat lelaki warga asing dalam kawasan kampung ini. Rasanya, tak ada pula lawatan sambil belajar dari luar negara. Apa yang dia mengarut ni. Lawatan sambil belajar apanya dah besar panjang macam tu. Siap dengan kereta mewah lagi. Lagipun tak ada pulak bas berhenti berdekatan kawasan ni.

Faiz berdehem kecil. Inilah masanya nak acah acah pandai speaking. Kalau tidak, asal dia speaking je mesti kena gelak dengan kawannya. Kata mereka, dia seperti itik yang cuba menjadi angsa emas. Hello ! At least dia itik kampung yang ada rupa hokayy !

"Excuse me, brother. Can i help you?" Faiz Imran menegur dengan lembut. Ternyata,  mat salleh itu masih tidak sedar akan kehadirannya di situ. Entah apa yang dimenungkannya.

Lamunan Randy terganggu dek suara yang menegurnya. Dari tadi dia menunggu alunan suara yang dia dengar tempoh hari. Dia kembali lagi di masjid yang sama. Ada satu daya tarikan yang membuatkan dia mahu datang lagi ke tempat itu. Kali ini, suasana masjid amat berbeza berbanding hari itu. Tiada pula jemaah yang berpusu-pusu masuk ke dalam bangunan cantik itu. Yang ada cuma lah seorang budak lelaki yang menegurnya tadi.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now