Assalamualaikum.
Macam mana dengan Perintah Kawalan Pergerakan?
Boring kan? Lapar pula tu. Sekejap sekejap je nak makan. Asyik nak makan je kerjanya.
Tapi pernah tak terfikir kalau itu sebenarnya cuma pemikiran negatif kita. Pernah tak kita cuba nak fikir sesuatu yang positif dengan situasi yang kita lalui sekarang?
Semalam Ilhan baru habis baca 5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate. Apa yang Ilhan dapat dari cerita tersebut adalah masa.
Dengan masa, apa sahaja mampu terjadi dengan izin-Nya. -Hlovate
Jadi dengan masa yang Allah kirimkan ni, pertama sekali imbas kembali perjalanan hidup kita. Masih ada atau tidak amalan yang masih belum tertunai atau yang boleh kita perbaiki.
Kerna yang pasti masa tak pernah berhenti. Ia terus berlalu dan terus menghampiri kita pada kematian.
Jadi gunakan la masa yang Allah kirimkan ni sebaiknya.
***
Okay. Berbalik kepada topik asal, kenapa Ilhan buat contest ni?
"You ambillah dua-dua. Tak pun pilih mana satu yang you nak."
"Ahh. Nak exclusive. Senang guna. Tapi nombor dekat premium lawa."
Maka terjadilah satu extra Tplanner edisi 2020 pada Ilhan. Exclusive ya.
Terlintas juga nak jual, Tapi disebabkan beberapa hal terjadi awal tahun ni, buatkan Ilhan lupa sekejap tentang planner ni.
Bukan sebab Ilhan tak suka planner Teme ya.
Dah sign kontrak dengan diri sendiri nak beli tiap tahun selagi ada rezeki. Cuma rasa rugi kalau dibiar tak diguna. Sekurangnya boleh jumpa tuan baru yang bisa jaga dan mewarnai isi dalamnya dengan sesuatu yang bermanfaat.
Kenapa Ilhan nak bagi Selamat Tinggal Purnama sekali?
Secara ringkasnya, disebabkan Planner tu Exlusive, bukan premium dan dah bulan mac. Hampir setengah tahun.
Jadi itulah sebab kenapa Ilhan buat contest dengan hadiah Tplanner2020 beserta buku terbaru Teme Abdullah, Selamat Tinggal Purnama. Takde la korang rasa rugi kalau join(kot).
Dan...
Nak tambah seperkara lagi. Pada mulanya Ilhan nak mula contest bila dah dapat 20 vote. Takut kalau beria seorang padahal tak ada yang nak join.
Ya la. Dulu sekali post boleh dapat more than 100 vote(macam tak percaya juga bila check balik). Tapi disebabkan dah lebih dua tahun tinggalkan wattpad dan dah unpublish cerita tersebut buat Ilhan tertanya. Ada lagi ke yang nampak wattpad ni kalau publish benda baru.
Tapi disebabkan korang yang vote buat Ilhan rasa, 'okay, ada yang nampak.' hahaha
Jadi pendekkan cerita, perintah kawalan pergerakan pun dah dipanjangkan, Ilhan buat keputusan tak payah tunggu 20 vote. Kita mula je. Pemenang pun seorang je yang Ilhan cari.
Jap... tarik nafas.
Tunggu next part...

YOU ARE READING
Contest Tplanner2020 (exclusive) by Ilhan
Short StoryStatus: TAMAT pada 23 mei 2020 (30 ramadhan) 1 - Vote 2 - Why? (kenapa Ilhan buat contest ni) 3 - How? (macam mana nak join) 4 - Me? (macam mana Ilhan sendiri kenal Teme) 5 - Sorry? Seterusnya adalah karya peserta. How I Know Teme Abdullah - Suri Pe...