Koma

107 8 2
                                    

Koma- Ida Anuar
05/12/2009
06:06 –7.29

Ogy melangkah laju menyeberangi jalan raya yang agak sunyi. Sudahlah semalam dia tidak dapat membeli bomboloni Flupy perisa Nutella kegemaran dia, hari ini dia tidak mahu gagal lagi. dia tetap turun ke warung Biah mencari air tangan kakak tersebut. Sedap bomboloni dengan filing yang penuh menyebabkan Ogy sentiasa teringat. Mujur ketika dia sampai, yang di idamkan masih ada tiga ketul. Habis semua di belinya.

Usai selesai urusannya, Ogy berjalan kembali menuju ke hospital di mana dia menjalan tugas sebagai jururawat. Kelihatan sebuah ambulan sedang menurunkan seorang pesakit. Ambulan bertulis HKL itu tidak menarik perhatiannya. Perkara biasa jika ada pesakit daripada HKL di transfer ke hospital tersebut.

“Dapat idaman kau Ogy?” tanya Kak Hasanah sebaik sahaja wajahnya tersembul di kaunter wad.

“Dapat, mujur ada lagi.” Ogy menayangkan bomboloni , plastik di angkatnya tinggi.

“Ogy malam ni stanby boleh? Kak Tie tiba-tiba ada emergency kena balik.” Ogy memandang Kak Hasanah.
“Kenapa?” Soal Ogy, saja mahu bertanya, dia tak kisah pun kalau mahu stanby malam itu. balik rumah bukan ada sesiapa.

“Anak lelaki Kak Tie yang umur 9 tahun tu, tersepit anunya dekat zip seluar, suaminya bawa ke sini, terus doktor khatankan.” Kak Hasanah tergelak, Ogy ikut sama tergelak. Teringat cerita Kak Tie amukan anaknya tidak mahu berkhatan. Umur sudah menjangkau 9 tahun, rakan sebaya sudah berkhatan kebanyakannya hanya dia yang tidak mahu. Badan besar gedempol, tetapi hatinya sangat kecil, penakut. Kan dah percuma dapat berkhatan. Hikmah, syukur alhamdullilah kata Kak Tie.

“Macam-macam hal.” Ogy geleng kepala. Dia berlalu masuk ke dalam pantry. Mahu makan bomboloni sambil merehatkan diri seketika.
“Patient koma, spinal corde injury, c1,c2. Sudah dua tahun.” Ogy mendengar Doktor Mila berkata dengan Kak Hasanah.

“Lamanya koma, tapi tak nampak macam koma pun, elok badan sihat walafiat.” Ujar Kak Hasanah.

“Parent dia transfer daripada HKL sebab ibu budak lelaki ni dapat medical benefit daripada insuran dan company.”

“HKL kan murah bayarannya, boleh jimat duit nak beli pamper dengan susu.” Kak Hasanah berkata lagi.

“Orang ada duit banyak tak tahu nak buat apa, jadi cari alternative lain untuk perubatan. Pakar saraf kita akan pantau. Saraf tunjang kalau cedera kita sendiri tahu impaknya. Tapi daripada pengamatan saya…” Ogy menghampiri Doktor Mila dan Kak Hasanah. Doktor Mila berhenti bercakap.

“Siapa punya patient ni doktor?” tanya Ogy, wajah lelaki di atas katil itu dipandangnya seketika.

“Doktor Harjit.” Jawab Doktor Mila. Ogy dan Kak Hasanah mengambil fail dan mula menolak katil ke dalam wad.

“Mesti banyak duit mak ayah lelaki ni.” Ogy berkata perlahan.

“Iyalah mestilah banyak, wad kita sehari je dah berapa ribu. Belum ubat, pakar tu semua. mahu ratusan ribu kalau dia tetap tak bangun, dua tahun koma. Pelik!” Kak Hasanah, membetulkan selimut yang tersingkap sedikit.

“Sampai dua tahun koma.” Ogy berbisik perlahan. aneh!

