Bab 10 - Selamatkan

3K 344 18
                                                  

Beberapa bulan kemudian..

Randy Fernandez memandang pasangan bahagia itu dari balkoni biliknya. Air dalam botol minuman berkaca diteguk hingga habis. Terbit senyuman di bibir merahnya itu. Disebabkan dia, mereka terpisah. Jadi, dialah yang perlu menjadi perantara antara mereka dua hati itu untuk bercantum kembali. Dan matlamatnya itu sudah pun berjaya.

Ingatannya mengimbas kembali kejadian yang berlaku di mana dia telah membawa Zuhairie jauh dari tempat berkenaan. Tempat yang baginya jauh lebih selamat dari Raymond Risley. Di situ, Zuhairie dirawat. Entah apa yang merasuk fikirannya ketika itu. Manusia yang dia anggap sebagai musuh itulah yang dia bantu. Terbang entah ke mana hasad dengki yang selama ini bermaharajalela dalam hatinya terhadap lelaki itu.

Berbulan lamanya dia sembunyikan Zuhairie di tempat rahsia itu. Tanpa rasa getar, dia kembali semula ke rumah hutan tersebut. Niat di hati mahu kembalikan Zuhairie. Entah bagaimana, rancangan yang disusun rapi tidak menjadi. Kemunculan Ain ke rumah tersebut seolah-olah menukar rancangannya ke rancangan yang baru. Mungkin jodoh antara mereka berdua begitu kuat sehingga dapat bersua kembali.

Permainan menjadi semakin menarik dengan kemunculan seorang bayi perempuan yang comel. Ya, anak dalam kandungan Ain Amani ketika kejadian penculikan itu. Dia langsung tak terkejut. Sudah dia agak semua ini akan berlaku. Bayi tersebut sedikit sebanyak melembutkan hatinya. Melihat kebahagiaan antara Andry Zuhairie Risley dan Ain Amani yang makin bercambah, membuatkan dia mahu rasai perasaan yang sama. Dia juga mahu bina keluarga, mempunyai isteri dan anak-anak. Alangkah seronoknya !

Selama dia sembunyikan Zuhairie, dia langsung tidak mendapat apa pun khabar berita mengenai Raymond Risley. Dan kini baru dia tahu, lelaki itu sudah mati. Ya ! Lelaki yang paling dia benci pergi menemui mamanya di sana.

Gembirakah dia? Perlukah dia bersorak atas kematian bapa kandungnya itu? Entah ! Dia tak ada jawapan. Tiada langsung rasa sedih atau gembira. Semuanya kosong.. Jiwanya yang gelap itu masih lagi tiada corong cahaya untuk ditembusi.

Harta kekayaan Raymond Risley kini jatuh ke tangannya. Dia yang berkuasa sekarang ini. Kereta, rumah dan syarikat menjadi miliknya seorang. Tetapi, dengan semua itu dapatkah dia membeli sebuah kebahagian? Layakkah dia membeli sebuah ketenangan. Dia tak perlukan duit yang berkepuk-kepuk itu. Cukuplah dengan cahaya yang dapat menerangi sisi gelapnya.

Mungkin selepas ini, dia perlu kembali semula ke tempat asalnya. Semuanya akan kembali pulih seperti sedia kala. Dia sedar dirinya tak diperlukan pun di situ. Cukuplah dengan kehadirannya itu telah membawa 'bencana' yang merosakkan sebuah perhubungan. Permainan sudah tamat. Dan dia perlu terima kenyataan, dia kalah dalam permainan yang dia sendiri cipta.

•••••

Anak mata merah itu bergerak mengikut langkah seseorang. Berani sungguh dia berjalan seorang diri di tempat sunyi seperti ini. Sudah la gelap. Kalau ye pun, bawa la sorang teman. Kang kalau ada perompak ke apa ke, aku juga yang susah. Eh eh tetiber !

Sedang dia memerhati itu, tiba-tiba muncul tiga orang lelaki sengaja menghalang laluan gadis itu di hadapan dan belakang. Dia mengecilkan kelopak mata. Nampak gaya macam samseng jalanan je. Dah tak ada kerja lain agaknya asyik nak kacau anak dara orang.

Mereka semakin mendekat ke arah gadis itu. Bergema kuat ketawa mereka apabila melihat si gadis mula ketakutan. Seorang daripada mereka menguis tudung labuh itu tetapi pantas ditepis. Yeahh, that's my girl ! Ganas juga rupanya perempuan ni. I like !

Hatinya menjadi panas tiba-tiba apabila tangan lelaki itu menangkap pergelangan gadis tersebut. Haalamakk ! Ini sudah lebih la brother ! Dia sudah panas punggung. Daripada bersembunyi, dia keluar menunjukkan diri.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now