❨ 49.00 ❩

396 67 3
                                        

"Assalamualaikum" Satu suara menyapa telinga aku. Pandangan yang terarah ke televisyen menuju ke arah sumber bunyi itu iaitu pintu.

"Waalaikumussalam" balasku seraya bangkit dari sofa. Langkah diatur menuju ke pintu. Kunci pintu dibukak dan aku terus menguak pintu rumah.

Terbeliak mata aku apabila melihat susuk tubuh Nana yang nampak lesu dan lemah. Tanpa sempat bertanyakan apa-apa, dia terus mendakap tubuhku.

Diri membisu seribu bahasa. Tidak tahu nak mengatakan apa lagi. Belakang Nana diusap perlahan. Aku seakan mengetahui akan dia sedang bersedih.

"Jom masuk bilik" ujarku dan kemudian tubuh lemah Nana aku papah perlahan dan bawa dia masuk ke dalam bilik.

---

Perlahan-lahan dirinya aku rebahkan di atas katil. Selimut ditarik menutup separuh badannya. Tangan cuba untuk menanggalkan selendanganya tetapi Nana pantas menepis.

"Takpe, aku boleh bukak sendiri" balasnya sambil menutup mata. Aku menganggukkan kepala sebelum bangkit dari katil.

Langkah diorakkan menuju ke pintu bilik. Aku memusingkan kepala ke belakang dan pandang ke arah Nana.

"Kalau ada pape.. Jerit je tau. Aku kat ruang tamu" pesanku. Nana menangguk lemah. Langkah diteruskan semula menuju ke televisyen bagi menonton drama 7 tahun mencintaiku yang tertunda sebentar tadi.

✾ • • • ✾

"Ish! Mana benda ni" Rambut dikusutkan. Mata masih meliar-liar di sekitar bilik tidur Jaemin. Barang yang dicari itu masih tidak dijumpai.

Minda mulai berserabut. Aku terus memonggah barang-barang yang tersusun di dalam kotak dan rak bilik Jaemin. Urgh! Masih tak jumpa.

Mana dia sorok benda tu? Asal susah sangat nak cari?

"Kau cari apa?" satu suara garau menyentak diriku. Pantas aku berdiri tegak seperti tiang dan memusingkan badan ke belakang.

"Eh? Jaemin.. Kenapa?" aku mula menyoal dengan lagak biasa. Cuba menutupi perbuatan aku tadi.

"Hyung cari apa tu?" soal Jaemin dengan riak muka 'innocent' nya. Pantas aku menggeleng..

"Menatang ko! Mana ada" balasku.

Jaemin menanggukkan kepala. Nasib budak ni senang dengar cakap.

"Hyung... Masakkan megi boleh?" soal Jaemin lagi. Automatik aku menganggukkan kepala. Apa saja asalkan dia tak persoalankan perbuatan aku tadi.

Terus aku ke dapur dan menuruti hajat Jaemim

----

Vomment ya guys.. ❀

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now