Bab 1

1.4K 25 2
                                    

Jam dinding menunjukkan pukul 6 pagi. Hari ini aku akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang pelajar Form 6 di sebuah sekolah bandar yang agak jauh beza jika dibandingkan dengan sekolah lama ku yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Aku mencapai baju blouse berwarna hitam dan terdapat garisan putih pada paras dada si pemakai jika ketinggiannya sama dengan ku.Ku padankan bersama seluar slack berwarna hitam dan tudung kelabu pekat sesuai dengan citarasa ku.

Selepas solat subuh aku terus memakai skincare yang kerap digunakan olehku semenjak di Tingkatan empat lagi.

Tepat 8 pagi ditemani suasana dingin pada pagi itu membuatkan aku menggeletar."Ah sejuknya pagi ni" bebelku dalam hati. Selesai meminta restu kedua ibu bapaku, aku terus bergerak dengan menunggang motosikal dengan mengenakan bomber jacket berwana hitam menampakkan diri ku saling tak tumpah seperti seorang budak lelaki.

"Eh mana rumah Imey ni? Dia kata dekat-dekat sini. Ah bedal jelah. Maybe yang ni kot". Pagi tu aku menumpangkan seorang rakanku yang dahulunya sekolah sama denganku tapi transfer ke METH selepas peepriksaan PT3.

"Assalamualaikum Imeyyyyyy". Dari luar aku nampak kelibat rakanku yang sibuk mencari dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran nanti."Aish dia ni, aku dah cepat dia pulak yang melambat. Dah pukul 8.30 ni". Bisik ku dalam hati.

"Weyh sorry aku bangun lambat tadi biasalah cuti period...Ehehehehe". Aku hanya memandang rakanku dan membiarkan dia menjadi pemboncengku pada hari itu.

Aku terus menghidupkan enjin motosikalku dan bergerak ke sekolah METH walaupun sebenarnya masih awal.

"Weyh Imey dah sampai ni,bangunlah woi kau tido ke dekat belakang aku ni,patutlah senyap je,ish dia nilah".

Mahu tak marahnya dekat si Imey ni,dahlah tido masa aku tengah naik moto pulak tu nasib aku tak bawak laju mcm biasa.Aku dahlah naik superbike buatnya minah ni jatuh dah satu hal.Nasib dia peluk kuat.Hehehehhehehe.Memang aku suka perempuan tapi Imey bukan taste aku even dia putih melepak macam cina tu.

"Hah,dah sampai.Sorry lah aku tido lambat malam tadi sebab aku cari sijil semua tapi still lambat.Sorry ye cayangggggg".Imey buat muka comel dia sambil cubit pipi aku.

Aku nampak ada beberapa pelajar baru yang datang mendaftar hari ni melihat telatah aku dengan Imey.Mungkin diorang ingat aku budak lelaki sebab aku tak tanggal helmet.Selesai aku membuka helmet dan jacket aku,Imey datang dekat aku and suruh aku bukakan helmet dia.

"Awak bukakkan helmet kita ni boleh?"

"Boleh sayang".

Sengaja aku cakap macamtu dan sekali lagi mata aku menangkap ada beberapa pasang mata yang sedang melihat kami lagi.Aku dah biasa dengan orang seperti diorang tu.Biarlah nak kata apa pon.Aku tak kisah.Setelah selesai kisah kami di motor aku and aku pastikan semuanya dah settle aku tarik tangan Imey yanh masih membetulkan tudungnya di cermin sisi superbike aku.

"Imey jomlah aku dah tak sabar ni nak usha awek lawa-lawa".Ajak aku.

"Eleh kita yang depan mata ni tak cukup lawa ke hah,sibuk nak pandang yang lawa lagi pulak".Perli Imey.

Imey bukannya tidak tahu yang aku sukakan perempuan.Dia memang tahu but she's kind an openminded person.As long as aku baik dengan dia she still treat me nice and tak pernah lah dia panggil aku jijik atau apapon.

