BAB 7~ Melastik Ke Hatimu

1.5K 4 0
                                    

SATU persatu butang keyboard komputer riba di tekan. Satu pasang mata masih tekun meneliti setiap butiran yang terpapar di skrin komputer. Sesekali mulutnya menghirup air milo di dalam mug.

Sejuk!

Nampak sangat yang dia dah terlalu lama berada di dalam mini pejabatnya itu sampaikan air milo yang panas boleh bertukar sejuk.

Tubuhnya mula mengeliat beberapa kali untuk menghilangkan lenguh. Mata beralih pada jam berbentuk strawberry di hujung mejanya. Tepat jam 3 pagi.

Senyuman terukir pada bibir bila melihat jam ‘comel’ itu. Di capai lalu di teliti setiap inci. Kenangan yang berkait dengan jam itu mengimbau di minda. Bibirnya tersenyum sendiri.

Belakang tubuh di sandar pada kerusi. Sesekali keluhan panjang di hela. Ada juga sesuatu yang pahit terselit di dalam kenangan itu.

Tuk! Tuk!

Daun pintu di ketuk dari luar. Bila muka di angkat, kelihatan kepala ayahnya sudah menjenguk masuk. Tidak tidur lagi ke lelaki itu?

“ Ayah tak tidur lagi?” soal Ziyyad pada lelaki yang mula duduk pada kerusi berhadapangan dengannya. Jam pada tangan di letak semula pada posisi asal.

“ Tiba-tiba dahaga pula” balas Encik Kadir ringkas. Ketika dia melintasi bilik kerja anaknya itu, dia nampak cahaya lampu di bawah pintu. Nampaknya lelaki itu masih belum tidur walaupun malam semakin menghujung.

Ziyyad kembali menumpukan perhatian pada skrin komputernya. Konon-konon sibuk dengan kerja. Padahal fikiran sudah melayang jauh.

Gara-gara jam berbentuk strawberry itu, hatinya bercelaru. Apa yang dia taip pun dah jadi tak betul.

“ Yad, kamu dah jumpa Hanis?”
Jari Ziyyad berhenti dari menaip namun tidak sesekali dia mengangkat muka.

“ Kamu dah jumpa dia ke belum?” ulang Encik Kadir sekali lagi bila anaknya langsung tidak menjawab soalannya. Dah lama dia nak tahu perkembangan wanita itu.

“ Belum, yah…” ringkas jawapan Ziyyad. Sekali lagi dia sandarkan belakang badan pada kepala kerusi. Bila bercakap pasal Hanis, hatinya kembali sakit.

“ Sekarang Inaya dah masuk 3 tahun, kan?”

Kali ini Ziyyad angguk. Setiap bulan dia kira usia satu-satunya anak hasil pernikahan dengan Hanis empat tahun yang lepas. Tapi sayang, dia tidak sempat mencurahkan kasih sayang pada anak kecil itu.

Sebaik sahaja Inaya di lahirkan, dia lepaskan isterinya dengan talak satu atas permintaan wanita itu sendiri. Hanis berkeras ingin bercerai atas sebab hati yang sudah tidak menyintai. Tidak ada gunanya untuk terus bertahan bila sebelah pihak sudah bergoyang. Lagipun dia tahu yang Hanis curang di belakangnya.

Bingkai gambar berbentuk empat segi di capai. Di usap-usap menggunakan ibu jari. Ini sahaja kenangan yang dia ada. Ketika gambar ini di ambil, usia Inaya baru sebulan. Selepas itu Hanis terus menghilangkan diri bersama dengan anaknya tanpa khabar berita hinggalah ke hari ini. Ada juga dia cuba mencari, namun sampai sekarang satu jejak pun dia tidak berjaya temui. Biarlah… mungkin ini yang Hanis inginkan. Aku akan doakan dia bahagia dengan orang yang dah mengantikan tempat aku di hatinya.

“ Kamu tak kerja ke esok?” Encik Kadir menukar topik bila melihat air muka anaknya berubah serta merta bila bercakap tentang Hanis dan Inaya. Dia tahu hati kecil lelaki itu begitu merindui mereka berdua.

“ Mestilah kerja. Esok pagi-pagi lagi Yad ada meeting dekat kilang” balas Ziyyad. Bila mulut menguap, cepat-cepat dia tutup. Sejak mengambil alih salah satu kilang ayahnya, dia mula menjadi seorang yang begitu sibuk sekali. Kilang satu pun dah kalut, entah macam manalah ayahnya boleh menguruskan tiga kilang sekali gus. Hebat betul orang tua ni!

“ Dah tu, pergilah tidur. Kan tak terbangun pula pagi esok” nasihat Encik Kadir. Dia nampak muka anaknya begitu kepenatan. Namun terselit juga rasa bangga di hatinya. Anak sulungnya itu berjaya menguruskan kilang pakaian itu dengan baiknya. Selepas anak keduanya menamatkan pengajian nanti, dia akan serahkan salah satu lagi kilang yang dia ada pada lelaki itu. Jadi ringan lah sikit kerjanya selepas ini.

“ Kejap lagi Yad tidur lah. Sikit lagi kerja yang Yad nak habiskan” ujar Ziyyad sambil mengosok mata dengan belakang tangan. Memang ada sikit sahaja lagi. Dia dah malas nak tangguh-tangguhkan kerja.

“ Kamu dah solat isyak ke belum?” soal Encik Kadir. Seingat dia lelaki itu duduk di dalam bilik ini selepas waktu maghrib. Tak tahulah kalau dah keluar solat isyak dulu tadi.

“ Ya Allah…” Ziyyad tepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa benda penting macam itu. Subuh dah nak kunjung tiba, baru nak ingat solat isyak. Tak guna betullah kau ni, Ziyyad. Patutlah dari tadi lagi hati rasa tak tenang, rupanya belum mengadap Sang Percipta.

Bergegas dia meninggalkan ruangan yang sebenarnya banyak melalaikan dirinya sebaik sahaja ayahnya pergi.

Suis lampu di padam dan seluruh ruangan itu menjadi gelap. Sebelum pintu di tutup rapat, dia sempat mengerling gambar Inaya yang terletak pada hujung meja kerjanya dengan hanya di terangi cahaya lampu dari luar.

“ Selamat malam Inaya Isyirah…” bisik hati kecil sendirian sebelum pintu tertutup rapat.

Melastik Ke HatiMuWhere stories live. Discover now