Bab 44

1.2K 110 3

"kau sial! aku percayakan kau, boleh pulak kau tipu aku." Satu tumbukan singgah di pipi salah seorang pekerjanya itu. Asyraf makin berang dengan pekerjanya yang memakan duit yang diarahkan untuk membayar bil elektrik.

Buk buk

Asyraf makin lama makin berang dengan pekerjanya itu. Bila ditanya tujuan apa dia mengambil duit itu. Pekerjanya itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Darahnya mula naik mendadak.

"kau fikir senang ke bodoh nak cari duit?! Babi kau sial. Bertahun aku nak tubuhkan syarikat ni. Kau senang senang je ambil duit ni" Mata Asyraf memerah. Warna anak matanya yang coklat itu mula bertukar bewarna merah.

Aiman dan Aqif yang turut ada di ruangan Asyraf melepaskan amarahnya pada pekerjanya itu hanya menggelengkan kepalanya. Senyuman sinis terukir di bibir kedua-dua jejaka itu. Bukan pernah Asyraf tunjuk belang di depan pekerja itu.

Pekerja yang lain hanya melakukan kerja mereka. Kepala tertunduk, tidak berani untuk melihat boss meraka itu yang sudah naik hantu.

"dah la tu bro. Laki sial ni elok masuk kubur je. Hihihi" celah Aiman sambil tertawa geli hati.

Aqif terus melayangkan tangan kanannya di atas kepala Aiman itu. Orang tengah serius dia boleh pulak gelak gelak. Ada nampak mummy happy? ada?!

"kau pehal setan? tak cukup ke ada sorang setan tengah mengamuk dekat sini? kau nak tambah lagi sorang pulak ke? dasar biskut kering" hambur Aiman pada sepupunya itu. Baru nak feeling sikit, Si Aqif ni kacau je. 

"bawak sampah ni pergi markas sekarang. Aku nak balik, duduk sini buat aku sakit hati je." Arah Asyraf. Kakinya laju melangkah ke arah lift.  

Aiman dan Aqif yang melihat perangai Asyraf itu hanya membuat tidak tahu sahaja. Bukan tidak kenal dengan si Asyraf ni. Dia akan lepaskan amarahnya pada marahnya sudah tidak dapat di tahan lagi.

"dah ah. Jom gerak bawak si langsat ni" kata Aiman. Pekerja Asyraf yang sudah terduduk lemah itu hanya akur sahaja. Kau silap Alif, kau tak kenal lagi siapa Mikael Asyraf.

Aqif hanya Akur sahaja dengan perintah di beri oleh sepupunya itu. Erm maklumlah, Asyraf dan Aiman sahaja sepupu yang dia rapat dan memahami isi hatinya. Walau perangai serupa setan sedikit. Ehh bukan sikit, banyak sangat.

**********

Kereta Audi R8  laju memasuk ke rumah agam yang besar terletak di antara bandar Kuala Lumpur itu. Sut bewarna biru gelap itu sungguh padan dengan tubuh tegap dan tinggi Asyraf.

Asyraf keluar dari kerata mewahnya itu sambil membawa kotak yang agak besar. Kaca mata bewarna hitam elok di tanggalkan sebelah lagi tangannya. Fuhh hensemnya Asyraf.

Gaya dan fesyen Asyraf, tidak menunjukkan yang dia seorang suami. 

Tok tok..

Pintu rumahnya diketuk dua kali. Sengaja tidak mahu menggunakan kunci pendua rumahnya itu. Dia tahu pasti isterinya itu yang akan buka. Waktu macam ni Puan Asmah berada di corok dapur. Menyediakan makan tengahri pada mereka yang duduk terkangkang di rumah.

Theodora yang mendengar ketukan pintu itu terus menyarungkan tudungnya yang elok terletak di atas kerusi meja makan itu. Macam tahu tahu je yang ada orang nak datang rumah.

"ummi, Dora pergi buka pintu sekejap ye. Nnati Dora datang balik tolong ummi. Pinta Thedoroa dengan sopannya.

Puan Asmah hanya meng ya kan sahaja pamitan menantunya itu.

Theodora dengan debaran di dada hanya membuka pintu dengan perlahan-lahan. Matanya di keluarkan sedikit dari celahan pintu yang sedikit demi sedikit terbuka itu.

Retina matanya terlihat seorang jejaka yang membelakangi pintu rumah yang elok terbuka luas setelah dia cam gerangan yang mengetuk pintu rumah itu.

"abang!" jerit Theodora suka. Tidak tahu pula yang Asyraf akan balik makan tengahri bersama-sama. 