Masuk je kawasan sekolah,Imey pula yang tarik tangan aku sebab dia lebih tahu selok belok sekolah lama dia ni.Kami terus menuju ke dewan besar sekolah.Aku dapat lihat ramai pelajar lepasan SPM dari pelbagai sekolah and yang paling penting diorang ni memang takde sape ke lagi tinggi dari aku.Kalau diikutkan aku budak perempuan yang paling tinggi dalam kalangan budak perempuan.

"Woi mulut tu tutup sikit kayh.Am aku nak pergi dekat diorang tu tau".

Imey tunjuk kepada sekumpulan budak perempuan yang berada dihujung sudut dewan. Selain dari Rahmi kawan-kawan aku jugak akan panggil aku Am.Jangan tnya mana dapat nama sependek tu..HAHAHHAHA.

"Hah pergilah,aku boleh bawak diri lagipun tu kawan aku pon dah datang.Nanti balik jangan lupa pulak kau naik ngan aku.Lambat kau naiklah grab je".HAHAHA.

Sepatutnya hari ni aku bukan berada dekat sekolah ni.Aku lulusan pelajar agama dari sekolah lama aku.Agak berbeza dengan mata pelajaran yang bakal aku ambik.Masa cuti SPM haritu aku sempat pergi ke PPD untuk tukar aliran dari agama kepada sains social.Mata pelajarannya taklah susah mana bergantung kepada kelas dan subject apa yang disediakan.Satu kelas ada lima subject termasuk MUET.

Selepas sesi pendaftaran dan kehadiran,kiteorng disuruh duduk di dalam dewan untuk mendengar taklimat dari guru tingkatan enam dan pengetua sekolah.Biasalah aku ni bukannya boleh duduk diam ada je nak sembang dengan orang itu ini.

Aku pusing belakang sebab nak  sembang dengan kawan aku.Sekali aku terpandang dengan group perempuan yang pandang aku dengan Imey dkt depan sekolah tadi.Diorang senyum tengok aku sambil lambai tanda perkenalan mungkin.Aku senyum tapi tak membalas lambaian diorang.Patutlah orang cakap aku sombong.Haih.

Selesai semuanya termasuk jamuan di kantin.Aku nampak kelibat Imey datang ke arah aku sambil melambai girang.

"Sayangggggg cepatlah.Kata tadi sape lambat balik naik grab hah kau naiklah grab tu nanti". Perli Imey.

"Nak kena budak ni". Kata aku dalam hati.Tunggulah kau masa otw balik nanti.

"Japlah aku baru lepas makan ni.Hah baliklah bawak superbike aku tu kalau kaki tu sampai nak jejak gear".Aku perli Imey balik dan dah nampak muka dia yang kemerah merahan menahan geram.

"Dahlah jom sian awak".Aku mengusap kepala Imey sambil menarik tangannya keluar dari kawasan sekolah.

Semasa aku pakaikan Imey helmet aku nampak group pelajar perempuan tadi berjalam depan aku sambil mengucapkan bye.Dan aku membalasnya dengan bye kembali.

Aku lihat Imey dia seakan annoying dengan group pelajar perempuan tadi.

"kau kenapa Imey ok tak.Sorrylah aku buat kau panas tadi.Takde niat pon".

"bukan sebab tulah,aku tak suka diorang tu kau tahu,diorang tu budak sekolah METH ni,and ramai tahu diorang ni Lesbian.Kau jngan nak rapat dengan diorang pulak".

Aku tersentak bila Imey kata mcmtu sedangkan aku yang dihadapannya saling tak tumpah mcm diorang.

"habistu aku ni sama je mcm diorang kan Imey?"Kata aku sambil tunduk memandang helmet hitam aku.

"nope you're different,totally different .Kau crush dekat perempuan and its called girl crush mcm minat dekat artis kpop yang perempuan cntohnya Blackpink tu.But diorang ni couple terus dengan perempuan.Faham!!!!.Dahlah tkyh fikir lebih-lebih just aku nak kau jauhkan diri dari diorang tu je".

Aku terus start engine motor dan keluar dari kawasan parking.Esok aku  kena datang sekolah ni lagi tapi pagi seawal 7.00 seperti pelajar sekolah yang lain.

Thank you so much for reading... Keep reading ye.. I love you all ✌💙🌈

PINDAHWhere stories live. Discover now