Part 35. Cari

43.7K 1.8K 90
                                    

Ting! Tong! Loceng rumah berbunyi.

Riana tersenyum. Luna sedang hidangkan kek ke atas meja makan. Jadi Riana yang tolong bukakan pintu.

"Rian, Que," sapa Riana ceria.

"Assalamualaikum, sayang," ucap Rian kepada isteri kesayangannya dengan senyuman bergula.

Riana tersenyum manis sebelum menjawab salam. Que pula memberi salam dengan sopan. Riana mengiring mereka masuk. Mereka baru pulang dari tempat kerja masing-masing.

"Luna," tegur Que apabila melihat Luna.

"Datang dah, Que?," sapa Luna tanpa memandang. Dia tengah fokus mengemaskan kedudukan sudu di tepi pinggan.

Kemudian Luna angkat pandangan dan hadiahkan Que satu senyuman mesra. Que ikut tersenyum.

Mereka semua mengambil tempat di kerusi makan. Makanan lain turut terhidang. Tapi semua tu bibik lah yang masak. Mereka menjamu selera dengan aman.

"Luna, awak tak makan?," tanya Rian. Baru perasan hanya Luna yang tidak makan.

"Tak apa. Kau orang makanlah. Saya tak ada selera," balas Luna dengan sengihan kekok.

Que berhenti makan.

"Kalau macam tu, apa yang awak nak makan?," tanya Que dengan fokus.

Luna tak ada niat nak susahkan orang lain jadi dia tak kisah dia dapat atau tak apa yang dia teringin. Luna sedar diri. Que bukannya encik suami kesayangan dia.

"Awak cakap je. Lepas ni juga saya beli
untuk awak," kata Que.

Luna menolak sopan. "Tak apa. Saya tak rasa nak makan apa-apa pun sekarang," bohong Luna.

Riana faham yang Luna tak nak susahkan orang. Terutamanya Que.

"Tadi Luna kata dia nak makan sup ayam sebenarnya," Riana saja bocorkan rahsia.

Que tersenyum. Luna rasa serba salah.

"Nanti saya belikan," kata Que.

'Ahh... boleh cair aku dengan Que yang kacak, tenang, dan gentleman ni. No Luna! Jangan main dengan api. Kau tu isteri orang lagi,' pesan Luna pada dirinya.

Dan kejadian ini terjadi hampir setiap hari.







Empat bulan kemudian...

Kandungan Luna membesar dengan sihat. Kandungan dia dah nak masuk lapan bulan. Badan Luna dah membulat. Luna nampak comel sangat. Pipi Luna agak cubby. Wajahnya berseri-seri. Cute overload!

Que melawat Luna lagi pagi ni. Makin lama makin kerap Que melawat Luna. Katanya risau akan keselamatan Luna yang dah semakin sarat. Memang patut pun. Hari tu nyaris Luna nak jatuh. Mujur Riana sempat tahan Luna. Riana lah yang banyak bantu Luna hari-hari.

"Hai, mama baby!," sapa Que selepas memberi salam.

Luna tersenyum. Luna dan Que duduk di bangku hadapan rumah. Mereka berbual-bual seperti biasa. Tentang kegiatan harian masing-masing. Luna rasa dia perlu bagitahu hasrat dia pada Que.

"Que, awak tahu kan saya nak jadi--,"

Ayat Luna dipotong Que dengan nada tenang.

"Saya nak tolong awak. Saya akan pastikan awak jadi artis yang terkenal dan berjaya. Nanti lepas awak bersalin... awak boleh mula kerja. Saya akan dapatkan job untuk awak,"

Luna rasa nak nangis. Teruja, seronok, dan terharu. Kenapa orang dekat sekeliling dia sekarang ni semua baik-baik? Dia rasa bersyukur yang amat.

"Tapi saya nak cuba dari bawah tau. Macam saya tak tahu awak tu. Nanti naya saya kalau awak dapatkan job yang besar-besar," pesan Luna.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now