Langsuir- Khadamku
Remake over."Acik dah tak tahan...." Adu acik kepada aku. Aku yang sedia maklum masalahnya hanya diam tidak terkata.Bagaimana pula mahu membantunya? Aku sendiri tiada keupayaan membantu kecuali memberi kata- kata semangat sahaja.
"Sabar sahajalah acik, nak dibuat macam mana...kita bukan mintak pun masalah macam ni datang".ujar ku perlahan, jejarinya aku sulam seketika.
"Buntu kepala otak."..keluhnya lagi. Aku cuba mengimbau cerita lama yang sudah ditelan zaman. Perihal Nenek Nas yang tidak masuk dek akal seorang manusia.
Nenek Nas kelihatan terbongkok -bongkok memetik 7 jenis bunga yang masih dibasahi embun pagi.Di letakkannya di dalam batil berisi limau gugur yang terlebih dahulu di kutipnya tadi.
"Nak buat apa tu nek.?"Aku bertanya.
"Buat mandi lah..."jawabnya perlahan tanpa menoleh memandang aku yang tercegat memerhati.
"Siapa punya..." sengaja aku bertanya lagi. Faham benar aku jika dia sudah mengutip bunga 7 jenis dengan limau gugur itu tandanya ada lah orang yang akan datang berubat. ,meminta pemanis atau pembenci.Entah sampai bila Nenek Nas hendak begitu. Tujuannya aku tahu sangat,memang jauh menyimpang.Jika pengasih yang diminta tujuannya supaya orang sayang, kadangkala sengaja mahu mengenakan orang. Jika pembenci hingga bercerai - berai. Acapkali isteri meminta suami membenci dirinya untuk diceraikan, selalu pula seorang ibu meminta anak lelakinya bencikan isteri sendiri sebab tidak suka kepada menantunya.
Nek Nas tidak pernah merasa bersalah dengan perbuatan nya. Semua orang berhak menuruti kata hati yang tidak berlandaskan syarak.
"Tolonglah nek..saya ni susah sangat nak dapat kerja,macam tak ada luck..orang benci je tengok saya ni."
Aku mengintai perbualan Nek Nas dengan seorang wanita berusia 20an. Masih muda!aku terfikir kalau susah nak dapat kerja itu pasti kerana kelulusan yang tidak seberapa. Kalau orang tidak suka pasti kerana ada sikap yang buat orang jelak. Bukan kerana tiada luck. Pelik betul dengan cara manusia kebergantungan rezeki hak Allah langsung tiada, hidup hanya mahu mudah hingga sanggup mengekutukan Allah.
" Aku dah petikan kau bunga berembun 7 jenis,limau gugur di pagi hari. Ada kau bawa kan air 7 kuala?" Aku memasang lagi telinga di sebalik dinding.
"Ada nek..."Jawab wanita itu teruja.
Nek Nas membaca sesuatu ,lalu di hembuskan kedalam geluk.Aku tahu dia membaca jampi serapah menyeru sesuatu, khadam miliknya yang sudah lama menjadi dalang perubatan Nek Nas.
Dia membungkus barang mandian yang sudah siap di jampi.
"Kauu cari jambatan kayu,ada sungai mengalir. mesti mandi tengah malam"..Mandi di bawah jambatan,di tengah malam..memang kerja orang gila!gerutu ku di dalam hati.
"Sebelum kau balik..aku bagi kau amalan.Tulis,!"Arah Nenek Nas.Aku mengintai,wanita itu mengeluarkan pen dan sehelai kertas.
"Wahai bulan purnama.."
"Cahaya engkau cahaya aku"
"Naik seri cahaya wajahku"
"Melimpah engkau kepada daku"
"Biar bercahaya seri wajahku..""Amalkan setiap kali engkau melihat cermin di malam bulan purnama,maksudnya di malam bulan terang penuh,tepat jam 12 malam. ini..minyak wangi yang sudah siap aku jampi,oleskan dari pangkal kening ke hujung. niatkan supaya wajah engkau berseri,semua orang suka."
Nenek Nas tersenyum sebaik sahaja wanita itu pergi.Not rm50 ringgit kelihatan tebal di tangannya.
"Kemari kau.." Aku mendengar Nek Nas memanggil seseorang. Aku meninjau lagi. tiada sesiapa pun di sisi Nenek Nas.