Sudah dua hari Haris Adham tidak makan.Bubur pun tidak mahu dijamah.Setiap hari,Ain merisaukan keadaan suaminya itu.Berdoa kepada Allah supaya Haris sembuh.Haris Adham lebih suka tidur dan termenung.Apabila tidur suaminya sering meracau2 nama seseorang.Tiada siapa dibenarkan untuk kacau dirinya.
Ain melepaskan nafas berat.Ain melangkahkan kaki ke arah dapur dimana ibu mertuanya sedang memasak.Sudah dua hari juga ibu mertuanya menginap di rumah Haris Adham.
"Mama nak masak apa?" Tanya Ain apabila melihat ibu mertuanya sedang memotong bahan masakan.
"Mama masak makanan yang semua orang boleh makan.Tapi tak tahu apa.Campak2 nnti jdilah tuh lauknya." Seloroh Puan Suraya.
"Untunglah mama pandai masak."
"Ain pon boleh belajar nanti okay?"
"Inn shaa Allah" Ain menayang sebaris giginya putih.
"Mama.Ain nk tnya sesuatulah." Ujar Ain sambil menolong Puan Suraya mengacau lauk dalam kuali.
"Apa dia?" Puan Suraya yg masih ralit memotong bahan masakan hanya menjawab tanpa berpaling pada Ain.
"Siapa Aini?"
"Arghh!"
"Mama!"
Ain terus meluru kearah ibu mertuanya apabila jari Puan Suraya berdarah.Ain sudah cemas.
"Mama okay tak?Macam mana boleh jadi mcm ni?" Ain membawa tangan Puan Suraya untk mencuci luka itu.
"Mama okaylah.Biasalah kalau duduk dapur mesti jadi benda mcm ni.Ain jangan risau ye." Puan Suraya mengambil tisu lalu menampal jarinya yg terluka dengan plaster.
"Kamu tanya mama soalan apa tadi?"
Puan Suraya bertanya semula kepada menantunya.Walaupun dirinya sudah tahu soalan yg ditujukan kepadanya.Hati Puan Suraya berdebar2 menunggu soalan yang akan ditanya kepada dirinya.
"Ain tanya.Siapa Aini?Sebab Haris kalau meracau dia asyik sebut nama Aini."
Puan Suraya menarik nafas yg panjang.
"Aini.Dia adalah arwah isteri Haris dulu." Kata Puan Suraya sambil tersenyum.
"Ohh.patutlah.Mama,Aini tuh mcm mne orgnya?" Ain sambung tugasnya yg terhenti tadi begitu juga dengan Puan Suraya.
Puan Suraya tersenyum dengan pertanyaan Ain.
"Arwah Aini seorang yg baik.Baik sangat orangnya.Pandai ambik hati org tua.Kelembutan arwah Aini lah yg memikat hati semua org termasuklah Haris sendiri.Dia pandai masak.Pandai dlm segala hal lah.Kalau Ain jumpa dia pun mama jamin Ain juga akan jatuh sayang pada dia." Puan Suraya tersenyum sendiri apabila mengingatkan kenangannya bersama arwah menantunya itu.
"Yeke mama?Patutlah Haris cintakan arwah Aini sangt." Dalam diam hati Ain seperti sakit.
"Tapikan mama...Nama arwah isteri Haris serupa dengan nama kawan Ain." Ujar Ain yg teringatkan sahabtnya.
"Kawan Ain?"
"A ah.Kawan Ain pun nama Aini.Nor Aini Nordin.Dia pun baik mama.Pandai juga masak.Dia lh kawan yg tengah Ain cari sekrng." Mengingatkan sahabat karibnya itu benar2 membuatkan Ain sedih.
"Kenapa Ain nk cari kawan Ain itu?" Debaran di hatinya semakin kuat.
"Sebab Ain rindu dia mama.Ain harap Allah temukan Ain dengan dia.Amin."
"Inn shaa Allah.Percayalah. Segala apa yg terjadi semuanya ketentuan Allah.Hadapilah dengan tenang.Kekadang kita tak tahu pun.Apa yg kita cari sebernya ada di depan mata kita." Nasihat Puan Suraya sambil memegang pipi Ain.
ANDA SEDANG MEMBACA
YoU Are NOT Mine. (Completed☑️)
RomanceSelepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adham sepatutnya menyatukan Haris Adham bersama Puteri Aina.Tetapi suatu kejadian yang telah berlaku me...