“Itulah kalau ikut rekod ni, otaknya berfungsi, tiada tanda-tanda negative, aliran darah, oksigen semua okey. System pernafasan, perkumuhan pun okey. Kenapa dia tak mahu bangun tidaklah kita ketahui. Mungkin kecederaan saraf tu terkena pada urat tidur kut.” Ujar Kak Hasanah, Ogy diam teori apa Kak Hasanah pakai.

“Siapa yang akan jaga dia, ada waris?” soal Ogy kembali. Kak Hasanah geleng kepala.

“Tiada sesiapa akan jaga, kita jelah jaga. Mungkin emak atau ayah budak ni akan datang sesekali kut. Macam tulah budak HKL tu cakap tadi. Dia ni memang sangat jarang di lawati oleh sesiapa.”

“Kesiannya.” Ogy kembali memandang wajah lelaki itu, umurnya baru sahaja 25 tahun, Amirul namanya, dia koma ketika berusia 23 tahu, dua tahun yang lalu. Mengikut sejarah yang tertulis beliau mengalami kemalangan jalan raya ketika pulang daripada solat jumaat. Tiada kepatahan tulang, kecederaan otak, hanya ada sedikit kecederaan pada saraf tunjang yang berkemungkinan akan menyebabkan lumpuh. Tetapi koma? Ia sebenarnya kes yang sangat-sangat pelik. Rambutnya yang sudah panjang tersikat rapi dan berikat kemas. Tiada masalah punggung yang melecet, tiada masalah kekejangan angota badan, lelaki bernama Amirul itu memang hanya tidur.

Malam pertama Ogy menjaga Amirul…

Malam itu Ogy di tugaskan menjaga Amirul, dia dibenarnya duduk di kaunter dan memantau melalui CCTV sebelum waktunya untuk mengambil tekanan darah, di sebabkan Amirul koma Ogy hanya memandang sepintas lalu sahaja pada skrin CCTV. Sehinggalah Ogy masuk pada jam 12.00 untuk mengambil tekanan darah seperti rutin biasa.

“Apalah nasib kau kan bro.” Ogy berkata sambil tangannya lincah mengenakan set bp pada lengan lelaki itu.

“Mak ayah kau pun tak nak datang jengah, tengok anak yang kacak ni.” Ogy membebel lagi, senyuman terukir pada bibirnya.

“Kenapa kau tak nak bangun ye?” Ogy seolah-olah sedang bercakap dengan Amirul sedangkan Amirul tidak membalas pun kata-kata Ogy.

“Okey done, semua cantik, kau sebenarnya sihat sahaja. Cepat bangun dan jalani kehidupan biasa di luar sana.” Ogy berbisik di tepi telinga Amirul.

Habis tugasan itu, dia kembali ke kaunter, ada report yang harus dia siapkan untuk shift pagi esok. Matanya di serang rasa mengantuk tetapi dia menahannya sedaya upaya. Dia ke pantry mahu membancuh nescafe panas secawan.  Tidak lama kemudian Ogy datang kembali di kaunter, kebetulah Fatin dan Yatimah pergi memantau pesakit di bilik lain , selalunya ada Kak Kak Tie memantau mereka tetapi malam ini Kak Sharifah yang memantau dan dia berada di tingkat dua ketika itu. maka tinggallah mereka bertiga di tingkat 3 memantau 6 orang pesakit di dalam bilik berlainan.

Sebaik sahaja Ogy duduk dan memandang CCTV, dia melihat sesuatu yang aneh. Amirul kelihatan bergerak-gerak. Kaki dan tangannya sekejap di naikan dan di turunkan. Melalui pengamatan bibir Amirul seakan-akan sedang bercakap. Ogy pantas bangun daripada duduknya, dia segera ke bilik Amirul mahu melihat dan memastikan apa yang dia lihat dekat CCTV.

“Peliknya.” Ogy berkata, Amirul tetap seperti asal ketika dia tinggalkan lelaki itu. jika ikutkan pergerakan yang berlaku melalui CCTV tadi pasti kain selimut yang menutup badan Amirul sudah beralih, tetapi semuanya biasa sahaja. Tiada tanda pergerakan berlaku. Agak lama juga Ogy menunggu .

