Bintang2 malam yang menghiasi langi t menjadi tatapan Ain.Aingin malam yang bertiup sempoi2 menambah lagi kedinginan malam.
"Aini..Apa yang kau sedang buat di sana sekrang?Adakah kau sedang melihat aku?Aku buntu,Aini...Buntu untuk buat keputusan..Kau pergi kerana Haris..Dan aku sangat terkilan sebab aku tidak dapat bertemu dengan kau saat kau pergi..."
Ain mengharapakan kehadiran sahabat baiknya itu sekarang..Berharap Aini berada di sampingnya saat ini..Tapi dia tahu itu hanyalah harapan..
"Tok!Tok!"
Ketukan pintu mematikan lamunan Ain.
"Siapa pulak yang datang malam2 ni??" Langkahnya dibawa ke arah pintu.
"Mama?!"
Puan Suraya terus mendakap tubuh Ain sebaik sahaja melihat wajah Ain.
Ain terkesima dengan situasi tersebut.
"Ain pergi mana nak?Mama rindu Ain!Sampai hati Ain tak telefon mama langsung!" Puan Suraya terus mendakap menantunya tanpa lepas.
Allah...Bantulah aku..
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Ma....."
"Mama tak nak dengar Ain cakap2 apa.Sekarang ni,Ain dengar apa yang mama nk cakap."
"Haris Tak bersalah dalam Hal ni..Mama yang rahsiakan semuannya.Haris tak pernah tahu Ain ni kawan Aini.Tolonglah jangan salahkan Haris.Haris betul2 cintakan Ain.Mama tak nak lagi melihat anak mama menderita mcm dulu..Tolonglah Ain..."
Air mata Puan Suraya yang mengalir di lekuk pipi tua itu menyebabkan Ain juga turut sebak.
Siapa sahaja yang tidak sedih melihat orang tua merayu sebegitu pada Kita.Tapi bagaimana dengan perasaannya?Bagaimana dengan perasaan dia yang rindu akan Aini?Bukan sehari dua dia mencari tapi bertahun lamanya.Malangnya,hasil pencariannya menemui jalan yang dia sendiri tidak pernah sangka.
Ain menghela nafas berat.Bebanan pada hati menyebabkan otaknya berselirat memikirkan segala benda.
"Mama..Janganlah menangis.." Ain menyapu air mata ibu mertuanya. Wanita di hadapannya itu terlalu baik baginya dan tidak mungkin dia akan tegar menghampakan wanita itu.
"Mama bagi Ain masa ye? Ain perlukan Masa untuk fikirkan semua ni.."
Ya,saat ini dia perlukan masa. Seandainya dirinya adalah jodoh Haris Adham, dia lari sejauh mana pun,dia tetap akan kembali semula kepada lelaki itu. Semuanya dengan izin-Nya.
"Ain ambillah berapa banyak Masa yang Ain perlukan tapi Ain ingatlah...Walau apapun keputusan Ain, mintalah petunjuk daripada Allah supaya memberikan Ain petunjuk. Mama tak pernah lupa doakan Ain dengan Haris supaya kekal bersama. Dan untuk pengetahuan Ain, mama Tak pernah menyesal dengan apa yang mama buat. Sebab mama yakin keputusan mama betul dan mama bersyukur sangat mama dh tunaikan amanat terakhir arwah Aini. Mama sayangkan Ain sama macam arwah menantu mama." Luahan hati Puan Suraya berjaya menumpahkan air mata Ain.
Tubuh wanita tua itu didakap erat oleh Ain. Segala rasa dihamburkan dia bahu wanita tua itu. Sumpah, saat ini dia rindukan ibunya.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Ain fikirlah masak-masak,tanya hati Ain. Perpisahan memagnya diberikan dalam islam tapi Ain kena tahu, Allah juga sangat membenci sebuah penceraian." Ujar si pemanggil.
"Tapi ibu, hati Ain sakit sangat bila teringatkan sebab Aini pergi. Apa dosa dia, ibu? Dia hanya mencintai, Aini dari dulu begitu ibu, hanya tahu memberi tapi diri yang tersakiti. Tetapi kali ni, dia benar2 tersakiti sehingga tak akan kembali." Setiap kali bicara dengan ibunya, air matanya sering tumpas. Itulah orang kata, kasih ibu dibawa sehingga mati.
"Nak.. Ibu tahu apa yang Ain rasa tapi Ain kena Ingat, hidup mati semuanya di tangan Allah. Mati itu pasti bagi yang hidup. Cuma Cara kematian sahaja kita tak tahu. Belajar untuk redha, Ain."
"Tapi..."
"Ain cintakan Haris kan?" Puan Azma tahu, hati anaknya ini perlu diberi nasihat terus dan terus.
"Errrmmm.." Soalan ibu menyetapkan jiwanya. Tidak dapat dinafikan, pemilik hatinya jelas kepunyaan Haris Adham.
"Lepastu? Kenapa mahu terus menyeksa diri sedangkan ada kebahagiaan menanti?Kenapa sengaja biarkan hati terluka?"
Ain ketap bibir. Persoalan ibunya membuatkan dia terus hilang kata-kata. Terdiam.
Kebisuan anaknya telah memberikan jawapan kepada dirinya. Puan Azma koyakkan senyuman di sebalik gagang telefon.
"Ibu cuma harap,anak ibu bijak membuat keputusan.Yang sudah pergi Biarlah pergi. Kita yang hidup sepatutnya teruskan hidup. Ain doalah supaya Allah dapat pertemukan Ain dengan Aini di syurga nanti. Di sana semuanya kekal abadi sayang."
Kesenyapan Ain bukan menandanya dirinya tidak endah dengan apa yang dikatakan ibunya sebaliknya kata-kata ibunya menyedarkan dirinya sesuatu. Selama ini, dirinya tersilap dalam menilai apa yang berlaku.
Allah...Ampuni aku..Khilafnya aku..
Jika tidak ada tempat memaut di balkoni sudah pasti dirinya sudah terduduk saat ini. Air matanya mengalir laju seiring dengan rasa kesal yang menebal di hati .
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Harini adalah hari di mana dia meletakkan keputusan hubungannya dengan Haris Adham tanpa ragu. Baju berwarna hitam yang dikenakan dengan seluar palazo hitam terletak cantik ditubuh Ain yang tidak tinggi atau pendek. Tudung selendang berwarna merah pemberian daripada Haris Adham dikenakan pada kepalanya. Langkah terakhir,Ain mengenakan gincu berwarna pink di bibirnya.
Gambar Aini yang dia ambil daripada "bilik rahsia" Haris Adham ditatap.
"Aini,doakan aku segalanya akan jadi baik. Aku harap keputusan aku ini baik untk semua orang. Terima kasih sebab kau satukan aku dengan Haris. Aku sayang kau."
Ain menarik nafas sedalamnya sebelum menuju ke pintu biliknya.
"Hye, long time not see Mrs Haris."
ANDA SEDANG MEMBACA
YoU Are NOT Mine. (Completed☑️)
RomanceSelepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adham sepatutnya menyatukan Haris Adham bersama Puteri Aina.Tetapi suatu kejadian yang telah berlaku me...
