Bab 2

28K 1K 11
                                    

Januari, tahun baru. Sekolah yang sama dengan tahun lepas. Muka classmates yang familiar.

Memang dah dapat agak, first thing on the new year school session, kitorang akan dibebel pasal SPM. Memang patut pun. Perangai masa tingkatan 4 pun dah macam setey, kalau tak dibendung masa tingkatan 5 ni, innalillah saja kat keputusan SPM bulan 3 tahun depan.

Jadual memang padat. Dari awal tahun cikgu dah buat jadual kelas tambahan, jadual peperiksaan mingguan. Bila nak buat revision tulah yang paling payah. Sebabnya? Tak master basic masa tingkatan 4. Kata 'honeymooon'? Memang padan mukalah kan.

Tahun baru, aku kenal dengan orang baru. Ada sorang budak baru dari Johor masuk kelas. Perempuan, macam aku. Comel, macam aku. Tembam, macam aku. Long story, shorten, kitorang rapat dan declare masing-masing as bestfriend. Memang bestfriend gila-gila bestfriend pun. Makan lauk apa, kejap lagi nak mandi, tadi menangis, tadi tolong ayah, semua benda nak update. By the way, nama dia cukuplah aku panggil dia Nud.

Everything goes well, sampailah pertengahan bulan Februari, hari Jumaat. Titik 'hitam' bermula.

Malam tu, lepas makan, macam biasa, kitorang satu family duduk mengadap TV tengok movie. Tiba-tiba.. "Kak, meh masuk bilik kejap," kata ayah. Aku tengok mak pun dah naik tangga menuju ke bilik. Aku tak syak apa-apa, jadinya aku ikut je kata ayah tanpa bantah.

Sesampainya aku kat dalam bilik mak dan ayah, aku dipelawa mak dan ayah duduk atas katil. Aku pasti, ni benda yang sangat mustahak. Mustahak ke tahap infiniti.

"Kakak. Ayah nak sampaikan hasrat orang. Kau kena fikir benda ni elok-elok." Mak di sebelah cuma mengangguk.

"Apa dia yah?" Serius. Waktu tu aku berderau. Hormon adrenalin mengalir deras membuatkan jantung aku berdegup kencang. Sungguh, tahap inkuiri aku sudah di takat didih.

"Ada orang nak meminang kau."

ZASSS! Rasa terputus segala arteri, vena dan vena cava. Terasa darah diracuni karbon dioksida kerana tidak mampu mengalir secara efektif ke paru-paru. Vena cava aku terasa diputuskan! Aku pandang wajah 2 orang kesayangan aku dengan penuh tanda-tanya. Macam-macam soalan ingin aku luahkan, tapi semua tu hanya bermain dalam kepala. Mulut aku rasa terkunci!

"Nah, kau tengoklah gambar dia," kata ayah sambil handphone dihulurkan pada aku. Terketar-ketar tangan aku ambil handphone tu. Satu gambar lelaki yang segak memenuhi skrin handphone. Aku telan air liur. Bukan kerana tergoda dengan kesegakan lelaki itu, tapi kerana otak aku masih tak mampu mencerna perkara yang sebenar-benarnya sedang berlaku. Handphone tu, aku pulangkan kembali pada pemiliknya.

Suasana bilik hening seketika. Masing-masing kelu nak berkata-kata.

"Ayah dengan mak setuju dengan pinangan dia?" tanya aku, membelah keheningan suasana. Mak yang dari tadinya cuma diam, dia tersenyum lalu berkata, "Mak dengan ayah tak kata lagi kami setuju. Tapi kami dah jumpa budaknya. Ayah dia kawan baik ayah dulu. Ayah dengan mak tak ada masalah dengan budak tu. Kalau kakak setuju, baguslah."

Aku terdiam. Nampaknya mak dan ayah menaruh harapan supaya lelaki tu dijadikan menantu. "Kak, jangan buat keputusan terburu-buru. Pihak lelaki pun tak paksa kakak bagi keputusan kat diorang secepat yang mungkin. Fikirlah elok-elok. Fikir, ya? Tak elok kita tolak permintaan orang mentah-mentah," nasihat ayah pada aku.

Aku cuma mengangguk. Respon apa lagi yang harus aku bagi? "Siapa nama dia?" tanya aku, sedari tadi tak ada orang yang menunjukkan keinginan untuk bagitahu aku nama dia. Terpaksalah aku tebalkan muka tanya sendiri.

"Nama dia Iskandar. Iskandar Rafiq bin Ahmad Bukhari," jawab ayah.

Aku mengangguk lagi. Kemudian aku meminta diri untuk masuk ke bilik. 'Ya Tuhan, ujian apakah ini?' bisik hati kecilku.

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now