7

36.9K 1.7K 17
                                        

~ penggoda tuan Harraz ~

| gadis luar biasa |

beg baju dimasukkan ke dalam bonet kereta .

" semua dah ye ? ". soal ibu . aku menganggukkan sahaja .

siapa yang tak suka kalau balik kampung . jumpa nek mah . satu satu nya nenek yang aku ada . walaupun nek mah tu hanya nenek angkat kami .

kami tetap anggap nek mah tu nenek betul .

perjalanan dari sini ke kampung mengambil masa sekitar 2 jam sahaja .

" raika ? diam jer ? selalunya kamu yang paling kecoh ". tegur ibu .

aku memandang ke arah raika . entahlah aku kesian dengan dia . apa aku mampu buat untuk selamatkan maruah adik aku ?

lelaki tu dah pergi jauh . takkan aku nak pergi london macam tu jer .





kepala dikeluarkan keluar tingkap . suasana sawah padi terbentang luas dipandang .

" ibu ! ibu ! abu ada kat sawah ! ". jerit raika menarik perhatian aku .

abu tu nama kerbau nek mah . dari umur aku 15 tahun kot aku membesar dengan abu .

kereta dipakir dihadapan rumah nek mah .

" assalamualaikum ! ". raika memberi salam .

" waalaikumsalam ! nenek ada belakang rumah ni ". jerit nek mah .

baru sahaja ingin melangkah pergi . tangan ku dicapai ibu .

" raisha . tolong ibu naikkan barang okey ? ". ibu tersenyum .

" okey ".

beg galas diletakkan di atas rumah papan milik nek mah . kaki aku terhenti memandang seorang lelaki .

mata aku kecilkan .

" azim ! ". jeritku .

azim memandang ke arah aku . gigi yang bersalut besi ditayangkan pada aku . azim ni sepupu aku . dari kecik lagi kitorang dah kamcing .

" eh ! ecah ! bila balik ! ".

" baru jer . nak pergi kebun ke ? ". soalku .

" haah . asal ? nak ikut ke ? lagipun aku ingat lepas pergi kebun nak bagi abu makan ". topi di atas meja azim capai .

" naik apa kau pergi ? ".

" motorlah ! kau gila ke nak pergi kebun naik kereta aku . kalau jalan dia besar bolehlah juga ".

" boleh ah ! tapi biar aku yang bawak motor ".

" kau serius ah ? aku nak kahwin tau ". beritahu azim sebelum menolakku .

" kau fikir kau sorang jer ke nak kahwin ? aku pun nak lah ".

" kau ? kahwin ? malang lelaki yang dapat kau nanti . dah jom ah , dah lambat ni ".

" haa kejap . aku bagitahu ibu aku dulu ".

Penggoda Tuan HarrazTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang