Friendly Stranger

12 1 0
                                              

Hujan lebat berserta guruh kilat dan angin kencang pada lewat petang hari itu membuatkan perancangan lelaki itu untuk mengisi perutnya, musnah. Kaki lima bangunan kedai berlecak akibat tempias air hujan. Arus trafik pula menjadi perlahan membuatkan laluan kenderaan di celahan bangunan itu menjadi lagi sesak.

Seorang perempuan sedang setia menunggu seseorang di restoran Starbucks. Matanya melilau ke tengah jalan. Lelaki itu perlahan-lahan mendekati kerusi kosong yang berada satu meja dengan perempuan itu.

"Boleh saya duduk sini?" tanya lelaki itu sambil menuding jarinya ke arah kerusi kosong itu.

Perempuan itu sekadar mengangguk. Pantas lelaki itu melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. Beg yang disandang di belakangnya diletakkan di ribanya.

"Lebat betul hujan ni ye. Dah sejam lebih, tak reda-reda lagi." Lelaki itu bersuara, sekadar untuk memulakan bicara. Namun perempuan itu sekadar tersenyum dan mengangguk saja.

Mereka berdua membisu. Si perempuan mengeluarkan henfon dan menaip sesuatu, kemudian menyimpannya semula ke dalam poket seluar jeans. Si lelaki cuma termenung sebelum memecah sunyi.

"Study lagi ke kerja?"

"Kerja. Kat sini jugak," jawab perempuan itu.

Lelaki itu pula yang terangguk-angguk seperti burung belatuk.

Tak lama kemudian, datang seorang lelaki bercermin mata berbingkai petak besar berwarna hitam.

"Aku cari kau satu kompleks ni, kat sini kau melepak eh. Kata lapar," kata lelaki itu dengan gaya seperti orang yang high daun ketum.

"Kau tak nampak hujan lebat tu? Kalau dah lapar sangat, pi cari payung. Nanti kita boleh pi mapley depan tu," perli lelaki itu.

"Cari payung? Okey."

Kawan lelaki itu terus berlalu pergi.

Perempuan itu pula membuat muka blur memandang dua sekawan itu.

"Dia tu... pergi cari payung betul-betul ke?" tanya perempuan itu.

Lelaki itu tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya. "Dia tu lurus bendul sikit."

"Oh..." Perempuan itu melopongkan mulutnya, kemudian dia ketawa kecil.

"Awak ni kerja part-time kat dalam kompleks ni?"

"Ha'ah," jawab perempuan itu sepatah.

"Kerja mana?" tanya lelaki itu lagi.

"Kiosk jual buku." Perempuan itu melemparkan senyum.

Lelaki itu memandang perempuan tersebut. Tubuh, muka, cara pemakaian... habis semua dijelajahinya.

"Tak study?"

"Dah habis. Sekarang nak tunggu degree pulak hujung tahun ni," jelas perempuan itu.

Wajah lelaki itu berubah terkejut. "Degree? Umur awak berapa?"

"23."

"Wha―"

"Kenapa?"

"Saya ingatkan awak baru lepas SPM."

Perempuan itu sekadar tertawa dengan kata-kata lelaki itu.

"Awak study apa dulu?"

"IT."

"Eh, saya pun belajar IT. Tapi amek sijil jela. Awak lagi power, dah dapat diploma pun," kata lelaki itu merendah diri.

"Belajar apa-apa pun, sama je. Asal minat tu ada, ye dak?"

Kapal Terbang ImaginariWhere stories live. Discover now