Jam berlalu jam, Haris Adham masih lagi berdiri sendirian di pantai,dengan yakin Ain akan datang. Walaupun harapan yang dimiliki tidak utuh tetapi dia akan tetap akan genggam harapan itu. Bunyi telefon yang disangka Ain tetapi bukan meragut sebahagian harapan yang ada.
"Ain dah sampai ke?" Tanya si pemanggil.
"Belum lagi mama." Terasa hambar suara Haris Adham.
"Sabar ye Haris." Tiada apa yang mampu Puan Suraya katakan. Andai ini kesudahannya, maafkan mama,Aini.
"Haris percaya dia akan datang ma. Haris akan tunggu sampai dia datang. Sebab Haris tahu dia cintakan Haris. Mama doakanlah, Haris." Haris Adham tahu dia perlu sedapkan hati ibunya yang risau akan dia walaupun dia seperti sudah nampak pengakhiran hubungan mereka.
"Mama sentiasa doakan anak dan menantu mama." Puan Suraya Cuba menahan sebak yang bertandang.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Ain membuka mata secara perlahan-perlahan. Kepalanya yang berpinar cuba dia lawan. Tatkala matanya terbuka luas, Ain terkesima melihat sekelilingnya.
"Ya Allah! Aku kat Mana?! Kenapa tangan aku terikat?! Allah! Apa yang dah jadi?!Bukan ke tadi..." Ain cemas. Dia berusaha mengingati apa yang telah terjadi. Ingatannya berputar kembali.
"Hye,long time not see Mrs Haris."
Ain terkejut melihat wajah Tasha di hadapan pintu biliknya. Tasha tersenyum ke arahnya seperti ada sesuatu.
"Apa yang awak buat Kat sini?"
"Ini Tashalah! Setiap gerak geri you, I tahu especially Haris Adham." Tasha tersenyum herot.
"Apa maksud awak?" Sebernya,bicara Tasha menakutkan Ain. Kalau ikutkan kemahuannya,mahu sahaja dirinya tutp pintu dan kunci pintu biliknya kerana itu lebih selamat. Masalahnya, Haris Adham sedang menanti jawapannya.
"Ain..Ain..Aku tak tahu kenapa kau bodoh sangat nak kembali dekat jantan macan Haris tuh padahal dia dah tipu you dan paling teruk dia penyebab kawan baik you mati tau!"
"Apa yang awak merepek ni,Tasha?!Macam mana awak tahu Aini dia kawan saya?" Ain mulai penasaran dengan Tasha.Seperti ada sesuatu yang Tasha cuba lakukan.
"You lupa ke I cakap tadi,I tahu semuanya tentang you." Tasha mencuit dagu Ain seolah2 sengaja memacing kemarahan Ain.
"Tasha. Baik awak cakap apa yang awak nak? Kalau tak ada apa nak cakap, saya pergi dulu."
"Tinggalkan Haris Adham." Ucapan Tasha memberhentikan langkah yang baru sahaja melepasi bahu Tasha.
Aku tak salah dengarkan? Aku rasa aku dah cuci telinga aku time Mandi tadi.
"Tinggalkan Haris?" Ain toleh ke belakang.
"Yup ! I nak you tinggalkan dia." Dengan angkuhnya Tasha menjawab.
"Awak jangan merepeklah,Tasha. Saya dah buat keputusan yang saya tidak akan tinggalkan Haris lagi. Saya minta maaflah tapi Haris is mine.Bye!" Ain mengerling tajam ke arah Tasha.
ANDA SEDANG MEMBACA
YoU Are NOT Mine. (Completed☑️)
RomanceSelepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adham sepatutnya menyatukan Haris Adham bersama Puteri Aina.Tetapi suatu kejadian yang telah berlaku me...
