How I know Teme Abdullah - Suri

139 4 0
                                    

Teme Abdullah atau nama pendeknya iaitu Teme, seorang penulis yang sedang dikenali dan semakin meningkat naik sejak kebelakangan ini. Nak-nak lagi apabila beliau turut dikenali oleh YDPA dan isteri sehingga beliau dengan rasa terharu dan rendah diri mempersembahkan TPlanner beliau yang terbaru kepada YDPA dan isteri di istana negara. 

Teme bukanlah hanya seorang penulis buku malahan beliau juga seorang pelukis dan seorang arkitek. Beliau merupakan seorang arkitek yang bekerja di London, United Kingdom. Beliau terkenal kerana gaya penulisan dan penceritaan yang menarik dan menginspirasikan dalam menghasilkan buku.

Macam mana saya boleh mengenali Teme Abdullah ialah dengan menerusi buku beliau yang beliau hasilkan. Buku pertama yang dibaca ialah Arkitek Jalanan. 

Disebabkan saya membeli buku tersebut sekitar tahun 2015 jadi bermula tahun itu saya mengenali beliau. Pada asalnya, niat untuk membeli buku itu hanya sekadar untuk mengetahui content yang terdapat dalam buku tersebut. Ini kerana tajuk dan cover buku itu sangat menarik perhatian terutama sekali kulit luarnya.

Kalau ikutkan turutan, buku Arkitek Jalanan adalah sequel kedua selepas Pelukis Jalanan tapi masa tu buku tersebut telah 'sold out' dan hanya terdapat Arkitek Jalanan.

Tapi waktu tu secara dasarnya saya masih lagi tidak tahu yang Pelukis Jalanan itu adalah buku first beliau. Yela sebab masa tu kan baru je nak kenal dengan Teme Abdullah.

Mula-mula macam tak rasa nak baca lagi bila dah start beli tu, tapi lama-lama minat nak baca buku tu sampai habis bila dah baca suku muka surat. Sebabnya ada satu feeling yang dapat menarik perhatian saya untuk membaca sampai habis. Dan hanya ambil masa dalam dua hari je untuk habiskan bacaan.

Selain itu, cari beliau garap penulisan buku sangat menarik dan nampak macam 'light-light' je. Sebab tu jugalah boleh habiskan pembacaan dalam masa dua hari. Jadi tak sia-sia bila beli buku tersebut. Start dari satu buku tersebut sehinggalah melarat ke buku beliau yang lain dan terus mengikuti beliau di sosial media untuk mengetahui lebih lagi berkenaan beliau.

Selepas mengikuti beliau di sosial media, saya dapat pelbagai info tentang buku-buku yang beliau hasilkan, misalnya, Empayar 1&2, Signature Jalanan dan juga buku terbaru beliau iaitu Selamat Tinggal Purnama yang merupakan salah satu hadiah bagi pertandingan ini. 

Setiap buku yang dihasilkan mempunyai mesej dan pengajaran tersendiri yang disampaikan melalui penulisan. Bersesuaian juga dengan niat beliau yang ingin menyampaikan mesej kebaikan dan ilmu terhadap para pembaca buku-buku beliau. 

Antara pengajaran yang terdapat dalam buku atau karya beliau ialah tidak mengenal erti putus asa. Contohnya dalam buku Arkitek dan Pelukis Jalanan. Kita dapat lihat yang beliau tidak putus asa dalam menyambung pelajaran walaupun beliau gagal dalam peringkat A-level dan lebih teruk ada juga orang yang mencemuh dan berkata kepada beliau seperti "Dah tak lepas A-level tu mana layak sambung kat university overseas. Hidup kat negara orang nanti payah, menyusahkan orang je." Tapi lihatlah dimana beliau berada sekarang. 

Seorang yang berjaya menamatkan degree beliau di university di luar negara dan siapa sangka beliau mampu menempuh segala cabaran dan dugaan sepanjang bergelar pelajar di luar negara. Usaha beliau ini dapat dilihat dalam buku beliau yang bertajuk Pelukis Jalanan. Beliau buktikan bahawa jika anda tidak putus asa dalam melakukan sesuatu perkara pasti di suatu hari nanti anda akan beroleh hasilnya. Oleh itu, jangan pernah mengalah dan putus asa dalam melakukan seusatu.

Pengajaran yang seterusnya ialah sabar dalam menghadapi dugaan. Seperti yang diceritakan beliau dalam salah sebuah karya series 'Jalanan' yang beliau pernah dikhianati oleh... 

Selepas dapat mengetahui angkara siapa perbuatan khianat itu, Teme masih tenang dan tidak melenting secara membuta-tuli dalam membalas semula perbuatan yang telah dilakukan oleh si dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas dapat mengetahui angkara siapa perbuatan khianat itu, Teme masih tenang dan tidak melenting secara membuta-tuli dalam membalas semula perbuatan yang telah dilakukan oleh si dia. Beliau bijak dalam menangani situasi tersebut. Dapat dilihat sifat sabar yang dimiliki oleh Teme dalam situasi tersebut. 

Pengajaran lain dapat dilihat dalam series Empayar 1&2 iaitu penyalahgunaan ilmu agama. Ini dapat dilihat dalam Empayar 1 iaitu Hikayat Putera Tanpa Nama. Untuk buku Teme yang ni dia berlainan dari series Jalanan kerana Teme menggunakan nombor untuk menggambarkan watak-watak tersebut.

Penyalahgunaan ilmu agama atau lebih dikenali dengan gelaran 'penunggang agama' ini dapat dilihat pada watak yang dipegang oleh Pelatih 1636...

Penyalahgunaan ilmu agama atau lebih dikenali dengan gelaran 'penunggang agama' ini dapat dilihat pada watak yang dipegang oleh Pelatih 1636

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jadi secara keseluruhannya karya-karya yang Teme hasilkan menpunyai banyak pengajarannya yang tersendiri. 

Seterusnya ialah berkaitan dengan apa yang akan dibualkan jika saya dapat berjumpa dengan Teme Abdullah. Okey secara umumnya terlalu banyak perkara yang ingin dibualkan dengan beliau seperti macam mana tercetusnya idea untuk menghasilkan buku dan pelbagai lagi. Tapi secara ringkasnya, jika dapat berjumpa dengan beliau, perkara yang nak dibualkan ialah macam mana kehidupannya secara lebih mendalam kerana umum tahu kehidupannya yang sedikit di sosial medial. 

Selain itu, apa perkembangan terbaru beliau dalam menghasilkan karya dan berbual mengenai kerjaya beliau sebagai penulis anonymous dengan lebih mendalam.

Seterusnya berbual mengenai bagaimana beliau dapat mendepani cabaran dalam kehidupan. Akhir sekali, mungkin mendengar kata-kata semangat atau berbual kosong sehingga habis tempoh berjumpa.

Akhir sekali ialah kata-kata semangat yang ingin diberikan kepada Teme Abdullah ialah teruskan menghasilkan karya-karya yang memberi inspirasi dan pengajaran kepada pembaca. Selain itu, 'wherever you are, please take care of yourself and please take care of your health'. Dan terakhir, jangan pernah lelah dan berputus asa dalam melakukan kebaikan because one day, the pain and the hardships will make sense to us. Just don't give up. And who ever you are always remember that I will always support you. 

So, that all and it a wrap for Teme Abdullah story from me.

997 p.p.

Contest Tplanner2020 (exclusive) by IlhanWhere stories live. Discover now