"Boleh papa duduk?" Ujar Encik Shuef kepada Haris Adham yang sedang termenung di halaman rumah.
"Duduklah papa.Ni kan rumah papa.Kenapa minta izin Haris pulak?" Balas Haris Adham sambil tersenyum.
Encik Shuef senyum kepada menantunya.Haris Adham seorang lelaki yang baik.Dia dapat meneka sifat lelaki dihadapannya.
"Boleh papa cakap sikit?"
"Cakap apa papa?" Hati Haris Adham berdebar tiba2.
"Pasal Ain." Encik Shuef memandang menantunya.
"Kenapa dengan Ain?" Haris Adham sudah kehairanan.
"Boleh kamu bahagiakan Ain?"
Haris Adham terkejut dengan permintaan bapa mertuanya itu.
"Papa dh menjalankan semua tanggungjawab papa untuk melihat kejayaan anak2 papa.Papa tak nak gagal jalankan tanggungjawab papa yang terakhir ni.Papa jadi wali Ain untk nikahkan Ain dengn Haris adalah kerana papa percaya Haris seorang lelaki yng baik dan mampu membahagiakan anak papa." Sambung Encik Shuef
Hati Haris Adham sudah tersentak.Dirinya dibelenggu perasaan bersalah.Haris Adham mendiamkan dirinya.Dia menundukkan wajahnya.
"Sebagai seorang lelaki,papa tahu kita memang susah nak lupakan cinta pertama kita.Lagi2 cinta yang sudah pergi yang tiada lagi di dunia ni.Tapi kita juga kena tahu,kita hidup bukan untuk cinta manusia tapi untk cinta kita kepada Pencipta kita.Amanah yang diberikan harus kita pegang dan jalankan dengan benar.Papa tahu Haris tak cintakan anak papa.Tapi boleh Haris bagi Ain peluang untuk buatkan Haris jatuh cinta dengan dia?" Kata seorang bapa kepada menantunya.Sebagai seorang bapa sudah tidak semestinya dia mahu melihat keruntuhan masjid anak2nya yang dibina.Kebahagiaan anak adalah kebahagian kedua orang tua.
Haris Adham memandang bapa mertuanya.Dirinya tidak mampu membalas permintaan lelaki di hadapannya.
"Haris fikirkanlah kata2 papa.Andai Haris memang tak boleh nak cintakan anak papa atau bahagiakan anak papa,papa minta tolong Haris.Pulangkanlah dia kepada kami dengan cara yang baik.Papa masuk dulu." Encik Shuef berlalu pergi.
Kata2 daripada Encik Shuef benar2 memberi kesan kepada hati Haris.
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
"Ain sini sekejap." Haris Adham memanggil Ain yang hendak berlalu ke biliknya.
Sejak pulang dari rumah ibu dan bapa mertuanya,Ain banyak diamkan diri.Tiada lagi gelak mahupun kelakarnya.
Ain menuju ke arah Haris Adham.Haris Adham menepuk2 sofa disisinya,tanda menyuruh Ain duduk di sebelah nya.
Ain akur.
"Ain..Jangan jatuh cinta dengan aku." Kata Haris Adham seusai Ain duduk.
Ain terkejut dengan kata2 Haris Adham.
"Apa yang awak merepek ni?!"
"Aku dengar apa yang kau cakap dengan ibu haritu .Ain kau tahukan aku..."
"Cintakan arwah isteri awak sangat2?Awak nak cakap macam tuh kan?" Alang2 dh pecah,biar semua pecah sekali.
Haris Adham mengangguk.Dirinya memandang televisyen yang telah ditutup dari tadi.Tiada satu siaran pun yang menarik minatnya.
"Saya tahu,Haris.Tapi saya tak boleh nak halang perasaan saya ni, Haris.Awak bagitahu saya caranya dan saya akan buat?" Ain memandang muka Haris Adham.
"Ain..apa kata kita bercerai?" Haris Adham bercakap tanpa berfikir.
"Apa awak cakap ni Haris?!Awak memang bencikan saya ke Haris?!Awak memang dh tak sabar ceraikan saya?!Saya ni tak layak ke jadi isteri kepada lelaki yang bernama Haris Adham?!" Ain mengeluarkan segala perkara yang bermain di fikirannya.Jiwa Ain sangat lemah sekarang.Air matanya mudah sahaja jatuh tanpa dapat dikawal.
ANDA SEDANG MEMBACA
YoU Are NOT Mine. (Completed☑️)
RomanceSelepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adham sepatutnya menyatukan Haris Adham bersama Puteri Aina.Tetapi suatu kejadian yang telah berlaku me...
