29

254 34 38
                                                  

2 tahun kemudian


Wooji pov
"Sekarang ni,nama aku Yun Wooji.Bukan Kim Wooji lagi.Okay.Aku tahu nama tu agak pelik tapi itulah nama aku yang sebenar.Yun...
Aku kena terima seadanya walaupun nama tu buruk sekalipun.Tapi,bagi aku tak."

"Macam mana aku boleh tukar nama aku dari Kim ke Yun?"

Flashback


"Appa~Wooji dah balikk."

"Kenapa balik lewat sangat?"

Jam di tanganku menunjukkan pukul 10 malam.Memang patut pun kalau appa marah.Aku tersengeh dan mata aku memandang tajam tepat ke arah mata appa.Selang beberapa saat,riak muka ku berubah.Aku sengaja berbuat demikian kerana aku inginkan sesuatu daripada appa.

Sebelum aku memulakan perbicaraan empat mata,aku segera menutup pintu hadapan dan lantas duduk di hadapan appa yang sedang membuat kerja-kerjanya yang aku pun malas nak ambil tahu.

Ku tatap mata appa lama-lama dan dia terperasan,akhirnya.Satu perkataan pun tidak keluar dari mulut kami,malahan kami hanya merenung antara satu sama lain.

Dua minit kemudian,baru aku mulakan perbicaraan yang sepatutnya aku mulakan sejak awal tadi.

"Appa,nak duit?!"
bentakku.

Ya.Jiwa muda ku bagaikan air yang sedang panas menggelegak.Aku inginya sekarang juga!

"Tak boleh!"

Appa dengan sewenangya menolak permintaan ku.Aku tahu appa akan menolaknya kerana dia sudah tahu tujuan sebenar aku untuk meminta duit itu.Ya.Berfoya-foya.Aku ingin bershopping-shopping dengan rakan sekelasku.Mereka semua mempunyai duit sendiri kerana ibu bapa mereka orang yang berada.Aku pun sama juga.Appa seorang doktor!Tapi mengapa kami masih berperilaku seperti orang miskin?

Duduk di rumah kecil yang usang.Selalu makan mi segera yang tidak berkhasiat tu!

Aku benar-benar tidak boleh menerima kenyataan sebenar.

Jangan pelik kenapa aku berubah.Aku berubah kerana diri appa sendiri.Appa tidak pedulikanku kerana aku menghindarkan pesannya.

"Jangan rapat dengan Sihun ahjussi!Tolong dengar cakap appa ni kalau Wooji taknak something buruk berlaku."

Appa sedar yang aku rapat dengan Sihun ahjussi beberapa minggu yang lalu.Sihun ahjussi selalu bawa aku pergi berjalan-jalan.Makan-makan dan bermacam-macam lagi.

Sejak dari itu lah aku sedar duit adalah segalanya.

Satu hari,macam biasa Sihun ahjussi akan menghantar ku pulang ke rumah.
Tiba-tiba,appa menengkingku secara mendadak.Muka ku cuak.

Appa tidak puas.Nampaknya,dia pergi lagi memarahi Sihun ahjussi setelah menengkingku.

Aku tidak faham situasi sekarang.

Appa menarik tanganku dan membawaku masuk ke dalam rumah kecil kami.Dia menghempas pintu dan membebel-bebel pasal Sihun ahjussi.

"Syaitan tu buat apa lagi!"

"Aku tak kacau kau,jangan kacau hidup aku lah Sihun!!!"

Eh?

Sekejap.

Aku tak pernah pun cakap yang nama ahjussi tu Sihun.

Macam mana appa boleh tahu?

Lagi satu.

Sihun ahjussi tu baik.Kenapa appa kena marah-marah?

Uish!

Lama betul aku mengingat peristiwa lalu.

Calling Me Appa or Oppa?[Kim Wooseok]Where stories live. Discover now