Part 8 - Rancangan

3K 406 11
                                                  

Randy Fernandez melangkah masuk ke dalam bilik mewah itu. Diiringi oleh beberapa orang bodyguard yang diarahkan oleh Raymond Risley. Macam tahu-tahu je aku tak nak datang kan? Huh ! Tak sangka dia kenal perangai sebenar anak dia yang seorang ni.

Dalam bilik itu, Raymond Risley sudah menunggu kehadirannya. Tak sabar nampaknya nak jumpa 'anak kesayangan'. Namun begitu, Randy cuma menayangkan wajah dingin. Tiada langsung senyuman untuk dilemparkan buat ayahnya.

Nampaknya, bilik itu dikawal ketat oleh bodyguard lelaki itu. Dua orang mengawal di hadapan pintu manakala beberapa orang lagi setia berdiri di bahagian kiri dan kanan bilik itu. Kesemuanya berpakaian serba hitam. Dan yang pasti, semuanya bersenjata.

"What do you want, Mr. Risley?" Dingin Randy Fernandez bersuara. Jari jemarinya menanggalkan satu persatu butang kot yang tersarung pada tubuh. Keadaan dalam bilik terasa bahang apabila mereka berdua bersabung mata.

Tanpa disuruh, dia melabuhkan punggung di atas sofa empuk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa disuruh, dia melabuhkan punggung di atas sofa empuk itu. Dia duduk bersilang kaki. Mata memandang tepat ke arah ayahnya yang duduk beberapa meter di hadapan. Di sisi lelaki berambut putih itu, terdapat dua wanita berpakaian seksi sedang tersenyum menggoda ke arahnya. Siapa lagi kalau bukan perempuan simpanan lelaki itu. Huh ! Dah tua pun tak sedar diri lagi.

"I want to discuss something with you" Raymond Risley mula bersuara. Tangannya erat memeluk pinggang dua orang wanita di kiri dan kanan. Wanita yang dibayar untuk memuaskan nafsu ranjangnya. Setiap minggu wanita-wanita tersebut akan ditukar dengan yang lain.

"About what?" Randy pura-pura bertanya. Dia sudah sedia maklum tentang rancangan yang satu itu. Apa lagi kalau bukan berkaitan dengan keturunan Richard Risley.

Rancangan yang bakal menambahkan kuasa vampire dalam tubuh Raymond Risley. Dan dia? Tidak mendapat apa-apa pun. Bukannya dia tak kenal siapa lelaki tua di hadapannya itu. Sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan apa yang dia mahukan. Silap hari bulan, dia turut menjadi mangsa kepada ayah sendiri.

Soalan itu membuatkan Raymond Risley mengangkat wajah. Lama dia memandang wajah Randy. Beberapa saat kemudian, dia ketawa kecil. Tak dapat Randy tafsirkan apa maksud di sebalik ketawa itu. Rasanya dia tak ada buat lawak. Dari tadi suasana tegang menyelubunyi mereka.

"Hey ! Do you forget about our plan?" Tak mungkin Randy lupa tentang tujuan asal mereka datang ke bumi Malaysia ini. Kalau tak disebabkan perkara itu, tak ada maknanya dia nak berlama di sini.

"Our plan? Heh!" Giliran Randy tersenyum sinis. Kepala digeleng perlahan. Sejak bila mereka bersama-sama merancang untuk jatuhkan keluarga Richard Risley. Rasanya tak pernah pula mereka berdua duduk semeja merancang semua ini. Selama ini, dia seperti kerbau dicucuk hidung. Apa yang diarahkan, mesti berunsurkan ugutan.

"Correction ! Your plan. Not our plan" Randy Fernandez tidak dapat mengawal kemarahan. Mata merahnya memandang tajam ke arah Raymond Risley. Dihiraukan saja semua mata-mata yang memandang. Tambah-tambah dua ekor 'anjing murahan' di kiri dan kanan lelaki itu.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now