“Perasaan aku sahaja agaknya.” Ogy berjeda, dia mahu keluar. Ketika sampai di muka pintu , mahu menarik tombol pintu dia mendengar satu suara menegurnya.

“Tunggulah sini, jangan pergi mana-mana. Temankan aku.” Suara lelaki! Jelas pada pendengaran Ogy, bulu romanya merinding, tengkuknya mengembang. Apabila dia menoleh memandang kepada Amirul, lelaki itu tetap juga koma. Tanpa membuang masa, Ogy menarik tombol pintu dan berlari menuju ke kaunter. Wajahnya pucat lesi ketakutan.

“Ogy, kau dah kenapa ni?” Fatin yang baru keluar daripada wad 3A menegur Ogy yang terduduk tegak sahaja di kerusinya sambil melihat CCTV. Wajah Ogy memang pucat lesi, jika di toreh pasti tidak berdarah. Fatin mencuit bahu Ogy, terkejut Ogy sehingga terpelanting pen di tangannya.

“Eh dah kenapa kau ni beb?” Fatin panik melihat Ogy yang terkejut seperti melihat hantu sahaja lagaknya.

“Fatin…cuba kau tengok CCTV bilik Amirul tu.” Ogy berkata sambil memandang Fatin dan CCTV silih berganti.

“Apanya, tak ada apapun.” Fatin melihat, hanya ada imej Amirul sahaja tidak bergerak-gerak. Tiada juga sebarang bunyi aneh.

“Kau jangan nak takutkan aku Ogy.” Fatin berkata sambil matanya memandang sekeliling ward yang terang benderang.

“Aku nampak Amirul bergerak-gerak, aku nampak bibirnya macam sedang bercakap. Aku masuk biliknya tengok takada tanda pergerakan berlaku tapi masa aku nak keluar ada satu suara menegur aku.” Ogy memandang wajah Fatin.

“Ish, kau Amirul koma dah dua tahun kut.” Fatin menafikan apa yang di katakan oleh Ogy. Mustahil! Ogy diam, hatinya libang libu.

Malam kedua Ogy menjaga Amirul…

“Kak Pah, Ogy duduk dalam bilik Amirul buat pemantau ye.” Ogy cuba memberanikan dirinya, di hospital ini jika jururawat ditugaskan memantau hanya seorang pesakit, jururawat boleh berada di bilik pesakit jika tiada sesiapa menemankan pesakit. Mereka memang di bayar untuk melakukan keseluruhan tugasan tersebut oleh keluarga pesakit, lebih kepada jururawat peribadi. Kak Sharifah tidak menghalang kerana dia tahu keluarga Amirul memang sudah mengupah jururawat peribadi untuk Amirul, siapa yang bertugas dialah yang akan mengambil alih.
Ogy membersihkan Amirul, memotong kuku lelaki itu yang sudah memanjang. Kemudian dia duduk merenung wajah itu seketika.

“Tak payah nak renung sangat.” Suara itu muncul lagi. Ogy terus berdiri, terundur dia ke belakang seketika. Suara itu memang datang daripada Amirul, memang dia melihat pergerakan pada bibir Amirul walaupun mata itu terpejam rapat.

“Allahuakhabar. Amirul awak sedar ke? Awak tak koma kan?” senyap! Amirul tidak bercakap lagi apabila di soal begitu.

Ogy pantas keluar ke kaunter.

“Akak Pah ada nampak apa-apa yang pelik tak dalam CCTV sekejap ni tadi?” Soal Ogy. Kak Sharifah geleng kepala, dia hanya nampak Ogy tiba-tiba bangun daripada kerusi dan terdorong ke belakang.

“Kak Pah , Ogy dengar Amirul bercakap, Ogy nampak pergerakan bibirnya.”

“Ogy biarlah betul, Amirul tu koma, macam mana dia boleh bercakap pula.”

“Ya Allah kak Ogy tak tipu.” Ogy siap bersumpah lagi, memang dia melihat Amirul bercakap-cakap.

