"Masuklah" ujar Nana sambil meluaskan lagi bukaan pintu rumah. Dengan senyuman, Jaemin memasuki ke dalam rumah yang diduduki Nana dan Liyana.
"Awak duduk lah dulu. Saya buatkan teh" katanya sebelum masuk ke dapur untuk membancuh teh. Jaemin memandang sekeliling rumah. Daripada lantai hinggalah ke syiling..
"Hurmm.. Cantik jugak rumah ni kan?" katanya sendirian.
"KALAU AWAK BOSAN PASANG LAH TV TU!" jerit Nana dari dapur. Tersentak Jaemin dibuatnya. Matanya mula tertancap ke arah remote TV yang terletak di atas meja di hadapannya.
Terus remote itu diraih dan butang hijau ditekan. Kini, televisyen memaparkan rancangan temu bual yang pastinya agak membosankan..
Tak lama kemudian, Nana kembali bersama dulang yang berisi teko teh dan dua buah cawan. Dulang diletakkan di atas meja.
Nana mengambil tempat di sofa yang berhadapan denhan Jaemin. Ikhtilat guys ikhtilat.
"Kenapa awak tutup muka awak tu?" soalan itu keluar dari mulut Jaemin. Nana terkejut. Dia membisu seribu bahasa, tidak tahu mahu menjelaskan kepadanya.
"Ermm.. Saja.. Saya selesema.. Jadi taknak awak berjangkit nanti" jawab Nana dengan yakin. Jaemin sekadar menangguk faham. Cawan teh tadi disisip sedikit kerana panas.
Nana juga menyisip teh tersebut. Tetapi, pandangan Jaemin jauh lebih cekap dari yang disangka.
"Awak nangis eh?" Nana terus bdrhenti dari minum. Anak mata dilirikkan ke arah Jaemin. Sedari dengan reaksi itu, nana kelam kabut meletakkan cawan tadi dan berlagak biasa.
"Eh mana ada.. Kan saya dah cakap—"
"Jangan tipu. Allah nampak.. " kata-kata Jaemin membuatkan Nana menyerah kalah.
"Yelah.. Saya nangis" Nana berjujur (?) di hadapan Jaemin.
"Kenapa ni?" soal Jaemin lembut dan penuh prihatin.
"Saya rasa benda ni takde kaitan dengan awak" ujar Nana sambil menutup wajah dengan mask tadi.
"Kalau awak takde pendengar.. Saya boleh jadi pendengar awak.. Ceritalah.. Apa dah jadi?" katanya lagi.
Nana mengeluh sebelum mengangguk.
"Cerita dia macam ni.. Saya ada seorang teman lelaki.. Kami bertemu sewaktu saya berusia 19 tahun.. Dah lama jugak lah kami menjalingkan hubungan. Dalam empat ke lima tahun. Dia sangat setia dengan saya dan dia sanggup redahi hujan semata-mata nak belikan saya ubatan sebab saya demam masa tu......."
Jaemin membisu sambil mendengar dan mentelaah segala yang dikatakan oleh Nana.
✧ ° • . sementara di situasi lain .• ° ✧
❝ 1st Mission! Completed! ❞
❝ dia sepatutnya lebih bijak letakkan barang ❞
❝ si pencarinya jugak dungu.. Bukan cari kat situ ❞
YOU ARE READING
Please Excuse Me - Jaemin (C)
RomancePlease excuse me, tolong halalkan saya, ❝ Kalau awak nak khawin dengan saya.. Kenalah masuk islam dulu ❞ - 나나 ❝ Jangan risau. Saya memang nak masuk islam pun. Dari dulu lagi ❞ - 재민 Cast : Jaemin NCT , Nana Genre : Romance , Islamic Category : 13+ St...
