Ain diam. Kata-kata Dina dihadam. Ada betulnya apa yang dikatakan sahabatnya itu tetapi bukankan merampas suami orang itu sesuatu yang berdosa. Walaupun dia cinta pertama Nadzhan, status Tya lebih tinggi darinya. Ain bermain dengan emosinya. Dia cuba menafikan kata-kata Dina tetapi dalam masa yang sama otaknya mengiakan kebenaran kata-kata itu.

Dina yang melihat kebisuan Ain mengukir senyuman jahat. Dia akan pastikan dendamnya terbalas.

                     🍋🍋🍋🍋🍋

iPhone yang berdering dipandang sepi. Tauqif terasa rimas dengan sikap Amira yang seperti terlalu mengongkong. Sudah hampir seminggu mereka berkenalan dan semakin dia mengenali wanita itu semakin dia rasa hendak jauhkan diri dari Amira.

Amira sangat baik cuma kadang sikap mengongkong dan kuat cemburu Amira menyesakkan kepalanya. Tidak boleh langsung nampak dia senyum atau pandang perempuan lain, pasti ada sahaja persoalan yang akhirnya membawa kepada pertengkaran. Tauqif rimas. Contohnya seperti tengah hari tadi. Dia hanya senyum kosong pada waiter yang ambil order tetapi bermacam macam soalan yang keluar dari mulut Amira. Sehingga waiter yang tidak bersalah itu turut dimarahi kerana membalas senyumannya. Naik seram Tauqif dibuat.

Matanya melirik pada iPhone yang tidak henti bordering itu. Naik sakit telinganya. Dengan wajah terpaksa, Tauqif menjawab panggilan itu.

"Ermm."

"Kenapa lama sangat you nak jawab? You dah tidur ke?" tanya Amira.

"I busy sikit. Ada kerja nak buat. Kenapa you call malam-malam ni?" tipu Tauqif.

"I nak ajak you teman I besok boleh?"

Berkerut dahi Tauqif. Teman ke mana pula. Risau hatinya hendak keluar dengan Amira lagi.

"I ada dapat jemputan pergi parti hari jadi kawan I. I nak you teman boleh?"

Tauqif berfikir sebelum setuju dengan permintaan Amira. Setakat pergi parti hari jadi, tidak jadi masalah rasanya sebab tentu sahaja yang berada di parti itu kawan-kawan Amira.

                        🍋🍋🍋🍋🍋

Tya memutuskan talian dan iPhone diletakkan di atas meja di sisi katil yang bersaiz king itu. Dia berjalan menuju ke beranda, tempat di mana suaminya sedang berdiri mengambil angin malam. Melangkah sahaja melepasi pintu sliding, terus tangannya disilangkan di dada. Bayu malam yang menyapa kulitnya terasa sehingga ke tulang.

Nadzhan menoleh apabila terasa ada orang di belakang. Dia mengensot ke kiri memberi ruang kepada Tya. Tya turut sama menghayati keindahan malam. Bintang yang berkerlipan di angkasa kelihatan cantik.

"Cantikkan bulan malam ni?"

Tya mengangguk. Bulan mengambang itu sangat cantik.

"Sama macam you," bisik Nadzhan.

Tya tersenyum. Kata-kata Nadzhan selalu manis di telinganya. Orang luar yang lihat pasti akan ingat mereka pasangan yang bahagia.

"Kalau I cantik macam bulan, Ain cantik macam apa?" soal Tya. Saja nak tahu walaupun jawapan Nadzhan akan mengundang sakit hatinya.

"Macam bintang. I pula macam langit. Langit kalau tak ada bulan dan bintang akan nampak kosong. Bulan dan bintang tu akan menambahkan keserian."

Tya mencebik dan buat muka menyampahnya. Nadzhan senyum melihat wajah cemburu isterinya. Dagu Tya ditarik memandang wajahnya.

"Lain kali jangan tanya kalau tak nak jealous."

"You nak apa cari I ni? Tadi merajuk."

Tya mengeluh. Sejak dua menjak ni, sering sangat dia berkeluh kesah padahal Allah tidak suka orang yang berkeluh kesah ni. Dalam islam sendiri ada cakap, jika seseorang ditimpa musibah, haruslah ia bersyukur kerana jika kita bersabar maka dosa kita akan turut diampuni. Tya sedar berkeluh kesah hanya akan membuat hatinya makin gelisah tapi dia manusia biasa. Tidak lari dari sikap alpa.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now