“Esok kita suruh Doktor Harjit tengok.”

Kebetulan pagi itu emak kepada Amirul datang menjengah anaknya ketika Doktor Harjit sedang memeriksa Amirul. Ogy turut berada di situ.

“Tiada perubahan apa-apa.” Doktor Harjit memadang Ogy sekali gus menafikan apa yang Ogy dengari dan lihat.

“What happened doktor?” tanya emak Amirul.

“My staf beritahu I , Amirul bercakap-cakap malam tadi dan bergerak. Pergerakan tu dia lihat melalui CCTV.” Ujar Doktor Harjit.

“Oh..i see.” Emak Amirul memandang Ogy, ketika doktor Harjit keluar daripada bilik Amirul emak Amirul menarik tanganya, isyarat menyuruh dia menunggu sebentar.

“Apa yang Ogy nampak tu dah selalu terjadi di HKL, ketika makcik menjaga Amirul di sana atau nurse yang tolong jagakan.” Cerita emak Amirul. Ogy terdiam jadi betullah apa yang dia lihat.

“Ya memang Amirul bercakap-cakap ketika tengah malam menjelma tetapi tiada perubahan pun pada dirinya. Pernah makcik pujuk dia jaga, tetapi dia kemudian senyap begitu sahaja. Ada juga makcik cuba berjumpa ustaz tetapi ustaz tidak nampak perkara pelik terjadi padanya. Mungkin inilah yang patut makcik terima. Pada hari kejadian kemalangan tu makcik marah sangat pada Amirul. Hanya kerana dia enggan membantu menghantar makcik ke shoping complex sebab dah dekat sangat masuk waktu solat jumaat.”

“Masa tu Amirul cakap dengan makcik, mama tunggulah Mirul habis solat, bukan lama pun. Nanti Mirul hantar mama. Tapi dia pergi solat dan tak balik-balik lagi. Pada hari kejadian Amirul sempat bercakap dengan adik perempuannya, tentang rasa kecil hatinya dengan makcik, perihal keluarga yang tidak terdidik, perihal agama yang kurang menyusuri keluarga kami. Dia mahu membetulkan semuanya tetapi kami semua tidak mahu mendengar kata-katanya.”

“Jangan esok aku pergi tak balik-balik baru nak menyesal.”

Ogy terdiam. Mungkin Amirul tidak ada apa-apa tetapi dia yang tidak mahu balik selagi tiada perubahan di dalam keluarganya.

“Sumpah dik, makcik sedang perbetulkan hidup kami semua. berharap Amirul melihatnya. Dan dia kembali kepada kami. Itu sebabnya makcik tak kisah berapa banyak pun duit kami lebur untuknya asalkan Amirul lihat kami semua berubah menjadi lebih baik walaupun perlahan. Minggu depan makcik dan pakcik akan menunaikan haji, makcik harap Amirul mendengarnya dan kembali kepada kami.”

Malam ketiga Ogy menjaga Amirul…

“Kenapa kau tak mahu balik? Baliklah Amirul, mama kau dan papa kau menunggu, mereka semua berubah demi kau. Baliklah.”  Perlahan sahaja Ogy berbisik ke telinga Amirul namun lelaki itu masih tidak bergerak apatah lagi bersuara.

“Aku akan balik bila aku mahu.”
Suara itu hanya berbunyi setelah lama Ogy menanti. Ogy hanya mampu memandang Amirul yang tidak bergerak. Kesian lelaki ini!
Misteri yang tidak akan terungkai selagi Amirul tidak sedar.

*Alfatihah untuk Amirul(bukan nama sebenar) yang masih lagi lena setelah 3 tahun berlalu. Tidur yang sangat panjang dan kejadian aneh itu benar-benar berlaku seperti yang diceritakan oleh Paksu. Cuma cikda olah menjadi cerita sahaja, dan menokak tambah di sana sini. Hakikatnya Amirul masih lagi koma selepas di langgar kereta di hadapan masjid di area cheras. Hanya Allah yang maha mengetahui asbabnya.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

komaWhere stories live. Discover now