Coretan kali ni adalah macam mana Ilhan sendiri boleh kenal atau tahu kewujudan Teme Abdullah dalam industri buku.
__________
"Hlovate."
"Hlovate."
"Hlovate."
Tangan terus bermain di skrin oppo. Mata tak lepas dari memandang apa yang tertera di skrin sambil mulut menyebut nama Hlovate.
Sampai pada satu gambar di instagram, "wait, wait... What?"
Ayu yang telah mencapai mug milo untuk disuakan ke mulutnya terkejut akan situasi aku yang tiba-tiba menjerit.
"Kau tengok ni," Ayu menunjuk mug yang semakin hampir dibibirnya. Aku alihkan mata sekejap sebelum fokus aku kembali pada skrin oppo yang masih menyala. Tak berminat.
"Nasib baik aku tak minun lagi. Kalau tersedak macam mana? Kut ya pun nak menjerit bagitahulah aku dulu. Bolehlah aku bersedia. Ini tak." Ayu mempersoal akan kelakuan aku yang tiba-tiba itu.
Ah. Lebih kepada membebel sebenarnya.
"Aku tepuk belakang kau. Apa susah. Bukan macam tu ke mak mak buat bila anaknya tersedak?" Mudah aku membalas. Mata tak lepas dari melihat apa yang menjadi tumpuan aku disaat ini.
Ayu yang tak puas hati mengalih duduk ke sebelah aku. Handphone yang aku pegang diambil selamba olehnya.
"Ish." Mata aku memandang Ayu. Terkejut bila tiba-tiba Ayu mengambil handphone itu. Tapi aku biarkan saje. Memerhati tingkah Ayu yang berkerut dahi melihat paparan skrin oppo yang masih menyala.
"Apa bendalah yang kau tengok ni. H - Hlo - lo - ah... Apa susah sangat nak sebut ni?" Ayu bertanya saat mata dia terpandang satu gambar yang berbagai judul buku dengan nama penulis tertera disetiap buku tersebut. Hlovate.
Aku diamkan sahaja. Aku tahu Ayu tak berminat nak tahu pun. Dia cuma mahu lihat apa yang aku ralitkan. Handphone aku ambil semula. Pencarian diteruskan.
Aku sebenarnya tengah mencari karya Hlovate. Mungkin terlambat untuk aku kenal siapa Hlovate tapi pada aku sebuah karya tu tak ada luputnya. Jadi aku akan dapatkan juga. Tapi masalah yang lain pula timbul. Penerbit yang terbitkan karya Hlovate nak gulung tikar?
But why?
Aku rasa Jemari Seni bukan sebuah syarikat penerbitan yang biasa. Namanya sudah dikenali. Ramai penulis yang mula membina nama sebagai penulis dibawah label itu mula mendapat tempat dihati pembaca. Tapi itulah, aku tak ada masa untuk mencari tahu akan sebab itu.
Pada aku saat ini adalah, macam mana untuk aku dapatkan semua karya Hlovate.
Saat aku scroll instagram dengan hashtag Hlovate. Aku terjumpa satu akaun menjual buku. Dan dia bukanlah menjual kesemua judul buku, hanya segelintir penulis sahaja yang menjadi keutamaan padanya.
Tapi saat aku buka, kesemua novel karya Hlovate sudah out of stock. Dan di instagram story pemilik akaun itu membuat undian berapa ramai yang mahu karya Hlovate diterbitkan untuk terakhir kali. Tapi sayangnya syarat yang ditetapkan penerbit untuk setuju terbit bagai jauh dari gapaian.
Aku mengeluh. Kepala aku sandar pada kepala sofa. Tangan yang ralit memegang handphone perlahan berlabuh diriba.
Kalau masih ramai yang mencari, jadi belum tentu dekat kedai pun ada.
Ayu yang bagai dapat menangkap akan apa yang aku keluhkan, bertanya.
"Kenapa?"
Kalau peniaga online yang hanya fokus pada jualan buku karya Hlovate pun habis terjual, inikan pula di kedai buku.
"Aku cari novel Hlovate."
Ayu ambil handphone dari riba aku. Skrin yang masih menyala memapar akaun instagram milik peniaga online itu diperhatikan sebelum Ayu bersuara, "apa ke susah nak menyubut nama penulis sekarang ni?"
Aku melihat sekilas, pelukis pangkah jalanan, arkitek pangkah jalanan. Apa benda tu?
Ah... tak minat. Aku nak Hlovate.
"Tak nak la. Tak minat buku anak pak cik Abdullah tu. Tak minat arkitek." aku jawab sambil lewa. Memang tak terlintas langsung untuk aku baca tentang kisah arkitek atau apa je yang ada kaitan dengannya.
"Tapi bukan main popular dia."
"Jangan-jangan dah tua." Tengok tajuk bukan main serius. Mesti dah berpuluh tahun dalam bidang arkitek.
"Banyak la kau punya tua. Ni..." Ayu tunjuk sesuatu yang terpapar diskrin. Malas-malas duduk aku tegakkan sebelum kepala aku sengetkan sedikit ke arah Ayu.
"1993? Serius la...?" Ayu aku pandang.
"Lahir bulan mei?"
"Tahun dan bulan yang sama dengan tarikh kau lahir. Pak cik tua la sangat." Ayu membebel.
Don't judge a book by its cover, Ilhan.
__________
Sorry Teme, itu apa pandangan Ilhan dan permulaan nama itu melekat dalam fikiran.
Niat asal untuk terbit dekat 'Kesimpulan yang tak nampak', pada ruangan tajuk Hlovate, Teme dan Iman.
Note: Seperti yang Ilhan maklumkan dalam part 3, setiap yang join contest Ilhan akan masukkan dalam part seterusnya. Tapi hanya separuh cerita sahaja. Sepenuhnya akan dipublish selepas tamat contest.

YOU ARE READING
Contest Tplanner2020 (exclusive) by Ilhan
Short StoryStatus: TAMAT pada 23 mei 2020 (30 ramadhan) 1 - Vote 2 - Why? (kenapa Ilhan buat contest ni) 3 - How? (macam mana nak join) 4 - Me? (macam mana Ilhan sendiri kenal Teme) 5 - Sorry? Seterusnya adalah karya peserta. How I Know Teme Abdullah - Suri Pe...