Part 7 - Alunan suara

2.9K 387 30
                                                  

Randy Fernandez memandang alamat yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. Dalam masa yang sama, matanya meliar melihat sekeliling. Kawasan tersebut kebanyakannya terdiri daripada rumah kecil yang diperbuat daripada kayu dan bata. Ini kali pertama dia melihat kawasan kampung seperti ini. Jauh beza kehidupan masyarakat di bandar.

Tujuan dia datang ke situ ialah untuk melawat tapak pembinaan yang bakal dibina di kawasan tersebut. Melihat keadaan sekeliling, memang patut pun pembangunan diadakan di situ. Penuh dengan pokok- pokok saja. Langsung tak ada shopping mall yang besar seperti di bandar.

Nombor telefon Eric iaitu pengurus yang bertanggungjawab ke atas projek pembangunan ini, terus didail. Tetapi, malangnya suara operater bergema menandakan kawasan tersebut berada di luar talian. Mana tidaknya, signal bar menunjukkan tahap yang paling rendah. Itu pun kadang-kadang tak ada langsung bar.

Randy Fernandez berdecit geram. Ini la yang susah kalau buat projek dalam kawasan kampung. Macam dah tak ada tapak kat bandar tu! Line pula kejap ada kejap tak ada. Menyusahkan !

Lampu signal sebelah kiri dinyalakan. Berkelip- kelip lampu tersebut sebelum kereta yang dipandu secara perlahan, berhenti sepenuhnya di bahu jalan.

Randy Fernandez membetulkan cermin mata hitam yang tersemat pada wajahnya. Cuaca terik di luar sana membuatkan matanya menjadi silau ketika memandu. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Keadaan jalan yang tenang tanpa berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk seperti di bandar.

Sedang dia ralit memandang sekeliling, terdengar satu alunan suara yang menarik perhatiannya. Buaian suara yang menjentik tangkai hatinya di sudut hati yang paling dalam. Dia tercari-cari dari mana datangnya alunan tersebut. Saat itu, anak mata terhenti pada sebuah binaan yang mempunyai kubah keemasan di atasnya. Cantik !

Bagaikan dipukau, kakinya melangkah keluar dari kereta. Jiwanya sedikit terusik. Alunan tersebut masih lagi kuat berkumandang seakan-akan memanggil seisi alam untuk mendengarnya.

Kerutan halus mula terlukis pada dahinya. Riak terpinga-pinga tergambar pada wajah kacak itu.

Randy Fernandez terus melangkah sehingga tiba di hadapan pagar binaan tersebut. Dia dapat lihat dengan jelas beberapa orang penduduk berpakaian serba putih masuk ke dalam binaan tersebut. Ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki motosikal. Di atas kepala mereka, terdapat satu topi.. em rasanya itu bukan topi. Entahlah. Dia tak tahu. Ini kali pertama dia melihat suasana seperti itu.

Laa ilaha illa Allah .... !

Randy Fernandez terpaku mendengar kalimah terakhir itu. Ayat itu bagaikan meresap masuk ke dalam jiwanya. Satu perasaan yang tak dapat dia gambarkan melalui kata-kata. Meskipun ini kali pertama dia mendengar alunan tersebut, hatinya bagaikan dielus lembut. Apakah petanda ini? Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Deringan telefon yang bingit memanggil minta diangkat. Sekaligus mengganggu kontrensasi Randy Fernandez yang sedang kusyuk itu. Panggilan dari Eric itu segera diangkat. Serta merta tangan menepuk dahi. Terlupa sebentar tentang tujuan asal dia ke situ.

Randy segera mendapatkan semula keretanya. Enjin dihidupkan dan kereta mula bergerak menuju ke lokasi yang dijanjikan. Namun begitu, fikirannnya masih ligat berfikir tentang kejadian tadi.

•••••

Imam Aazad melangkah masuk dengan tenang setelah mengambil wuduk di luar masjid. Tengah bersedia nak azan tadi, boleh pulak angin dalam badannya buat hal. Tak pasal-pasal kena keluar ambil wuduk lain. Jadi, tugas melaungkan azan diserahkan kepada anak lelakinya.

Tiba-tiba, dia terpandang seseorang di luar pagar masjid. Seorang lelaki yang berwajah putih pucat dan tinggi lampai sedang berdiri dan memandang pelik ke arah masjid. Rasanya lelaki itu bukan orang dari kawasan ini. Mungkin orang luar. Memang la orang luar, sah terpampang muka dia tu muka mat salleh.

Aikk... datang mana pulak mat salleh kat kampung ni? Sesat ke? Baru saja dia mahu pergi menegur, terdengar deringan telefon dari arah lelaki itu.

Lelaki itu menjawab telefon dan terus menghilangkan diri dalam perut kereta. Selang beberapa minit, berdesup kereta mewah itu bergerak meninggalkan kawasan luar masjid.

"Ayah intai apa tu?" Sergah Faiz Imran dari belakang. Berkerut dahinya, cuba memikirkan apa yang dilakukan oleh ayahnya. Dari tadi dia mencari ayahnya setelah ditinggalkan bersendirian untuk mengazankan solat Asar. Nasib baik suara dia sememangnya sedap. Kalau tak, luruh gigi pakcik dan makcik yang datang ke masjid itu.

"Ayah nampak ada sorang mat salleh kat luar pagar tadi. Mungkin dia sesat dalam kampung kita ni kut" Imam Aazad membuat firasat sendiri sambil menjungkit bahu. Dia lihat anaknya mengangguk kecil.

"Mungkin la.. habis tu, mana dia?" Soal Faiz lagi. Dia turut memandang luar, tercari-cari benda apa yang telah menarik pandangan Imam Aazad. Yang ada cumalah jemaah yang sedang berjalan memasuki pintu masjid setelah azan Asar tadi berkumandang.

"Dah pergi dengan kereta dia tadi. Tak sempat ayah nak tegur"

"Laa.. ye ke? Kalau tak, boleh ajak dia solat sekali" Faiz cuba bergurau. Bukan selalu dia nak kenakan ayah kesayangannya itu.

Imam Aazad menjeling anak terunanya. Main-main pulak budak ni. Tapi, tak mustahil kalau mat salleh tu beragama Islam. Hm.. macam tak je. Jelas tergambar riak terpinga-pinga pada wajah lelaki itu saat azan Asar yang dilaungkan oleh Faiz tadi berkumandang melalui speaker masjid.

Jauh di sudut hati, dia doakan supaya Allah memberi hidayah kepada mat salleh itu untuk memeluk Islam. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini terjadi.

•••••








Amacam ? Rasa excited tak nak ke part seterusnya ?

Berapa bintang korang nak bagi untuk part ni? Cer komen kat bawah

⭐⭐⭐⭐⭐

__ / 5

Randy FernandezWhere stories live. Discover now