Berkampung

50 1 0
                                              

Hari pertama menjaga Akid di NICU, aku stress. 

Susu badan tak keluar. Bengkak susu pulak tu. Sakit operation masih berbisa. Tempat nak ambil susu pulak jauh. Bosan, bosan, dan bosan. 

Hari kedua, masih stress dan demam. 

Suami dah bawakan breast pump dan segala kelengkapan untuk menyimpan susu pada malam tadi. Aku masih ingat macam mana nurse semalam membantu aku untuk urut dada ni. Aku ikut caranya dengan menuam tuala kecil ke dada. Kemudian, aku cuba untuk mengepam susu. 

Pada waktu susu terkeluar dan menitis ke dalam botol, aku happy gila! Sekali pam, cukup untuk Akid dalam dua kali minum. 

Hari ketiga, aku sudah tidak stress. Aku semakin happy dan dah tak demam lagi. 

Walaupun susu badan ada, tapi masih tidak cukup buat Akid. Bayi makrosomik itu perlukan lebih yang aku mampu beri dalam setiap masa. Selepas selesai beri susu badan, aku terpaksa menambah sedikit lagi susu formula untuk kenyangkan Akid. Masa ni lah yang aku benci sangat. Sebab troli yang bawa susu formula ni kadang-kadang diorang letakkan jauh sangat sampaikan aku tak larat nak jalan. Sakit di luka jahitan kadang-kadang menggigit ngilu. Aku tak boleh nak berjalan jauh. Akid pula akan menangis kalau aku lambat ambilkan susu tambah. 

Geram pulak rasa. 

Tapi bermula hari itu jugalah, aku rasa aman sangat. Aku sudah tidak kekok menjaga Akid. Walaupun pergerakan aku lambat, tapi aku berjaya menjaga Akid seorang diri di wad. 

Dulu, aku ingat, bila tersadai di wad selepas bersalin, akan ada nurse yang membantu. Tapi tidak. Semuanya aku buat sendiri. Nurse cuma datang sekali-sekala untuk bertanya itu-ini mengambil laporan kesihatan terkini ibu dan anak. 

Tak apalah. Aku sedar yang hospital kerajaan terlalu banyak pesakit untuk dilayan. Nurse dan doktor berkejaran untuk melengkapkan report dan rawatan setiap pesakit. Aku tak mahu menekan mereka dengan hal remeh. Jadi, aku teruskan membaca buku yang aku bawa sejak hari pertama di wad bersalin tempoh hari. Jumlah 8 hari di wad (3 hari di wad bersalin + 5 hari di NICU) telah berjaya membuatkan aku khatam buku tersebut sambil menjaga Akid. 

Aku jadi makin selesa di wad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku jadi makin selesa di wad. Apa taknya, aku yang masuk dahulu, tapi aku juga yang masih tersadai, melihat mereka yang masuk kemudian sudahpun discaj. 

Kadang-kadang, terkeluar juga keluhan sebab penat. Tapi aku bernasib baik sebab suami tak pernah miss satu kali pun sesi lawatan. Dia selalu ada, dan dia kerap kali menyuruh aku berehat pada waktu dia ada di sisi. 

Dan setiap kali dia perlu beransur pulang, aku jadi rindu. Aku mahu di ada bersama kalau boleh. Banyak kali dia pujuk aku supaya bertahan. 

"Esok discaj la tu." 

Aku termenung bila baca chat dia di WhatsApp. Hari ini, baru hari ketiga. Aku perlu tanya doktor atau nurse tentang rawatan Akid. Apakah ubat yang perlu diambil masih banyak? Atau bacaan bilirubin Akid masih tinggi? Aku perlu tahu semua itu. 

Esoknya, hari keempat. Aku tanya terus ke doktor soalan-soalan yang aku mahu tahu. Aku berhak tahu! Kalau boleh, aku nak tengok kertas laporan kesihatan Akid! 

Doktor beritahu, antibiotik yang Akid perlu ambil ada berbaki lagi dua hari. Nilai kuning dalam badan Akid juga semakin berkurang dan stabil. 

Masa tu, aku dah mampu senyum lebar. 

"Paling cepat dia boleh discaj... esok!" 

Mendengarkan itu, aku jadi lagi happy. Aku tak sabar nak tunggu lagi! 

Aku tak membaca buku pada malam itu. Aku scroll Twitter dan Instagram setelah seminggu tidak berusik. Aku cuma sempat post gambar Akid untuk mengkhabarkan berita gembira tentang kelahirannya, dan aku ada post beberapa IG Story tentang pengalaman ini dari hari pertama. Ia sesuatu yang baru, dan aku seronok dapat share sama-sama, walaupun aku menderita pada awalnya. 

Cukuplah scroll tu. Nanti-nanti baca lagi. Esok, discaj! 

ParacetamolWhere stories live. Discover now