BAB 6~ Melastik Ke Hatimu

1.5K 8 0
                                    


SUIS lampu yang berada di tepi pintu di petik sebelum bilik tidurnya menjadi terang bederang. Sambil menyanyi-nyanyi, dia melompat ke atas katil. Sekuntum bunga mawar di keluarkan dari dalam begnya.

Senyuman lebar terukir bila teringat kejadian tadi. Macam tak percaya yang Naim buat kejutan pada hari lahirnya. Siap candle light dinner tepi pantai lagi. Yang tak tahan tu, makan bunger saja.

Bunga mawar merah ni, Naim yang bagi. Bila di hidu, memang tak ada bau. Bunga plastik katakan. Naim cakap, kalau bunga hidup nanti cepat layu. Kalau bunga plastik, sampai bila-bila pun tak akan berubah dan akan terus segar seperti cinta kita. Kali ini aku rasa Naim betul-betul sweet.

" Angah!"

Tersentak Haura bila tiba-tiba suara maknya bergema di luar bilik. Bukan main kuat lagi mak menjerit. Dah macam suara pontianak. Apa yang mak kecoh-kecoh malam-malam ni?

" Ya mak" jerit Haura kembali. Bunga mawar pemberian Naim di simpan dalam laci sebelum melompat turun dari katil dan melangkah keluar dari bilik. Seram sejuk dia tengok maknya mencekak pinggang di ruang tamu dengan muka seperti orang tak makan setahun.

" Kau pergi mana?" Soal Mak Limah dengan jelingan tajam bila anaknya mula melabuhkan punggung pada kerusi kayu.

" Pergi mana? Angah kan dah cakap yang angah OT" bohong Haura. Itu sahaja alasan yang boleh di guna pakai. Selalunya alasan itu lepas dari pengetahuan mak. Kalau ada along, wanita itu akan menyakinkan lagi penipuannya. Rasa macam dah lama tak jumpa dengan kakaknya itu. Sejak berkahwin, along terus berhenti kerja atas arahan dari abang iparnya. Kata lelaki itu, dia mampu menangung semuanya.

" Kau jangan nak menipu aku! Kau keluar dengan budak tak ada wawasan tu kan?" jerkah Mak Limah kuat. Dia betul-betul tak sukakan lelaki muda bernama Naim itu.

Budak tak ada wawasan mak panggil? Haura geleng kepala. Suka-suka dia aje nak hina orang. Mak ni kan, kalau bercakap tak pernah tak menyakitkan hati.

" Angah kerjalah mak. Bila masa angah keluar dengan Naim" dalih Haura lagi. Ini mesti ada mulut-mulut celupar yang bercakap pasal aku. Kalau tak, mana mungkin mak boleh tahu aku keluar dengan Naim. Mak bukannya jenis yang suka keluar berjalan-jalan.

Dulu bolehlah keluar mengumpat dengan makcik-makcik dekat kampung ni, sekarang ini jangan harap. Dia berkerja dan adik-adiknya yang lain semuanya tinggal di asrama. Yelah, kalau keluar siapa nak jaga ayah dekat rumah.

" Tadi Makcik Senah datang. Dia cakap anak dia nampak kau keluar dengan Naim, betul ke?" soal Mak Limah. Sehabis boleh dia cuba menghalang perhubungan mereka berdua. Harap-harap tak menjadilah sebab aku tak nak berbesan dengan keluarga Naim.

Haura tergelak kecil. Sesekali dia gelengkan kepala. Bila dengar nama Makcik Senah, dia Tarik nafas lega. Mak ni memang betul-betul tak nak aku kahwin dengan Naim, tapi aku pula beria nak jadi isteri lelaki itu. Alahai...tertekan betul!

" Makcik Senah tu, anak dia sendiri pun bunting tak ada ayah, sibuk aje nak jaga tepi kain anak orang. Mak percayalah dengan makcik Senah tu? Semua orang kampung tahulah perangai makcik Senah tu mak, tak kan mak nak dengar cakap dia daripada anak mak sendiri" balas Haura. Keluarga sendiri kucar kacir, sibuk nak menyibuk dalam keluarga orang lain. Kan tak fasal-fasal aku bakar juga rumah orang tua tu.

Mak Limah terdiam seketika. Ada betul juga apa yang di katakan anaknya itu. Senah tu bukan boleh di percayai sangat. Selalunya lebih sudu dari kuah.

" Dahlah mak, angah nak mandi. Lepas tu nak tidur. Nah duit gaji angah bulan ni" Haura keluarkan duit dari poket seluar lalu di letak atas tapak tangan maknya. Memang setiap bulan, kesemua gajinya harus di berikan pada wanita itu. Kalau tak, mulalah membebel tak henti-henti. Dia pula yang terpaksa mengemis setiap hari untuk meminta pembelanjaan seharian di tempat kerja. Nak membeli-belah macam orang lain, jangan haraplah.

Laju kakinya di hayung menuju semula ke dalam bilik. Sekali lagi tubuhnya di hempas pada tilam. Keluhan panjang di hela mengenangkan nasib diri yang tidak seperti orang lain.

Dia tahu yang maknya lebih sayangkan adik-adiknya yang lain di sebabkan mereka berpelajaran tinggi dan mempunyai harapan yang cerah untuk memperolehi pekerja yang lebih baik darinya.

Apa yang berlaku pada dirinya bukan kehendak dia sendiri. Menyambung pelajaran? Bukannya dia tidak mahu tetapi tanggungjawab pada keluarga lebih penting dari segalanya.

Kalau dia tak kerja, siapa yang nak bagi orang dalam rumah ni makan? Siapa yang nak bayar yuran pengajian adik-adik yang lain?
Sebelum ini, along ada membantu. Sekarang ni? Semua atas kepala dia sendiri. Along sudah tidak bekerja lagi. Tengok pada gaya, menantu kesayangan mak tu pula tahi hidung masing. Sampai sekarang tak pernah nampak lagi lelaki itu menghulurkan duit pada keluarganya. Itu ke yang mak nak selama ini? Hidup senang lah konon!

Melastik Ke HatiMuWhere stories live. Discover now