Di pagi yang indah. Aku memulakan hari aku dengan secawan kopi americano yang lazat. Rasa pahit yang menyinggah lidah cukup mengasyikkan.
Aku bangun dari tidur. Tuala dicapai dan aku mula melangkah ke arah bilik mandi. Syampu dipicit daripada botol dan cecair putih mengalir keluar turun ke tapak tangan aku.
Cecair itu digosok rakus pada bahagian kepala. Badan ku digosok dengan sabun dan aku memberus gigiku. Selesai saja mandi, aku bingkas mengeringkan badan aku dengan tuala.
Dapur dituju. Kabinet dapur dibuka. Balang berisi serbuk kopi dicari. Selepas jumpa aku terus membuka penutupnya. Isi yang kosong di dalam balang membuatkan mataku terbeliak luas.
Dugaan apakah ini? Aku tak mampu hidup tanpa kopi!!
YOU ARE READING
Please Excuse Me - Jaemin (C)
RomancePlease excuse me, tolong halalkan saya, ❝ Kalau awak nak khawin dengan saya.. Kenalah masuk islam dulu ❞ - 나나 ❝ Jangan risau. Saya memang nak masuk islam pun. Dari dulu lagi ❞ - 재민 Cast : Jaemin NCT , Nana Genre : Romance , Islamic Category : 13+ St...
