3 - How?

152 13 6
                                    

Cara nak sertai mudah sahaja.

Hanya tuliskan satu cerita tentang...
1) Macam mana korang boleh kenal Teme Abdullah?
2) Apa buku pertama yang korang baca?
3) Apa pengajaran yang boleh korang dapat melalui karya yang dihasilkan Teme Abdullah?
4) Kalau korang dapat jumpa Teme, apa yang korang ingin bualkan?
5) Dan berikan kata-kata semangat untuk Teme dihujung cerita.

(Di-edit)Ada yang nak join tapi tak pernah baca buku Teme?

Okay. Ilhan akan bagi kelonggaran untuk ni.

Jadi awak yang masih tak ada rezeki baca buku Teme Abdullah pun boleh cuba. Kita ubah sikit untuk soalan kedua dan ketiga.

2) Ambil satu topik dari blog Teme Abdullah.
3) Ceritakan pengajaran dari post tersebut.

Cerita boleh jadi esei atau cerpen. Terpulang pada keselesaan masing-masing.

Setiap yang join Ilhan akan masukkan cerita korang dalam part seterusnya. Jadi sertakan tajuk dan nama pena.

Dimana nak tulis?
Terpulang.

Wattpad, blog, atau boleh je emailkan pada nukilansiapa@gmail.com (sebab tak khususkan untuk yang ada wattpad je. Jadi yang tak ada pun boleh join.)

Pasti maklumkan supaya Ilhan nampak dan tahu cerita yang korang tulis. Kang penat tulis, tapi Ilhan tak nampak. (twitter: @rosetaffyy / instagram: @nukilansiapa )

Patah perkataan: 800 keatas
Tarikh tutup: 23 Mei 2020 (30 Ramadhan) - telah diubah dari tarikh asal.
Cara pemilihan: lengkap kelima persoalan diatas dan menarik.
Seorang pemenang sahaja: Tplanner2020 exclusive & kombo Selamat Tinggal Purnama

Dengan keadaan sekarang ni, bolehlah buat mengisi masa lapang.

Jaga diri tau. Doakan Ilhan juga. (berani betul tengah wabak covid-19 ni buat contest. hehe)

Contest Tplanner2020 (exclusive) by IlhanWhere stories live. Discover now