❨ 20:00 ❩

566 93 7
                                        

"Eh apa ni?" Jaemin memandang ke arah Nana begitu pelik. Barang seperti tarbus itu dipandang dan dibelek sekilas. Dia mengerutkan dahi. Apa benda tu?

"Tu namanya songkok. Kau pakai benda tu bila nak masuk masjid" jawab Nana sambil memasukkan dompet ke dalam beg.

Bertuah sekali apabila terdapat sebuah kedai yang menjual barangan islam seperti songkok. Kopiah dan lain-lain.

"Pakai kat mana?" soal Jaemin membuatkan Nana bertepuk dahi. Nana memandang ke arah Jaemin dengan pandangan yang membawa maksud Seriously?

"Kat kepala lah bebal" balas Nana begitu marah akan Jaemin. Jaemin yang tersentap akan kata-kata yang diludah daripada mulut Nana sekadar mendiamkan diri.

Songkok tadi disarungkan pada kepala. Entah kenapa matanya berkaca secara tiba-tiba. Dia menundukkan kepala. Tidak mahu menunjukkan reaksi sedih di hadapan Nana.

Terus dia berjalan membelakangi Nana. Nana terus perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat Zohor.

"Baik naik bas" ujarnya sebelum bergerak ke arah perhentian bas. Sama seperti tadi, Jaemin ikutinya daripada belakang. Semakin banyak deraian air mata mengalir di pipi.

Kata-kata perit yang didengarinya dulu mula terngiang di dalam minda. Mental kembali terganggu.

"APAHAL RESULT KAU TERUK SANGAT?!"

"ANAK BEBAL! BANGSAT!"

"MENYUSAHKAN HIDUP AKU JE AMBIK KAU JADI ANAK ANGKAT!"

"KAU SINI AKU NAK BAGI MORAL SIKIT DEKAT KAU. KAU NAK DUDUK DALAM KELUARGA AKU KAU KENA JADI HEBAT! FAHAM TAK?!"

❝ faham... Appa.. ❞

"AKU GERAM LAGI NI! SINI KAU!!"

❝ APPA! SAKIT! HUARGHH! APPA! MAAFKAN MIN APPA! APPA!!! ❞

"siapa appa kau? Appa kau dah mampus dengan mak kau sekali!!"

"Ugh.." Air mata yang membasahi wajah terus dilap dengan lengan.

"Jom naik!" ujar Nana sebelum masuk ke dalam bas. Jaemin juga ikuti nya daripada belakang. Tambang diberikan kepada pemandu sebelum ambil tempat di sebelah Nana

Bas bergerak ke lokasi yang diingini. Masjid Seoul.

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now