"Saya rasa.. Awak mungkin dah dapat pengajaran?" Jaemin memberikan soalan setelah lama berdiam dek kerana mendengar cerita yang disampaikan nana.
Nana menganggukkan kepala. Dia sudah faham bahawa tidak semua tempat adalah selamat dan aman.
"Saya sekarang dah faham peribahasa air yang tenang jangan disangka tiada buaya" balas Nana lembut sembil pandangan dilentokkan ke bawah.
"Oh ya. Jaemin..." Jaemin memandang Nana.
"Terima kasih.. Sebab tolong saya masa dekat pasaraya tu. Dan.. Jangan bagitahu keluarga saya tau pasal hal ni. Saya taknak diorang risau" pesan Nana dengan lembut dan penuh berharap kepada Jaemin
Jaemin menganggukkan kepala. Dia akan turuti kesemua permintaan yang diberikan Nana.
"Jap.. Macam mana awak tahu nama saya?" Jaemin mengerutkan dahi dan menyoal nana dengan penuh curiga.
"Ouh.. Ada suatu hari, saya tanya kawan awak pasal awak. Dan dia bagitahu nama awak Jaemin" Jaemin menganggukkan kepala. Dia tahu bahawa kawan itu adalah Jisung.
"Apa nama awak?"
"Nama saya Nana" Jaemin membuka mulut dan mengatakan 'ooooo'. Tangan pantas dihulur kepada Nana untuk disalam.
Namun, apa yang dia dapat hanya palau. Nana sekadar memandang tangan itu tanpa rasa bersalah. Dia trus menarik tangannya semula.
"Saya faham. Orang perempuan bukan mahram tak boleh sentuh lelaki bukan mahram" ujarnya. Nana anggukkan kepala. Apa yang diucapkan Jaemin 100% benar.
"Oh ya. Sebagai tanda balas jasa, awak boleh bagitahu saya apa yang awak nak. APA-APA JE.. SAYA TAK KESAH.. NI SEBAGAI TANDA BALAS JASA AWAK PADA SAYA PETANG TADI"
Jaemin meletakkan jari di dagu. Dia mula berfikir akan hajar terbernas yang boleh dibuat oleh Nana..
"Saya tahu"
"Apa dia?"
"Awak.. Muslim kan?"
"Haah. Kenapa?" Nana menganggukkan kepala.
"Boleh.. Awak dorong saya untuk masuk ke dalam jalan islam? Saya nak jadi m-mualaf"
Mata Nana pantas membulat. Dia terkejut dengan hajat yang dinyatakan Jaemin. Untuk kali pertama dalam hidupnya. Orang meminta dia jadi pemimpin untuk masuk ke agama islam.
"Boleh?" soalan Jaemin menghentikan lamunannya.
"B-boleh.. Saya c-cuba" balas Nana tergagap. Jaemin terus mengukirkan senyuman.
"TERIMA KASIH!" Ucap Jaemin gembira.
❀❀❀
❝ Dan dari sinilah macam kami boleh rapat sehinggakan dari haram ke halal ❞
—Double update
YOU ARE READING
Please Excuse Me - Jaemin (C)
RomancePlease excuse me, tolong halalkan saya, ❝ Kalau awak nak khawin dengan saya.. Kenalah masuk islam dulu ❞ - 나나 ❝ Jangan risau. Saya memang nak masuk islam pun. Dari dulu lagi ❞ - 재민 Cast : Jaemin NCT , Nana Genre : Romance , Islamic Category : 13+ St...
