5 - Sorry?

64 3 0
                                    

Tubuh aku terasa segar pagi ni. Seusai membersihkan diri, meja kerja menjadi tempat pertama aku tuju. Rambut yang masih basah aku biar lepas. Bebas. Membiarkan ia kering secara semula jadi.

Laptop aku capai. Sebuah kenangan melintas diingatan.

"Mama..." Alia yang ketika itu baru berusia tiga tahuh menghampiri aku yang sedang mengemas diruangan dapur.

"Ya sayang..." Sejurus aku berpusing menghadap Alia, sehelai kertas yang dibawa, dihulur ke arah aku. Aku mengambil. Melihat contengan si anak kecil yang baru pertama kali memegang pensil warna.

"Alia lukis apa ni sayang?" Aku bertanya sambil menampung berat badan dengan lutut di lantai. Supaya kedudukan aku dapat memberi sepenuh perhatian buat si permata hati.

"Lap-tei..." Berkerut dahi aku mendengar balasan Alia. Cuba menghadam setiap butir kata yang keluar dari mulut si kecil ku. Sambil mata tak lepas memandang kertas lukisan yang berada ditangan. Tak mahu si anak kecil terasa hati, aku masih cuba memahami lakaran itu.

"Yang mama... papa guna dalam bilik tu." Alia yang nampak akan kekeliruan aku pantas menjelaskan tentang butiran gambar yang dilukis.

"Laptop sayang." Ammar yang muncul dibelakang Alia pantas mengendong si kecil. Terkekek Alia menahan kegelian apabila digeletek papanya.

Aku tersenyum. Bahagia.

Sebulan ramadan aku tinggalkan wattpad. Tiba masa untuk aku kembali atas satu tujuan, menulis.

Menjadi seorang yang menjual biskut dan kek raya bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Hampir sebulan ramadan dihabiskan dengan mencari rezeki. Tapi aku tak kisah. Jika melalui biskut dan kek raya boleh memeriahkan suasana raya buat sesetengah keluarga yang membeli, aku rela.

Cuma masa buat diri sendiri itu agak terbatas. Tapi aku tak kisah. Kerna itu tujuan utama aku, lari dari memori itu.

Masih segar dalam ingatan saat pertama kali pengumuman perintah kawalan pergerakan diumum akan dilanjutkan hingga ramadan, aku seolah berkata pada diri, 'mungkin tahun ni tempahan raya tak akan sama dengan tahun sebelumnya'.

Tapi siapa aku?

Aku cuma manusia biasa. Allah kirimkan rezeki yang tak pernah aku jangka. Dan Allah juga kirimkan pelanggan yang tak pernah aku duga kerenahnya.

Pernah sekali dibulan ramadan hadir seorang pelanggan yang menguji kesabaran. Saat awal ramadan dia meninggalkan pesanan ringkas untuk sebiji kek yang akan diambil sehari sebelum raya. Atau orang kita lebih sinonim dengan panggilan hari masak,

29 Ramadan - 8.30 malam

"Irshad kemalangan" Hanya dengan sebuah panggilan dan sebaris ayat cukup membuat aku terkesima. Tambah pula kemalangan yang berlaku bukan sahaja dimalam terakhir tarawih, di mana waktu kebanyakan orang islam sibuk membuat persiapan raya. Malah berita itu mengembalikan kisah yang cuba aku tepis dari terus memburu rasa pedih dijiwa.

Adakah nasib Irshad sama seperti Ammar?

"Teruk ke?"

"Meninggal dalam perjalanan ke hospital."

Aku tak terkata apa. Sepupu aku meninggal dimalam akhir tarawih. Aku siapkan segala kerja yang tergendala sebelum pulang ke kampung. Kata Mak Long, jenazah akan dikebumikan esok pagi.

Pelanggan yang tempah kek aku telefon seorang demi seorang. Mana yang sudah siap, aku selesaikan malam itu juga. Mana yang tidak sempat, aku gantikan dengan kek yang ada. Tak enak rasanya untuk aku katakan yang aku tak dapat buat kek seperti yang mereka inginkan. Tapi aku tak ada pilihan.

Contest Tplanner2020 (exclusive) by IlhanWhere stories live. Discover now