Tersadai

48 1 0
                                              

Selepas selesai urusan checkout dari wad bersalin, aku masih lagi menunggu laporan penuh Akid. Pada mulanya, staff nurse ada beritahu aku yang aku perlu hadir ke NICU untuk buat sesi penyusuan bayi. Sepatutnya sesi ini hanya makan masa sekejap sahaja. Tapi disebabkan rekod kesihatan Akid yang masih tidak memuaskan, nurse tersebut menyarankan aku untuk bermalam di wad NICU bersama Akid. 

Masa tu, aku masih tak tahu apa sebab yang membuatkan Akid tersangkut di situ. Aku menunggu sesi lawatan waktu petang bermula sebelum kami masuk ke NICU mencari Akid. 

Semasa sampai ke katilnya, Akid masih tidur. Kata nurse, dia baru saja minum susu. Aku minta untuk bertemu dengan doktor, sebab sebelum aku discaj tadi, ada seorang doktor telah menelefon aku untuk memberitahu yang Akid mungkin tidak dapat discaj pada hari yang sama dengan aku. Jadi, dia minta aku berjumpa dengan dia nanti di NICU. 

Pada waktu berjumpa dengan doktor tersebut, dia mengatakan yang tahap jaundice Akid sedikit meningkat daripada hari sebelumnya. Dia menyarankan aku untuk memulakan phototherapy pada petang itu juga. Aku okey. Demi kesihatan Akid, aku cuba bertahan. 

Pada malam pertama tu, aku harung elok. Aku tak ada rasa syak apa-apa, aku cuba untuk chill. Akid pun tidur elok saja selepas diberi susu. Jam 3 pagi (kalau tak silap aku), nurse tutup lampu phototherapy. Sampailah pada keesokan harinya, pada waktu yang sepatutnya kami discaj, aku dapat laporan daripada doktor yang Akid terpaksa ditahan buat beberapa hari lagi sebab Akid kena infection. 

Ah, sudah! 

Emosi aku terus serabut. Aku tak tahu apa nak buat sebab aku mula rasa keletihan pada waktu tu. Aku mengharapkan seseorang duduk bersama aku di wad untuk sama-sama uruskan Akid. Sakit di tempat c-section masih sakit. Susu badan pun tersumbat, dada aku mula rasa sakit. 

Petang itu, aku beritahu kesemua yang aku rasa pada suami. Aku menangis pada dia, yang aku tak kuat nak hadap semua ini seorang diri dalam keadaan sakit beranak yang masih terasa. Kami bawakan hal ini ke salah seorang nurse. Bila aku katakan yang aku mengalami bengkak susu, dia terus suruh suami untuk ambilkan air panas dan dia urutkan dada aku supaya aku boleh berikan susu badan kepada Akid dengan lancar. 

"Kalau boleh, kejap lagi, bawakan breast pump. Kalau boleh, malam ni jugak!" nurse tu pesan kat suami aku sebelum waktu melawat tamat pada hari itu. 

Malam tu, segala kelengkapan untuk mengepam dan menyimpan susu telah dibawa suami untuk aku legakan rasa sakit bengkak susu. Dan malam tu juga aku demam. Nurse yang bertugas pada malam itu telah berikan aku sepapan ubat untuk legakan demam. 

Dalam kepala, aku tak habis bertasbih, "Aku kena kuat! Untuk Akid!" berulang kali. Aku tak boleh dipandang lemah sepanjang menjaga Akid di  NICU. 

Maka, bermulalah 'advencer' aku menjaga seorang bayi makrosomik pasca pembedahan c-section di NICU. 

ParacetamolWhere stories live. Discover now