Part 6 - Berita

2.9K 333 17
                                                  

"Mayat seorang wanita dijumpai dalam keadaan mengerikan dalam sebuah hutan di pinggir bandar. Mangsa dipercayai ..."

Butang merah pada alat kawalan jauh itu ditekan. Serta merta siaran televisyen itu bertukar gelap. Berita tersebut memaparkan tentang kematian seorang wanita bernama Puan Marina yang dibunuh secara kejam oleh seseorang. Apa yang peliknya, si pembunuh tidak meninggalkan sebarang kesan pada tubuh mangsa dan kawasan sekitar. Hal ini menyukarkan pihak polis untuk menjejaki suspek.

Sememangnya mustahil. Kerana tiada kesan tembakan. Yang penuh hanyalah cakaran yang luar biasa. Dan semestinya bukan cakaran haiwan di hutan itu.

Dia tersenyum sendiri. Dia keliru sama ada mahu gembira ataupun bersedih tentang berita ini. Adakah dia perlu raikan kemenangan ini bersama lelaki itu?

Raymond Risley !

Ya ! Dia kenal siapa pembunuh itu. Sangat-sangat kenal ! Siapa lagi kalau bukan lelaki yang menyebabkan dia wujud di dunia ini. Cara pembunuhan yang sama dilakukan pada setiap mangsanya. Iaitu cakaran tanpa meninggalkan kesan.

Sudah lama dia tahu tentang rancangan ini. Pembunuhan yang dirancang bagi menghancurkan keluarga yang mempunyai darah tulen. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan. Dan mangsa seterusnya semestinya pewaris lelaki tunggal keluarga Richard Risley. Siapa lagi kalau bukan Andry Zuhairie Risley.

Randy Fernandez bangun dari sofa. Tirai yang menghalang cahaya mentari menerobos tingkap bilik, dibiar bertutup. Menjadikan suasana bilik itu gelap dan sunyi. Dia suka keadaan seperti ini.

Sudah beberapa hari dia tidak pulang ke rumah. Dia lebih suka menetap seorang diri dan memilih untuk tinggal di apartment mewah buat sementara waktu. Yang penting jauh dari lelaki kejam itu.

Randy Fernandez tersenyum senget. Entah macam mana Zuhairie sekarang. Sedih? Meratap dan meraung dengan apa yang sedang berlaku? Hm.. mungkin !

"Now.. you feel what I feel for a long time ago. Does it hurt? Yeah ! That is really hurt !"

Kaki melangkah menuju ke bilik air. Mungkin dia perlu raikan perkara ini dengan mencari mangsa di luar sana. Mangsa yang rela memberikan darah sekaligus nyawa kepadanya !

•••••

Randy Fernandez menghidu dalam dalam bau darah dari tubuh wanita itu. Tangannya mula merayap pada setiap inci kulit mulus itu. Pelacur yang dia langgan pada harga yang paling tinggi di kelab malam terkemuka itu. Jadi, dia perlu 'gunakan' sehabis mungkin. Berbaloi dengan bayaran yang diberikan. Dia juga mahu tahu, sehebat mana wanita itu menggoda lelaki dengan lenggok tubuh yang mengiurkan. Dan yang ditunggu-tunggu semestinya kemanisan darah yang dimiliki.

Darah merah mula menitik di atas lantai. Menandakan si mangsa sedang 'dikerjakan'. Randy melepaskan mangsanya. Masih bernyawa atau tidak, itu dia tidak pasti. Darah yang memasuki rongga tekaknya tidak seperti yang diharapkan. Dia sudah dapat mengagak. Dengan bau saja dia sudah tahu sama ada manis atau tidak.

Entah mengapa dia teringatkan kejadian tempoh hari. Bau manis yang datangnya dari wanita itu. Bau yang cukup kuat sehingga dia tidak dapat melupakan haruman tersebut hingga ke hari ini. Wanita misteri itu yang telah membuatkan dia gila bayang !

Walau cara apa sekalipun, dia kena cari perempuan tu sampai jumpa. Tapi, macam mana dia nak cari kalau muka perempuan tu pun dia tak nampak.

Itu tak penting. Janji, apa yang dia mahu akan menjadi miliknya. Walau apa cara sekalipun. Sama ada dengan cara rela atau paksa.

"That blood will belong to me. Wait for me, my dear !"

•••••









I'll try my best to keep update this story. Sorry gais kalau rasa cerita ni makin hambar. Yerr sis tahu cerita ni slow update sebab sis malas.. ye sis tahu tu tak bagitahu pun takpe 🤫. Maklumlah dalam tempoh PKP ni rasa malas tu lain macam.

STAY SAFE

STAY HEALTHY

AND

STAY AT HOME !

♥️

Randy FernandezWhere stories live. Discover now