Asyraf terus memusingkan tubuhnya menghadap suara yang dengar sangat riang itu. Senyuman tidak lekang dari bibir merah delima Asyraf. 

Theodora sudah boleh keluar dari Hospital setelah tiga hari bermalam di sana. Setiap hari Asyraf mendengar regekan Theodora yang mahu keluar dari Hospital. Katanya bosan duduk sini, tidak tahu ingin membuat apa. Sudah lah suaminya itu mengambil ruang VIP. Lagi bertambah bosanlah dirinya. Kakinya sudahpun elok dan dia boleh berjalan seperti biasa. Cuma tidak boleh memakai kasut tumit tinggi sahaja. Pesan doktor pada Asyraf.

"hey sayang" Tubuh isterinya itu terus diepeluk erat olehnya. Sungguh dia sayang sekali dengan wanita yang sudah bergelar isteri di hadapannya ini.

Theodora turut membalas pelukkan suaminya itu. Teatpi dia berasa hairan. Mana lagi sbelah tangan suami aku ni? takkan dah cacat kot.

Tangan kanannya elok meraba belakang tubuh suaminya itu. Mna tahu Asyraf meletakkan takkan di belakang.

Asyraf yang rasa di cabul isterinya itu terus melepaskan pelukkan yang erat tadi. Keningnya berkerut sedikit melihat riaksi Theodora seperti mencari sesuatu.

"cari apa ni sayang" tanya Asyraf. Dari tadi mata melilau seperti mencari sesuatu. Peliklah si Theodora ni.

"mana lagi sebelah tangan abang" Theodora mendongak dan mencari mata Asyraf. Ya Allah isteri aku dah butakah?

Asyraf terus mengangkat sebelah tangannya yang sedang menjinjing kotak kek secret recipe itu. Senyuman tidak lekang langsung.

Wajah Theodora yang berkerut itu terus bertukar ceria. Tidak sangka yang Asyraf akan beli sebiji kek untuknya. Hati bersorak suka. Terloncat-loncat Theodora akibat terlalu gembira. Sudah lama dia teringin makan kek. Tetapi tidak kesampaian kerana Asyraf tidak kasi.

"hey hey jangan lompat lompat laaa" tegur Asyraf. Tidak pernah Theodora begiru gembira sekali jika bab makanan. Mungkin dah lama teringin, sebab tu jadi macam ni.

Theodora yang mendengar teguran Asyraf itu terus memberhentikan tingkah lakunya seakan-akan budak tadika itu. Senyumannya tidak lekang langsung dari bibir. Senyum sehingga nampak gigi yang bewarna putih dan elok tersusun rapat.

"aaa so sweet abang"  keluar juga suara Theodora. Ingat dah bisu dah. Bukan main suka lagi bila suaminya tidak lupa akan permintaannya beberapa hari lalu.

"i know that. Dah jom masuk" bongkah Asyraf. Sebab itulah Theodora malas mahu memuji suaminya itu. Nanti riak dia tidak bole bawa bincang. Nasib baik kali ni suaminya tidak terlalu nampak akan kebongkahan ketika dia memuji suaminya itu.

"ummmmmii abang beli kek yeayyyy" jerit Theodora. Disebabkan terlalu excited sehingga dia berlari ke arah dapur sambil berjerit suka.

Puan Asmah hanya tersenyum suka sahaja. Bahagia rasa saat ini. Sudah lama dia tidak lihat kemesraan Asyraf dan Theodora di depan matanya. Mungkin Asyraf sudah pesan pada Theodora untuk tidak bermanja di depan orang. Mungkin.

"amboii suka la dia kan. Lepas makan nasi baru makan kek tau. dah jom tolong ummi hidang lauk ni" Puan Asmah menggelengkan kepalanya. Ada-ada je menantunya ini. Ada masa manja, ada masa garang. Haihhh, mana dia tidak sayang.

Theodora hany mengangguk akur. Asyraf yang sudah meletakkan kotak kek di atas meja makan itu terus menuju ke arah tubuh Puan Asmah. Dia memeluk dengan erat tubuh umminya itu. Tiba-tiba mood nak bermanja dengan umminya itu datang.

Puan Asmah yang terkejut dengan pelukkan erat belakang badannya itu terus tersimpul senyum. Tahu sangat yang anak teruna sulungnya itu yang memeluknya. 

Hati mula berucap syukur pada Allah SWT kerana menimbulkan bahagia yang sangat besar buat dirinya. Hati tuanya berharap bahagia ini kekal sehingga akhir hayat mereka.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now